SHAH ALAM: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menjelaskan tindakannya memperjuangkan pemansuhan caj transaksi DuitNow QR secara kekal bertujuan menyokong dasar digitalisasi kerajaan.
Beliau berkata, ia perlu disokong agar pembayaran tanpa tunai dapat diperluas dan menguntungkan semua pihak iaitu pengguna, peniaga, bank serta kerajaan.
Menurutnya, sejak penggunaan pembayaran tanpa tunai melalui DuitNow QR, Bank Negara Malaysia (BNM) tidak perlu mencetak mata wang dan siling baharu yang membawa kepada penjimatan signifikan buat BNM.
“Bank-bank juga menerima manfaat daripada penurunan kos bagi menyediakan mesin deposit tunai, kos ATM untuk pengeluaran wang tunai bagi pengguna, kos keselamatan dan penyelenggaraan wang tunai,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Beliau mengulas isu syarikat pengendali DuitNow QR, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) pada 28 September menjelaskan mengenai pengenaan caj transaksi melibatkan peniaga kecil berkuatkuasa 1 November 2023.
Ujarnya, keputusan tersebut bakal membebankan peniaga kecil di saat rakyat terkesan dengan kenaikan kos sara hidup masa kini.
Bagaimanapun, Ka Siong turut menambah, DuitNow QR hanya merupakan satu paparan diletakkan di bahagian dinding atau kaunter dan tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan mesin seperti kad kredit selain kos operasi yang ditanggung pihak bank juga berada pada kadar minimum.
“BNM merupakan pemegang saham terbesar dalam PayNet bersama 11 buah bank tempatan yang lain. Bank tempatan yang keuntungannya meningkat dengan ketara setiap tahun tidak perlu bergantung kepada caj MDR untuk menambah keuntungan bank masing-masing.
“Justeru, saya mohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar terus membawa berita baik ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pada Selasa ini.
"Harapan rakyat adalah perkara ini dimansuhkan secara berkekalan,” ulasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 02 2023
Wee Ka Siong berkata, DuitNow QR hanya merupakan paparan yang diletakkan di bahagian dinding atau kaunter dan tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan mesin. - Gambar hiasan
Temui karakter kandungan Astro di Home of Kids
Orang ramai dijemput hadir ke Home of Kids yang berlangsung selama empat hari bermula 26 hingga 29 Disember dari jam 10.30 pagi hingga 9 malam di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall, Putrajaya.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique
Wisma Putra memaklumkan, tiada rakyat Malaysia di Mozambique terjejas akibat pergolakan yang berterusan yang kebanyakannya memberi kesan di kawasan bandar, termasuk ibu negara Maputo.
Pegawai pengurus gudang didakwa seleweng barang kawalan
Seorang pegawai pengurus gudang borong dan runcit sebuah pasar raya didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan memindahkan barang kawalan iaitu minyak masak berjumlah 2.41 tan dan gula pasir kasar berjumlah 480 kilogram pada 14 Januari lepas.
AWANI Ringkas: Dua beranak maut, empat cedera kemalangan di WCE
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir di Lipis pulih sepenuhnya
Mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan PPS Masjid Kampung Beletik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekitar 12.20 tengah hari tadi.
Dua Dekad Tsunami: Aceh bertafakur tiga minit
Majlis khas sempena memperingati 20 tahun tsunami Aceh dengan tema Aceh Thanks The World sekali gus mengangkat iltizam rakyat Aceh Beranjak dari Masa Lalu, Menuju Masa Depan Bersyariat.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI pertimbang bangunkan robot berbentuk manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Pelancong Korea kini boleh imbas QR DuitNow untuk pembayaran di Malaysia
Usahasama antara BC Card dan PayNet ini sekali gus akan merancakkan lagi kaedah pembayaran kedua negara tanpa memerlukan pertukaran mata wang.
BNM beri penjelasan mengenai fi urus niaga bagi penggunaan DuitNow QR
Bank-bank utama telah mengambil langkah sewajarnya dengan memberikan pengecualian fi urus niaga ke atas perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran secara DuitNow QR.
Ka Siong perjelas rasional perjuangkan mansuh caj DuitNow QR
Katanya, ia perlu disokong agar pembayaran tanpa tunai dapat diperluas dan menguntungkan semua pihak - pengguna, peniaga, bank dan kerajaan.
Caj transaksi DuitNow QR: Bank Negara sertai mesyuarat Naccol Selasa ini
Fuziah berkata caj transaksi bagi penggunaan platform berkenaan, dikhuatiri akan merencatkan program digitalisasi negara sebagaimana yang dirangka di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Yuran transaksi bayaran DuitNow QR tidak bebankan golongan pendapatan rendah - Anwar
Anwar berkata telah bertemu Gabenor BNM Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour semalam untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.
PayNet beri penjelasan berhubung pengenaan yuran transaksi DuitNow QR
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini menjelaskan mengenai pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023.