Cabang PKR Permatang Pauh terkejut dan sedih dengan pengumuman peletakan jawatan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, sebagai Naib Presiden PKR dan jawatan-jawatan lain dalam parti.
Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh, Dr Afif Bahardin berkata, beliau tidak menolak kemungkinan tindakan Nurul Izzah adalah berpunca daripada rentetan rasa tidak puas hati dan kekecewaan terhadap halatuju parti dan senario politik dalaman semasa.
"Kami ingin menyeru terutamanya kepada kepimpinan tertinggi parti untuk mengambil langkah proaktif dalam membentuk semula kesepakatan dan keyakinan anggota kepada parti pasca Pemilihan PKR 2018.
"Kepimpinan tertinggi parti perlu mengambil pendekatan inklusif, berlapang dada dan penuh hikmah demi memastikan kelangsungan perjuangan Reformasi dan Keadilan," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
BACA: 'Saya tidak tahu mengapa Nurul Izzah letak jawatan' - Tun M
VIDEO: 'Saya akan cuba bercakap dengan Nurul Izzah' - Azmin Ali
Dr Afif berkata, keputusan Nurul Izzah itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan anggota parti memandangkan jawatan yang disandangnya bukannya dilantik, sebaliknya beliau dipilih oleh anggota parti.
Sehubungan itu, pihaknya mahu Nurul Izzah yang baru dilantik sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang semalam, memberi penjelasan berhubung tindakannya melepaskan semua jawatan parti.
"Apa yang penting sekarang ialah bukan soal siapa akan menggantinya tetapi untuk berbincang, kenapa Nurul Izzah membuat keputusan sedemikian. Kenapa YB, selaku Naib Presiden yang bukan dilantik tetapi telah memenangi pemilihan tahun ini, mengambil keputusan ini," kata Dr Afif.
Nurul Izzah dalam satu kenyataan hari ini, mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.
Katanya, keputusan itu sudah pun dimaklumkan kepada kepemimpinan tertinggi parti.
Menurut kenyataan itu, katanya beliau hanya mahu berkhidmat kepada rakyat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh tanpa terikat dengan jawatan parti.
Beliau juga berkata tidak akan memegang sebarang jawatan dalam Kerajaan Persekutuan dan menyerahkan kepada parti untuk menentukan peranannya di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Kerajaan Pulau Pinang.
Semalam, PKR mengumumkan pelantikan Nurul Izzah sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang yang baharu menggantikan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Dec 17 2018
![PKR Permatang Pauh terkejut, sedih Nurul Izzah letak jawatan PKR Permatang Pauh terkejut, sedih Nurul Izzah letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/71544782597_AFIFBAHARDIN.jpg)
DR AFIF: Apa yang penting sekarang ialah bukan soal siapa akan menggantinya tetapi untuk berbincang, kenapa Nurul Izzah membuat keputusan sedemikian. - BERNAMA/Fail
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selesai tugas menasihati Agong - Anthony Loke Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selesai tugas menasihati Agong - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41618148410_TBANTHONYLOKE.jpg)
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selesai tugas menasihati Agong - Anthony Loke
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selesai menjalankan tugas menasihati serta mempersembahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong.
!['Kami rela dituduh pelacur demi pertahankan perpaduan ummah' - Pemuda Pas Selangor 'Kami rela dituduh pelacur demi pertahankan perpaduan ummah' - Pemuda Pas Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615616112_MohamedSukriOmar.jpg)
'Kami rela dituduh pelacur demi pertahankan perpaduan ummah' - Pemuda Pas Selangor
Pas rela dituduh demikian daripada menjadi 'pelacur politik dan kuasa' kerana rakus menggadai maruah agama dan bangsa untuk kehendak peribadi.
![10,000 penduduk Rusia berarak bantah cara Putin tangani krisis politik 10,000 penduduk Rusia berarak bantah cara Putin tangani krisis politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51592995796_VladimirPutin.jpg)
10,000 penduduk Rusia berarak bantah cara Putin tangani krisis politik
Perarakan seumpama itu jarang berlaku di Rusia, sekali gus menyaksikan keretakan dalam pimpinan Putin yang semakin dikecam.
![Ahmad Faizal kekal Ketua Bersatu Bahagian Tambun, menang tanpa bertanding Ahmad Faizal kekal Ketua Bersatu Bahagian Tambun, menang tanpa bertanding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61563555475_AhmadFaizalAzumu.jpg)
Ahmad Faizal kekal Ketua Bersatu Bahagian Tambun, menang tanpa bertanding
Bersatu Perak mempunyak 277 Cawangan daripada 24 Bahagian yang melibatkan keahlian kira-kira 28,548 orang.
![Kerajaan sedar naratif politik semasa - Dr Wan Azizah Kerajaan sedar naratif politik semasa - Dr Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/41567086856_WanAzizah.jpg)
Kerajaan sedar naratif politik semasa - Dr Wan Azizah
Kerajaan sedar mengenai naratif politik semasa di mana rakyat mengharapkan sesuatu yang luar biasa dilakukan dalam memenuhi harapan masyarakat.
![Pentadbir kena neutral, kesetiaan 'berbelah bagi' tidak menyumbang pada pentadbiran negara Pentadbir kena neutral, kesetiaan 'berbelah bagi' tidak menyumbang pada pentadbiran negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51556608577_TUNM.jpg)
Pentadbir kena neutral, kesetiaan 'berbelah bagi' tidak menyumbang pada pentadbiran negara
Para pentadbir harus bersikap neutral dan patuh kepada kerajaan semasa yang dipilih rakyat walaupun mempunyai pendirian politik tersendiri bagi memastikan pentadbiran negara baik, kata Perdana Menteri
![Muhyiddin nafi ada sengketa dengan Dr Mahathir Muhyiddin nafi ada sengketa dengan Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51556260674_TANSRIMUHYIDDINYA.jpg)
Muhyiddin nafi ada sengketa dengan Dr Mahathir
Mesyuarat khas tergempar yang diadakan Dr Mahathir baru-baru ini hanya untuk mendengar perbezaan pendapat susulan isu pelantikan Exco Johor yang baharu.
![PRK Sandakan: Anak mendiang Stephen Wong diumumkan calon PH PRK Sandakan: Anak mendiang Stephen Wong diumumkan calon PH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81556180251_Anakmendiang.jpg)
PRK Sandakan: Anak mendiang Stephen Wong diumumkan calon PH
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan anak mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen (P) 186 Sandakan.
![Fitnah, berita palsu marak menjelang Pemilu 2019 Fitnah, berita palsu marak menjelang Pemilu 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/71555222221_pilpres.jpg)
Fitnah, berita palsu marak menjelang Pemilu 2019
Perkembangan pesat komunikasi siber mengundang masalah besar buat seluruh dunia lebih-lebih lagi pada negara yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 269 juta seperti Indonesia.
![PRK Rantau: Ilham Centre jangka Mohamad Hasan akan menang PRK Rantau: Ilham Centre jangka Mohamad Hasan akan menang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41554871213_TokMat.jpg)
PRK Rantau: Ilham Centre jangka Mohamad Hasan akan menang
Ilham Centre menjangkakan Mohamad akan mengekalkan kerusi DUN Rantau dengan peralihan undi daripada PH kepada BN sebanyak 24.5 peratus.