Pembentangan Belanjawan 2019 yang mengiktiraf penyelidikan di universiti awam disifatkan bertepatan dan penting dalam memacu universiti awam setanding universiti ternama dunia.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail berkata pengiktirafan berkenaan bersesuaian dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0.
"Ia bertindak sebagai pemacu untuk menyediakan pakar tempatan dan pembangunan teknologi tempatan agar seiring dengan pembangunan sains dan teknologi negara.
"Selain itu, ia merupakan petunjuk untuk Malaysia berada dalam carta universiti terbaik dunia dan sekaligus mampu menarik lebih banyak institusi dan industri berkolaborasi dengan universiti di Malaysia, " katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Ahmad Fauzi juga berkata peruntukan RM400 juta termasuk geran padanan bernilai RM30 juta bagi Program 'Malaysia Partnerships and Alliances in Research' (MyPAIR) membantu mempertingkatkan lagi kerjasama antara intitusi pengajian tinggi dengan industri tempatan serta agensi antarabangsa dalam bidang strategi.
"Ia adalah bagi meningkatkan bilangan pakar tempatan, pembangunan teknologi tempatan dan usahawan professional," katanya lagi.
Fauzi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor (Penyelidik dan Inovasi) Universiti Awam berkata bidang penyelidikan turut menggalakkan sektor pelancongan iaitu edu-pelancongan di Malaysia khususnya dari negara-negara Timur Tengah dan Asia Tengah.
"Ia mampu menjadi salah satu tarikan lebih ramai pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian tinggi negara untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi di rantau Asia," kata beliau.
Beliau turut menambah wujud ruang meningkatkan ekonomi negara melalui aktiviti perundingan, pengkomersilan, latihan professional dan edu-pelancongan disamping peningkatan dari segi jumlah penerbitan berimpak melalui dana yang diberi kerajaan .
"Saya yakin dan kita akan membantu kementerian merangka pelan penyelidikan negara yang lebih transformatif dan bermanfaat kepada negara," tambah beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 02 2018
DR AHMAD FAUZI: Bidang penyelidikan mampu menjadi salah satu tarikan lebih ramai pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian tinggi negara untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi di rantau Asia. - fotoBERNAMA/Fail
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Majikan dapat pelepasan cukai bantu bayar PTPTN pekerja
Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata jumlah itu memanfaatkan 30 peminjam PTPTN malah majikan berkenaan telah diberikan insentif iaitu pelepasan cukai oleh kerajaan.
Tiada lanjutan program PKPS - Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata ini kerana tiada tempoh lanjutan akan dibuat selepas tempoh PKPS yang akan berakhir esok.
Cukai minuman bergula wajar demi kesihatan
Sesuatu yang manis tidak akan jadi nikmat selama-selamanya dan itulah yang berlaku kepada Hadi apabila selera negatifnya itu akhirnya membawa padah setelah disahkan menghidap penyakit diabetes.
Abang Johari sangkal Sarawak muflis dalam tempoh tiga tahun lagi
Dakwaan tersebut telah dibuat tanpa mengambil kira pendapatan Sarawak daripada pelbagai sumber seperti minyak dan gas di samping kerajaan negeri mengamalkan tadbir urus kewangannya dengan cemerlang.
Teknologi elemen penting dalam perkembangan ekonomi - Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata pelbagai usaha dilakukan kerajaan ketika ini termasuk menyediakan dana bantuan seperti terkandung dalan Belanjawan 2019.
RM16 juta bagi rawatan penyakit yang jarang berlaku - Dr Dzulkefly
Kerajaan memperuntukkan RM16 juta di bawah Belanjawan 2019 bagi rawatan pesakit yang menghidap penyakit yang jarang berlaku.
Tiada keperluan mendadak untuk semak semula Belanjawan - Dr Mahathir
Ketika menegaskan perkara itu, Perdana Menteri berkata ini juga berikutan faktor turun naik harga minyak berkenaan.
Maszlee mohon peruntukan tambahan untuk SK dan sekolah agama
Kementerian Pendidikan (KPM) berkata perkara itu masih dalam pertimbangan Kementerian Kewangan.
Masyarakat India lebih diberikan perhatian di bawah kerajaan PH - Waytha Moorthy
Katanya, nasib masyarakat India di negara ini kini lebih diberikan perhatian di bawah pentadbiran kerajaan PH melalui pelbagai usaha menangani masalah yang dihadapi oleh masyarakat tersebut.
Tiga bank sah dilantik pengatur utama bon Samurai
Pelantikan ini dibuat setelah Kementerian Kewangan menyenarai pendek enam daripada 27 bank yang dicadangkan sehingga 2 November, 2018, kata Lim Guan Eng.