SEGAMAT: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan kadar dividen sebanyak 4.1 peratus bagi tahun 2021.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkannya hari ini berkata ia merupakan kadar tertinggi sejak pentadbiran negara bertukar tangan pada 2018.
Beliau berkata ia merupakan hasil komitmen dan kesungguhan Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia, LTAT dan semua pihak berkepentingan.
"Waktu Pakatan Harapan (PH) dividen rendah, sekarang tinggi semula di bawah kepimpinan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
"Insya-Allah dengan kepimpinan Datuk Seri Hishammuddin, tahun depan (2022) akan lebih tinggi lagi dividen," katanya ketika merasmikan Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera di Kem Segamat di sini , hari ini.
Perdana Menteri berkata dividen berkenaan akan mula dibayar esok.
Katanya pendapatan LTAT juga meningkat kepada RM512.3 juta pada 2021 berbanding RM341.1 juta pada 2020.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata proses transformasi bagi pindaan Akta Tabung Angkatan Tentera (Akta TAT 101) yang bermula sejak 2019 melibatkan pindaan kepada dua perkara.
"Pertama, memberikan fleksibiliti agar pencarum tentera boleh memilih untuk meningkatkan kadar caruman syer pekerja atau individu lebih daripada 10 peratus, manakala yang kedua membenarkan pencarum memilih untuk terus menabung dengan LTAT walaupun sudah tamat perkhidmatan.
...seperti yang tuan-tuan tahu ketika ini sesiapa sahaja yang bersara daripada Angkatan Tentera perlu mengeluarkan keseluruhan wang caruman mereka di dalam caruman LTAT. Melalui pindaan ini ada dua perkara, nak keluar terus keseluruhan wang simpanan tersebut atau untuk meneruskan mencarum," katanya.
Menurut Perdana Menteri, fleksibiliti untuk membenarkan pencarum mengekalkan tabungan di dalam LTAT walaupun selepas berpencen akan memberikan mereka peluang untuk terus menikmati hasil dividen.
Mengulas mengenai Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera Kem Segamat, beliau berkata ia mula dibina pada 24 April 2018 dengan kos sebanyak RM147.7 juta merangkumi 305 unit pelbagai kelas untuk kemudahan keluarga pegawai dan anggota pasukan Rejimen Keempat Artileri Diraja (RAD).
Perdana Menteri berkata Kementerian Pertahanan turut meluluskan pembinaan Fasa 2 Kem Segamat yang akan dilengkapi lebih banyak kemudahan termasuk pusat perubatan ATM, pejabat latih, bangunan guna sama seperti Wisma Bentara dan Wisma Perwira, kompleks logistik serta kompleks kenderaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 06 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia merupakan kadar tertinggi sejak pentadbiran negara bertukar tangan pada 2018. - Gambar fail/BERNAMA
Pendandan rambut maut, kemalangan empat kenderaan
Seorang pendandan rambut berusia 21 tahun maut selepas kenderaan yang dipandunya dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh tiga kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Semenyih-Kajang, Selangor pada Ahad.
"Tidak ada sekolah yang akan ditutup dibawah Kerajaan MADANI" - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan menegaskan tidak ada SKJT yang akan ditutup dibawah Kerjaan MADANI.
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kerajaan jumpa TikTok berhubung sekatan 18 akaun TikTok Media
Kerajaan menerusi MCMC akan mengadakan perbincangan dengan pengendali platform TikTok bagi mendapat penjelasan mengenai 18 akaun TikTok organisasi media yang disekat, baru-baru ini.
80 peratus bayar cukai
Lebih 80 peratus daripada pembayar cukai membabitkan individu dan syarikat, mematuhi pembayaran jumlah taksiran yang dibangkitkan oleh LHDN.

286 isu dibangkitkan LKAN disiasat pihak berkuasa
Sebanyak 286 isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) disiasat pihak berkuasa setakat hari ini.
MINDEF tambah baik langkah atasi kejadian buli di Maktab Tentera Diraja
Kementerian Pertahanan dan ATM tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk kesalahan disiplin termasuk perbuatan buli.

15 mangsa penipuan pekerjaan dari Myanmar selamat tiba di Malaysia - Kementerian Luar
Lima belas rakyat Malaysia termasuk tiga wanita yang menjadi mangsa sindiket job scam atau penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar selamat tiba di tanah air, pada Isnin.
Isu buli: Keyakinan terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata perkara itu dilihat berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.
Bantuan RM150 pada 100,000 murid tingkatan 6 - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan berkata Kerajaan MADANI komited dalam memastikan bantuan persekolahan sebanyak RM150 tanpa mengira pendapatan Ibu bapa diperluaskan kepada kira-kira 100,000 murid tingkatan 6.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Suri rumah didakwa bunuh suami
Seorang suri rumah didakwa atas pertuduhan membunuh suaminya dengan menikam mangsa di sebuah pangsapuri di Kajang.

Perjanjian jual beli saham LTAT dalam Affin Bank kepada Sarawak bakal beri impak positif
Melalui kerjasama pelaburan strategik ini, dana persaraan anggota ATM akan diuruskan dengan lebih berkesan dan efisien.

Kerajaan Sarawak tingkat pegangan enam kali ganda untuk kuasai Affin Bank Berhad
Sarawak kini muncul sebagai pemegang saham terbesar dalam Affin Bank apabila ia meningkatkan kepentingannya daripada 4.81 peratus sebelum ini kepada 31.25 peratus.

Sarawak, LTAT tunggu kelulusan kawal selia, teruskan perjanjian jual beli ekuiti dalam Affin Bank
Affin Bank juga boleh memperluaskan kelayakan prinsip tadbir urus (ESG) serta meningkatkan inisiatif pembiayaan mampannya.

Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.

Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.

Jualan pegangan saham Affin Bank kepada Sarawak hanya tunggu kelulusan BNM - Khaled Nordin
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah pegangan yang akan dilupuskan.

LTAT isytihar kadar dividen lima peratus
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengisytihar dividen pada kadar 5.0 peratus bagi tahun kewangan 2023 dengan jumlah agihan pembayaran sebanyak RM485.08 juta pada Khamis.

Azizan dilantik Pengerusi baharu LTAT, Mohammad Ashraf sebagai Ketua Eksekutif baharu
Lembaga Tabung Angkatan Tentera mengumumkan pelantikan Jeneral (B) Tan Sri Azizan Ariffin sebagai Pengerusi baharu dan Mohammad Ashraf Md Radzi sebagai Ketua Eksekutif.

PAC mula prosiding isu LTAT, NIISe selepas Aidilfitri - Mas Ermieyati
PAC akan memulakan dua prosiding baharu melibatkan isu LTAT dan pembangunan serta perolehan NIISe selepas sambutan Aidilfitiri.

Mindef tidak lengahkan pelantikan Pengerusi, Ketua Eksekutif LTAT
Mindef masih mencari pengganti yang sesuai untuk jawatan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selepas dikosongkan baru-baru ini.