KUALA LUMPUR:Kerajaan harus menimbangkan keperluan untuk meneruskan perniagaan dan kelangsungan hidup sebilangan besar pengusaha kecil seperti pemilik kedai gunting rambut, penjagaan diri, kedai jahitan dan perkhidmatan mencuci kereta.
Pengasas Pemuda Negara, Dr Afif Bahardin menjelaskan, sektor-sektor itu yang banyak melibatkan pengusaha dalam kalangan warga tempatan adalah satu sektor yang ‘vulnerable’ atau terdedah kepada risiko gulung tikar apabila mereka tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Kerajaan tidak boleh lagi hanya membuat andaian semata-mata bahawa mereka ini adalah punca merebaknya jangkitan COVID-19.
"Sewajarnya sektor yang hampir keseluruhannya didominasi oleh golongan orang muda ini dipertimbangkan segera oleh Kerajaan untuk dibenarkan beroperasi semula dengan menggariskan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat sekiranya perlu.
"Langkah sebelum ini yang menutup terus operasi perniagaan golongan ini bukan sahaja mengakibatkan mereka kerugian, tetapi masa sama akan mewujudkan masalah aliran tunai dan seterusnya menjerumus golongan ini kepada bebanan hutang dan risiko bankrap," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
BACA: PKP 2.0: Kedai dobi layan diri, gunting rambut antara operasi dilarang
BACA: Utamakan nyawa, pertimbang PKP yang ketat bendung COVID-19
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkata, operasi kedai gunting rambut dan salon, tetap tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP 2.0.
Jelasnya, kedua-dua perkhidmatan itu, melibatkan sentuhan secara fizikal dan berisiko menyebabkan jangkitan COVID-19.
Bagaimanapun ujar Ismail, pertimbangan untuk membenarkan perkhidmatan itu beroperasi akan dibuat, sekiranya trend kes COVID-19 mencatat penurunan.
Dalam pada itu Dr Afif yang juga ADUN Seberang Jaya berpendirian, sektor itu perlu dijadikan sebagai penanda aras atau contoh kepada sektor perniagaan yang lain dalam memastikan operasi mereka benar-benar mengikut SOP.
"Sekiranya mereka berjaya, kami percaya sektor lain tidak punya alasan untuk tidak patuhi SOP sekali gus mendokong usaha kerajaan hari ini dalam mendepani pandemik COVID-19.
"Kami yakin bahawa para pengusaha sektor perusahaan ini akan memberikan komitmen dan disiplin yang tinggi kepada SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dalam menjalankan kegiatan ekonomi mereka.
"Kami menggesa sekali lagi agar kerajaan terutamanya Majlis Keselamatan Negara (MKN) dapat mempertimbangkan untuk menyegerakan pembukaan semula operasi perusahaan gunting rambut, jahitan dan cucian kereta ini bagi memastikan sumber pendapatan mereka dan nasib para pekerja sektor ini terus dibela dan dijamin," tegasnya lagi.
Astro Awani
Thu Feb 04 2021

Dr Afif berpendirian, sektor itu perlu dijadikan sebagai penanda aras atau contoh kepada sektor perniagaan yang lain dalam memastikan operasi mereka benar-benar mengikut SOP. - Gambar fail/Astro AWANI

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

PAC syor bangunkan pelan induk projek Bekalan Air Luar Bandar
PAC mengesyorkan KKDW dan kerajaan negeri supaya membangunkan pelan induk projek BALB bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang berkualiti dan selamat.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Malaysia hantar dua kapal TLDM ke Bali, perkukuh kerjasama maritim bersama 39 negara
Malaysia mengerahkan dua kapal TLDM ke Latihan Tentera Laut Pelbagai Hala Komodo (MNEK) 2025 di Bali untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan maritim di peringkat antarabangsa.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.

EAIC terima aduan kecuaian JIM lulus permohonan COM tanpa pengetahuan pengarah syarikat
EAIC mengesahkan menerima aduan terhadap Jabatan Imigresen (JIM) berhubung kelulusan Permohonan Memo Periksa Keluar (COM) tanpa pengetahuan atau kehadiran pengarah syarikat terlibat.

Tiada syarat tambahan pembaharuan lesen memandu bagi warga emas - KP JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pengenaan sebarang syarat tambahan kepada golongan warga emas yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).

KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.

Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid
Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.

Perkeso diarah rombak semula SOP tuntutan faedah - Steven Sim
Arahan itu susulan isu kartel penipuan tuntutan palsu antaranya melibatkan tiga pengamal perubatan yang dikesan beroperasi di sebuah hospital di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas.