Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan melaksanakan keputusan untuk memecat Anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Iszuree Ibrahim sehingga perbincangan diadakan bersama beberapa pihak termasuk Anggota Majlis MPPP.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin berkata Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang hari ini mengambil ketetapan untuk mengekalkan Iszuree sebagai Anggota Majlis MPPP.
Namun, Iszuree yang juga Bendahari PAS negeri itu digugurkan daripada menganggotai mana-mana jawatankuasa kecil MPPP dan peruntukan beliau dibekukan dan disalur kepada Anggota Majlis daripada PAS, Mohd Nasir Yahya, serta diurus oleh Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, kata Dr Afif.
"Kerajaan negeri menghargai usaha Badan Perhubungan PAS negeri diketuai (Timbalan Pesuruhjaya) PAS negeri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang hadir bertemu Ketua Menteri Lim Guan Eng pada 2 Okt lepas, disertai oleh beberapa pimpinan PAS Pulau Pinang.
"Malang sekali, dalam pertemuan itu Iszuree telah gagal hadir dan bersemuka. Pandangan dan penjelasan kerajaan negeri dan PAS Pulau Pinang dikongsi ketika pertemuan ini.
"Ini membuktikan tidak timbul isu mengenai hubungan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang seperti yang digembar-gemburkan oleh media pro Barisan Nasional," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Dr Afif berkata mesyuarat Anggota Majlis Kerajaan Negeri pada 1 Okt lepas telah mengambil keputusan untuk memecat Iszuree daripada jawatannya atas kesalahan memfitnah kerajaan negeri dan melanggar etika profesionalisme.
Beliau berkata kenyataan Iszuree dalam Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor pada 28 Sept lepas berhubung isu perumahan adalah fitnah dan bercanggah dengan polisi sebenar kerajaan negeri dan MPPP.
Sementara itu, usaha Bernama untuk mendapatkan komen Iszuree berhubung keputusan kerajaan negeri itu gagal kerana beliau tidak menjawab panggilan.
Bernama
Thu Oct 09 2014
![K'jaan P.Pinang tidak akan pecat Iszuree sehingga perbincangan dibuat K'jaan P.Pinang tidak akan pecat Iszuree sehingga perbincangan dibuat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/81411799156_295x200.jpg)
Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengekalkan Iszuree sebagai Anggota Majlis MPPP. -Gambar fail
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Empat ADUN Pulau Pinang diarah kosongkan kerusi Empat ADUN Pulau Pinang diarah kosongkan kerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678089968_ADUN.jpg)
Empat ADUN Pulau Pinang diarah kosongkan kerusi
Empat ADUN pembangkang diarah meninggalkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini selepas usul pengosongan empat kerusi DUN diluluskan Dewan.
![Tukar PM, kerajaan takkan selesaikan masalah - Dr Afif Tukar PM, kerajaan takkan selesaikan masalah - Dr Afif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626986076_AFIFBAHARDIN.jpg)
Tukar PM, kerajaan takkan selesaikan masalah - Dr Afif
Kata ADUN Seberang Jaya itu, siapa pun ahli politik baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang ketika ini perlu bersama mengembalikan keyakinan rakyat terhadap mereka.
![Ke mana tujunya kompas Dewan Rakyat nanti? 'Dialog Tiga Penjuru', jam 8.30 malam ini Ke mana tujunya kompas Dewan Rakyat nanti? 'Dialog Tiga Penjuru', jam 8.30 malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51626950323_dialog.jpg)
Ke mana tujunya kompas Dewan Rakyat nanti? 'Dialog Tiga Penjuru', jam 8.30 malam ini
Dapatkah Ahli Parlimen fokus dengan misi utama yang sepatutnya dan tidak menjadikan kesempatan itu sebagai medan untuk mengatur langkah politik masing-masing?
![Bagaimana sistem pendidikan kita boleh dibentuk semula? Bagaimana sistem pendidikan kita boleh dibentuk semula?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81619109854_DIALOGtigapenjuru.jpg)
Bagaimana sistem pendidikan kita boleh dibentuk semula?
Panel Dialog Tiga Penjuru membincangkan aspek yang perlu diubah dalam membentuk sistem pendidikan yang lebih menepati kehendak matlamat negara.
![Kenyataan Ahmad Maslan beri isyarat UMNO buka ruang perbincangan dengan Bersatu - Dr Afif Kenyataan Ahmad Maslan beri isyarat UMNO buka ruang perbincangan dengan Bersatu - Dr Afif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61612410326_DRAFIFBAHARDIN.jpg)
Kenyataan Ahmad Maslan beri isyarat UMNO buka ruang perbincangan dengan Bersatu - Dr Afif
Kenyataan Setiusaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada Rabu menggambarkan parti itu masih membuka ruang perbincangan dengan Bersatu.
![Benarkan kedai gunting rambut, cuci kereta beroperasi - Pemuda Negara Benarkan kedai gunting rambut, cuci kereta beroperasi - Pemuda Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/51591704342_kedaiguntingSara.jpg)
Benarkan kedai gunting rambut, cuci kereta beroperasi - Pemuda Negara
Kerajaan harus menimbangkan keperluan untuk meneruskan perniagaan dan kelangsungan hidup sebilangan besar pengusaha kecil seperti pemilik kedai gunting rambut dan perkhidmatan mencuci kereta.
![P. Pinang disaran potong gaji Ketua Menteri, Exco sebagai langkah penjimatan hadapi COVID-19 P. Pinang disaran potong gaji Ketua Menteri, Exco sebagai langkah penjimatan hadapi COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/71583298802_AFIFBAHARDIN.jpg)
P. Pinang disaran potong gaji Ketua Menteri, Exco sebagai langkah penjimatan hadapi COVID-19
Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini disyorkan memotong gaji serta elaun Ketua Menteri dan semua exco sebagai langkah penjimatan dalam mendepani pandemik COVID-19.
![Dr Afif tinggalkan PKR, sertai Bersatu Dr Afif tinggalkan PKR, sertai Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41583319370_AfifExcoPenang.jpg)
Dr Afif tinggalkan PKR, sertai Bersatu
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin kini meneruskan kerjaya politiknyanya dengan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
![PKR Permatang Pauh terkejut, sedih Nurul Izzah letak jawatan PKR Permatang Pauh terkejut, sedih Nurul Izzah letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/71544782597_AFIFBAHARDIN.jpg)
PKR Permatang Pauh terkejut, sedih Nurul Izzah letak jawatan
Cabang PKR Permatang Pauh terkejut dan sedih dengan pengumuman peletakan jawatan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, sebagai Naib Presiden PKR dan jawatan-jawatan lain dalam parti.
![Kahwin bawah umur tidak selesai masalah sosial - Dr Afif Kahwin bawah umur tidak selesai masalah sosial - Dr Afif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61508926718_KahwinMuda.jpg)
Kahwin bawah umur tidak selesai masalah sosial - Dr Afif
Had umur berkahwin tiada kena mengena langsung untuk mengatasi gejala sosial.