KUANTAN: Gara-gara membantu menghantar semula nombor kod pengesahan transaksi (TAC) yang tersalah hantar ke telefonnya, seorang jururawat tanggung kerugian RM30,000 pada Sabtu.
Selepas nombor TAC itu dihantar, mangsa berusia 48 tahun menerima pesanan dari bank berhubung transaksi pengeluaran wang daripada akaunnya.
Hasil semakan mendapati berlaku penolakan RM15,000 daripada akaun itu dan RM15,000 lagi daripada akaun Tabung Haji.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, nasib malang menimpa jururawat itu berlaku selepas dia menerima panggilan daripada pemanggil tidak dikenali ketika berada di rumah pada petang Sabtu.
Menurutnya, pemanggil langsung tidak memperkenalkan diri sebaliknya terus meminta mangsa menghantar kembali nombor TAC yang diterima.
"Pemanggil memberi alasan dia tersalah daftar nombor telefon dalam maklumat akaun banknya kepada nombor telefon mangsa.
"Mangsa segera berbuat demikian tanpa menyedari ia taktik sindiket penipuan untuk melesapkan wang dalam akaun banknya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Mohd Wazir berkata, susulan kejadian mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Mentakab pada Ahad.
"Polis membuka kertas siasatan kes di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Dec 13 2021

Gara-gara membantu menghantar semula nombor TAC yang tersalah hantar ke telefonnya, seorang jururawat tanggung kerugian RM30,000 pada Sabtu.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

'Scammer' intip, baca kod TAC
Sindiket berkenaan dipercayai menggunakan perisian hasad untuk menceroboh peranti sehingga mengakibatkan mangsa kehilangan wang.

Jururawat rugi RM30,000 tersalah hantar nombor TAC
Mangsa berbuat demikian tanpa menyedari ia taktik sindiket penipuan untuk melesapkan wang dalam akaun banknya.

75 kes menyamar rakan untuk pinjam wang babitkan kerugian lebih RM300,000
Menurut polis, jumlah itu meningkat berbanding 68 kes (RM346,349) sepanjang 2020.

Guru kelas bimbingan rugi lebih RM57,000 selepas dedah maklumat bank kepada pihak ketiga
Mangsa yang berusia 57 tahun mendedahkan maklumat akaun bank dan kod keselamatan TAC miliknya kepada 'pegawai bank'.

Penipuan nombor TAC: Kerani rugi RM8,888.88
Mangsa mendakwa menerima SMS daripada bank memaklumkan terdapat transaksi pemindahan wang dalam jumlah yang besar daripada akaunnya ke akaun lain.

Kepusatan ASEAN antara yang ditekankan Malaysia di Manila
Kementerian Luar semasa mesyuarat itu telah menekankan kepusatan ASEAN merupakan langkah penting di dalam memacu agenda Pembinaan Komuniti ASEAN ke tahap yang lebih tinggi.