PUTRAJAYA: Jemaah Menteri secara dasarnya bersetuju dengan cadangan kertas dasar Pengurusan Harta yang Disita dan Dilucut Hak yang dibentangkan kelmarin bagi membolehkan proses penggubalan rang undang-undang (RUU) pindaan dimulakan oleh Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata keputusan itu selari dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR), pada 19 Mei lalu, supaya NFCC menjadi sebuah agensi berpusat bagi pengurusan harta disita dan dilucut hak.
Wan Junaidi, dalam satu kenyataan hari ini, berkata RUU pindaan itu akan melibatkan pindaan kepada Akta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019 (Akta 822) dan pindaan berbangkit kepada 26 Akta yang dikawal selia oleh lapan kementerian dan jabatan.
Menurutnya, satu jawatankuasa penggubalan RUU pindaan telah dibentuk bagi memperincikan peruntukan-peruntukan yang akan memberi kuasa kepada NFCC untuk menguruskan harta yang disita dan dilucut hak bagi pihak kerajaan.
Wan Junaidi berkata kajian dan penandaarasan mengenai pengurusan harta akan dilakukan dengan meneliti pelaksanaannya di beberapa buah negara yang mempunyai sistem pengurusan harta berpusat seperti Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Belanda.
"Adalah didapati negara-negara yang mempunyai sistem pengurusan harta berpusat dapat menguruskan harta dengan lebih efektif dan efisien, memberi nilai tambah serta mendatangkan keberhasilan kepada negara.
"Amat penting juga, pelaksanaannya kelak akan memberi manfaat kepada semua pihak dalam sistem keadilan jenayah," katanya.
Wan Junaidi berkata Malaysia memerlukan sebuah pusat sehenti bagi pengurusan harta yang disita dan dilucut hak.
"Ini merupakan suatu langkah strategik dan holistik dengan mewujudkan suatu sistem data mengenai harta yang disita dan dilucut hak yang komprehensif, khususnya bagi memastikan keberkesanan dan kecekapan penguatkuasaan undang-undang untuk menangani jenayah kewangan dan mengekang ketirisan," katanya.
Wan Junaidi berkata melalui dasar sedemikian, agensi penguat kuasa dapat lebih memfokuskan kepada tindakan pelaksanaan siasatan dan penguatkuasaan, manakala urusan mengenai harta yang disita dan dilucut hak diuruskan oleh sebuah agensi berpusat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 19 2022

Wan Junaidi berkata, satu jawatankuasa penggubalan RUU pindaan telah dibentuk bagi memperincikan peruntukan yang akan memberi kuasa kepada NFCC. - Foto: JPM

Tiada lagi wakil Malaysia di Terbuka Swiss 2025
Kempen negara gagal selepas Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie kalah dalam dua set kepada pasangan pilihan Thailand.
AWANI Ringkas: Perkembangan Banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Trump nafi Musk diberi taklimat mengenai 'perang dengan China' dalam lawatan ke Pentagon
Lawatan ke Pentagon mencerminkan tahap akses luar biasa bagi Musk kerana perniagaannya mempunyai kontrak pertahanan berbilion dolar.
#AWANIRingkas 22 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Mac 2025
1️⃣ Banjir di Johor dan Sarawak tidak berubah, Sabah makin surut
2️⃣ Peniaga petai dapat ganti rugi & lesen sementara
3️⃣ Lapangan terbang Heathrow kembali operasi selepas kebakaran
#awaniringkas
1️⃣ Banjir di Johor dan Sarawak tidak berubah, Sabah makin surut
2️⃣ Peniaga petai dapat ganti rugi & lesen sementara
3️⃣ Lapangan terbang Heathrow kembali operasi selepas kebakaran
#awaniringkas
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri: Periksa Kenderaan Balik Kampung
Kurang seminggu lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Pastinya ramai yang sedang melakukan persiapan untuk balik kampung. Jangan lupa juga untuk periksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan yang panjang. Ikuti tipnya dalam #AWANIPagi

Syarikat farmasi British janji pelaburan AS$2.5 bilion di Beijing
Gergasi farmaseutikal Britain AstraZeneca menandatangani perjanjian bersejarah untuk melabur AS$2.5 bilion di Beijing.

Mesir nafi dakwaan pindahkan sementara 50,000 penduduk Gaza ke Sinai
Mesir menafikan dakwaan negara itu bersedia untuk memindahkan sementara 500,000 penduduk Gaza ke utara Sinai.

UK tuan rumah kepada delegasi ASEAN untuk bengkel serantau biologi kejuruteraan
Bengkel itu menyediakan platform penting untuk menyelaraskan peraturan, piawaian teknikal dan inovasi antara UK dan ASEAN.
Bazar perayaan lain di KL guna konsep bazar Ramadan, Aidilfitri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mengesahkan konsep pengurusan Bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada bazar perayaan lain di Kuala Lumpur, termasuk Bazar Deepavali dan Bazar Tahun Baharu Cina akan datang.
Peniaga petai dapat ganti rugi & lesen sementara
Peniaga petai yang tular didakwa tidak dibenarkan berniaga oleh penguat kuasa, telah menerima ganti rugi.

Kesuma bentang kertas dasar penubuhan Suruhanjaya GIG kepada Kabinet bulan ini
Kementerian Sumber Manusia akan membentangkan kertas dasar berhubung penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig kepada Kabinet bulan ini.

Kabinet setuju cadangan kertas dasar Pengurusan Harta Disita, Dilucut Hak
Satu jawatankuasa penggubalan RUU pindaan telah dibentuk bagi memperincikan peruntukan yang akan memberi kuasa kepada NFCC.

Kertas dasar Rahmatan Lil Alamin sudah siap - Mujahid
Setakat ini, beliau telah menyampaikan penerangan mengenai dasar pentadbiran Islam baharu negara Rahmatan Lil Alamin kepada sembilan pusat pengajian tinggi melalui program jelajah kampus.