KUALA LUMPUR: Seorang guru kelas bimbingan di sebuah institusi swasta kerugian kira-kira RM57,850 selepas mendedahkan maklumat akaun bank dan kod keselamatan Transaction Activation Code (TAC) miliknya kepada pihak ketiga.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, ACP Mohd Mahidisham Ishak berkata, kejadian itu berlaku selepas mangsa lelaki berumur 57 tahun itu menerima pesanan ringkas pada 22 Sept lepas meminta pengesahan daripada beliau tentang pembelian melalui platform e-dagang berjumlah RM3,800.
"Mangsa telah menafikan membuat pembelian berkenaan dan telah menghubungi 'pegawai bank' melalui satu nombor telefon yang diberikan dalam mesej itu.
"Susulan itu, 'pegawai bank' yang telah dihubungi mangsa telah meminta pengadu untuk mendedahkan maklumat akaun bank dan kod keselamatan Transaction Activation Code (TAC) kepadanya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Mahidisham berkata, mangsa menuruti arahan daripada 'pegawai bank' berkenaan kerana 'pegawai bank' itu mendakwa maklumat berkenaan diperlukan untuk tujuan siasatan lanjut.
"Setelah menyedari dirinya ditipu apabila terdapat transaksi pindahan wang daripada akaun miliknya kepada akaun pihak ketiga dan juga pindahan kepada akaun e-wallet Touch n' Go, mangsa segera membuat laporan polis pada 24 Sept di Balai Polis Sentul, di sini," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu.
"Pihak polis menasihati orang ramai supaya sentiasa membuat semakan terlebih dahulu apabila menerima pesanan ringkas daripada pihak bank. Tindakan menyalurkan maklumat perbankan dan kod keselamatan TAC kepada pihak ketiga akan menyebabkan akaun perbankan terdedah kepada penggunaan tidak sah," katanya.
"Sebarang jenayah atau sebarang aktiviti mencurigakan, hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/0585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 27 2021

Kejadian berlaku selepas mangsa lelaki berumur 57 tahun itu menerima pesanan ringkas pada 22 Sept lepas meminta pengesahan daripada beliau tentang pembelian melalui platform e-dagang berjumlah RM3,800.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lebih 100 individu diperdaya koperasi, kerugian RM5.6 juta
Kebanyakan ahli telah membayar puluhan ribu ringgit setiap seorang sebagai pendaftaran menjadi ahli koperasi berkenaan.

Singapura keluarkan amaran risiko kongsi maklumat kad kredit untuk pembelian dalam talian
Pihak berkuasa Singapura mengeluarkan amaran mengenai risiko berkongsi maklumat kad kredit bagi transaksi dalam talian, susulan.

Pelajar rugi lebih RM110,000 terperdaya sindiket panggilan telefon
Mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai wakil dari kedutaan China pada 13 Januari lepas.

Dua warga emas rugi lebih RM5 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Salah seorang mangsa mula menyertai pelaburan dikenali sebagai Efa Trade yang didakwa mampu memberikan pulangan lumayan.

Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang dijumpai menerusi iklan di laman Facebook.

Akauntan turut jadi mangsa skim pelaburan tidak wujud, rugi lebih RM60,000
Polis mengesahkan seorang akauntan kerugian RM65,520 selepas diperdaya sindiket skim pelaburan tidak wujud di aplikasi Telegram.

Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.

Kontraktor rugi lebih RM5.9 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa mula menyertai pelaburan berkenaan pada September lepas selepas tertarik dengan iklan pelaburan menerusi Facebook.

Penipuan dalam talian ancam reputasi Malaysia sebagai lokasi perniagaan selamat
Jenayah senyap yang menjejas ekonomi global itu tidak hanya melibatkan individu, namun secara ketara turut merencatkan ekonomi.

Pengurus syarikat rugi lebih RM100,000 akibat pelaburan tidak wujud
Mangsa ditawarkan dengan pelaburan daripada sebuah syarikat dikenali Clearbridgeleader.com melalui aplikasi WhatsApp pada September lepas.