Kerajaan sedang menyediakan Kertas Putih tentang ancaman kegiatan keganasan yang melibatkan rakyat Malaysia, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan demikian di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata mengikut statistik polis, sebanyak 167 rakyat Malaysia terlibat dengan kegiatan militan di luar negara, sejak Dis 2001 sehingga kini.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) pada persidangan dewan, Ahmad Zahid berkata daripada jumlah itu, seramai 39 orang melibatkan diri dalam kumpulan Islamic State (IS) di Iraq dan Syria.
"Walaubagaimanapun, saya tidak bercadang untuk mendedahkan secara terperinci maklumat penglibatan mereka kerana dikhuatiri akan mengganggu siasatan yang masih dijalankan oleh pihak polis," katanya.
Beliau berkata kerajaan menerusi Jabatan Imigresen boleh menyenaraihitam pihak yang disyaki terlibat dalam kegiatan keganasan dengan memasukkan nama mereka ke dalam Senarai Syak jabatan itu bagi mengesan pergerakan mereka di pintu masuk utama seluruh negara.
"PDRM (Polis Diraja Malaysia) turut menjalinkan kerjasama yang rapat dengan agensi perisikan asing untuk mengekang permasalahan ini.
"Usaha jalinan ini termasuklah melalui kerjasama berterusan di samping bertukar-tukar maklumat risikan dengan agensi keselamatan luar, khususnya negara-negara Asean," katanya.
Ahmad Zahid berkata PDRM juga sedang menjalankan siasatan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang disyaki boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.
Sekiranya terdapat bukti mereka terlibat di dalam aktiviti militan, tindakan tegas akan diambil di bawah undang-undang sedia ada termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001, katanya.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan sentiasa mengambil pelbagai langkah untuk memperkukuhkan kawalan keselamatan di sepanjang pantai timur Sabah.
"Ancaman keselamatan oleh kumpulan militan Sulu telah disedari sebelum 2008 lagi dan ia dikategorikan sebagai ancaman dalam negeri.
"Maka di atas dasar itu PDRM bekerjasama rapat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menangani permasalahan tersebut," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Kluang).
Bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan di sepanjang pantai timur Sabah, Hishammuddin berkata ATM menempatkan pasukan keselamatan di tempat-tempat strategik.
Ini bukan sahaja untuk menangani ancaman kumpulan militia Sulu, bahkan terhadap semua ancaman keselamatan yang mungkin ada.
Bernama
Tue Oct 28 2014

ZAHID: Mengikut statistik polis, sebanyak 167 rakyat Malaysia terlibat dengan kegiatan militan di luar negara sejak Dis 2001. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.

Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.

Malaysia kekal teguh perjuang gencatan senjata di Gaza
Tatkala konflik yang membinasakan ini berterusan, sebuah negara kekal utuh untuk menamatkan keganasan yakni Malaysia.

Gencatan senjata di selatan Lubnan elak lebih banyak keganasan, serangan - PM Anwar
Perjanjian gencatan senjata di Selatan Lubnan yang berkuat kuasa semalam akan mengelakkan lebih banyak keganasan dan serangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pihak berkuasa Brazil siasat insiden letupan sebagai ancaman keganasan
Francisco Wanderley Luiz memandu sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan ke arah Mahkamah Agung.

71 peratus rakyat Sudan dilapor alami pelanggaran hak asasi manusia ketika melarikan diri - PBB
"Tahap trauma yang dialami amat dahsyat, dengan keluarga masih dalam keadaan terkejut selepas menyaksikan keganasan."

Pakistan kecam serangan Israel guna peranti komunikasi di Lubnan
Menggunakan kaedah siber dan elektronik untuk melakukan keganasan di negara lain adalah tidak boleh diterima, kata Jurucakap Kementerian Luar, Mumtaz Zahra Baloch.

Pakistan bertindak tegas dalam memerangi keganasan
PM Shehbaz Sharif mempengerusikan mesyuarat kabinet persekutuan di Islamabad untuk membincangkan tentang serangan di Balochistan.

Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.

Angka korban serangan bom berani mati di Pantai Lido Mogadishu meningkat kepada 32
Pada Jumaat, seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di Pantai Lido yang popular berhampiran sebuah hotel di ibu kota Somalia.