MELAKA: Caj transaksi DuitNow QR akan dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol) pada Selasa ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Senator Fuziah Salleh.
Beliau berkata mesyuarat berkenaan yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, akan turut disertai wakil Bank Negara Malaysia (BNM) yang menjadi tunjang kawal selia perbankan negara.
"DuitNow QR ini ada 1.874 juta pengguna yang menggunakan platform ini (untuk transaksi tanpa tunai).
"Bayangkan ada hampir 1.9 juta pengguna yang gunakan DuitNow ini, berapa banyak keuntungan kepada bank. Kita (KPDN) takut ada kesan kepada pengguna," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Jualan Rahmah peringkat negeri Melaka, yang turut dihadiri Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin dan Pengarah KPDN Melaka Norena Jaafar, di Dataran Sejarah Ayer Keroh di sini hari ini.
Fuziah berkata caj transaksi bagi penggunaan platform berkenaan, dikhuatiri akan merencatkan program digitalisasi negara sebagaimana yang dirangka di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Beliau berkata KPDN sebelum ini mengadakan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI), bagi membantu pengurusan perniagaan pengusaha kecil, terutama dalam memudahkan pengguna dengan mempelbagaikan kaedah pembayaran secara digital.
"Kita khuatir peniaga-peniaga (kecil dan mikro), dah lah susah mereka nak sertai (program ReDI), kita khuatir peniaga-peniaga ini nanti akan terkesan pula (dengan caj transaksi), dan akan merencatkan program digitalisasi seperti yang dikehendaki kerajaan dalam RMK12 dan pengguna akan menyerap kos tersebut," katanya.
Fuziah berkata setakat ini, hanya tiga bank iaitu Public Bank, Maybank dan CIMB, bersetuju untuk tidak mengenakan caj transaksi buat masa sekarang.
Dalam pada itu, beliau berkata orang ramai boleh mendapatkan bekalan beras tempatan menerusi Jualan Agro MADANI, pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), manakala beras import bersubsidi menerusi Jualan Rahmah.
Fuziah berkata orang ramai, boleh menyemak senarai pusat jualan itu menerusi laman sesawang KPDN dan FAMA untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2023
Caj transaksi DuitNow QR akan dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol) pada Selasa ini. -Gambar fail/Bernama
Dua Dekad Tsunami: Aceh bertafakur tiga minit
Majlis khas sempena memperingati 20 tahun tsunami Aceh dengan tema Aceh Thanks The World sekali gus mengangkat iltizam rakyat Aceh Beranjak dari Masa Lalu, Menuju Masa Depan Bersyariat.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI pertimbang bangunkan robot berbentuk manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Dua Dekad Tsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Insurans kesihatan: Inisiatif BNM berisiko jika tiada pelan jangka panjang - Galen Centre
Inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanakan dua langkah interim bagi mengurangkan beban kewangan pemegang polisi insurans dan takaful kesihatan harus dipuji.
BNM umum dua langkah kurangkan beban kenaikan bayaran premium insurans
BNM melaksanakan dua langkah interim bagi mengurangkan beban kewangan kepada pemegang polisi insurans, susulan kenaikan pembayaran premium yang dialami baru-baru ini.
Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$118.1 bilion pada 13 Dis, 2024
Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$118.1 bilion (AS$1=RM4.50) pada 13 Dis 2024, berbanding AS$118.3 bilion pada 30 Nov, 2024.
Institusi kewangan sekat RM302 juta transaksi tidak sah, mencurigakan setakat Sept 2024
Institusi kewangan dalam negara berjaya menyekat sejumlah RM302 juta transaksi tidak sah dan mencurigakan setakat September lepas.
Tiga individu kerugian lebih RM5.4 juta terperdaya love scam, phone scam
Dua wanita dan seorang lelaki berputih mata selepas masing-masing terperdaya dengan sindiket Love Scam dan Phone Scam, mengakibatkan kerugian lebih RM5.4 juta dalam tiga kes berasingan.
BNM lantik semula tiga ahli Majlis Penasihat Syariah
Bank Negara Malaysia lantik semula Dr Anhar Opir, Dr Marjan Muhammad dan Dr Ahmad Basri Ibrahim sebagai ahli Majlis Penasihat Syariah.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata PM.
BNM masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung premium insurans perubatan - PM Anwar
Bank Negara Malaysia masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung cadangan kenaikan kadar premium insurans perubatan.