SHAH ALAM: Seorang jurugambar sambilan maut ditikam teman wanita dipercayai akibat cemburu dalam kejadian di sebuah rumah di Bandar Rimbayu dekat Kota Kemuning, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata mangsa berusia 26 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Cyberjaya dengan kecederaan luka tikaman di bahagian pergelangan tangan kiri dan kaki kiri.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.41 pagi daripada doktor di hospital berkenaan yang memaklumkan menerima seorang pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Doktor itu percaya mangsa dibawa dari sebuah klinik swasta. Beliau kemudiannya bertindak memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) selama 30 minit tetapi tiada tindak balas dan denyutan nadi dari mangsa.
"Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia pada jam 7.25 pagi semalam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Ridhwan berkata susulan itu, satu kertas siasatan dibuka dan teman wanita mangsa diberkas di sekitar kawasan hospital pada jam 12. 30 tengah hari, dipercayai selepas membawa kekasihnya mendapatkan rawatan.
""Hasil semakan, wanita tempatan berusia 26 tahun itu adalah bekas pelajar perubatan dan bekerja sebagai model sambilan serta tidak mempunyai rekod lampau.
"Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah cemburu kerana suspek mendapati mangsa telah berlaku curang terhadapnya," katanya.
Menurutnya suspek direman enam hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan atas kesalahan membunuh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024

Ahmad Ridhwan berkata mangsa berusia 26 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Cyberjaya dengan kecederaan luka tikaman di bahagian pergelangan tangan kiri dan kaki kiri. - Gambar hiasan/Pixabay

Malaysia akan perkukuh peranan ASEAN, tingkatkan penglibatan di peringkat global - PM Anwar
Anwar menggesa tindakan kolektif bagi mempertahankan keamanan dan memastikan orde antarabangsa yang stabil.

Aminuddin sedia pertahan jawatan Naib Presiden PKR
Beliau berkata saingan kali ini lebih sengit kerana PKR merupakan komponen parti menerajui Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan.

MMA harap kadar baharu yuran perundingan GP swasta berpatutan, adil
Dr Kalwinder Singh berkata MMA percaya kenaikan yuran perundingan kepada sekurang-kurangnya RM60 adalah wajar dan adil.

MPM bakal naik taraf sistem dengan AI, jana transkrip segera semasa prosiding
Ia berupaya menjana transkrip segera semasa prosiding kes bagi meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan menyelaraskan kefahaman komunikasi.

Usaha hapus kanser serviks diperkukuh melalaui MoU KKM-Yayasan ROSE
Statistik menunjukkan kadar insiden kanser serviks di Malaysia turun kepada 6.0 kes bagi setiap 100,000 wanita bagi tempoh 2017-2021.

KPN sasar 100 KRT baharu tahun ini - Aaron
Buat masa ini terdapat 8,529 KRT di seluruh negara, di mana 91 daripadanya ditubuhkan pada tahun lepas.
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.

Jurugambar sambilan maut ditikam teman wanita akibat cemburu
Seorang jurugambar sambilan maut ditikam teman wanita dipercayai akibat cemburu dalam kejadian di sebuah rumah di Bandar Rimbayu dekat Kota Kemuning, semalam.