Jumlah wang rizab kerajaan negeri sehingga 31 Julai lepas adalah sebanyak RM867.5 juta, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata wang rizab itu terdiri daripada pelaburan saham, pelaburan am dan dalam bentuk deposit simpanan tetap di bank-bank tempatan.
Katanya, sehingga 31 Julai lepas, hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan berjumlah RM62.1 juta.
"Ia merupakan pinjaman untuk rancangan perumahan murah awam iaitu berjumlah RM44 juta, rancangan pembangunan perusahaan berjumlah RM1.2 juta serta pelbagai projek membabitkan bangunan kerajaan berjumlah RM16.9 juta," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini bagi menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Kepayang).
Kepada soalan Lee Chuan How (DAP-Pasir Pinji) berkaitan pinjaman syarikat berkaitan kerajaan negeri, Zambry berkata kerajaan negeri bagi pihak Lembaga Air Perak telah menjadi penjamin pinjaman projek bekalan air dengan kerajaan persekutuan dengan jumlah baki pinjaman sebanyak RM508.1 juta sehingga 31 Julai lepas.
"Pinjaman tersebut bagi membolehkan penstrukturan semula fasa kedua dan hutang tersebut akan diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) selepas pelaksanaan projek-projek bekalan air di seluruh negeri disiapkan yang melibatkan kerja naik taraf loji bekalan air dan penggantian paip-paip utama," katanya.
Zambry berkata mengenai hasil keuntungan tunai, bagi LAP sebanyak RM795 juta, Perbadanan Pembangunan Pertanian Perak (PPPNP) sebanyak RM140 juta manakala Perbadanan Kemajuan Negeri Perak lebih RM100 juta.
Bernama
Wed Aug 19 2015
ZAMBRY: Rizab itu terdiri daripada pelaburan saham, pelaburan am dan dalam bentuk deposit simpanan tetap di bank-bank tempatan. Foto BERNAMA
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Wanita rugi lebih setengah juta ringgit akibat terperdaya pelaburan saham di Facebook
Mangsa diarah memuat naik sebuah aplikasi dan memberi maklumat peribadi bagi tujuan pendaftaran.
Pengarah syarikat rugi lebih RM2.3 juta, terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Seorang pengarah syarikat mengalami kerugian lebih RM2.3 juta selepas terpedaya dengan penawaran pelaburan saham tidak wujud.
Juruaudit rugi RM1.48 juta akibat pelaburan kripto tidak wujud
Mangsa mula terjerat dengan sindiket itu selepas dia tertarik dengan iklan pelaburan kripto yang berpangkalan di New York.
Ebit Lew, Wadi Annuar antara pendakwah nafi terlibat skim pelaburan
Beberapa penceramah agama menafikan penglibatan mereka dalam poster tawaran skim pelaburan saham kononnya patuh syariah yang tular di media sosial baru-baru ini.
Polis kesan pelaburan palsu guna logo Phillip Capital
PDRM mengesan kegiatan mempromosikan pelaburan saham yang dipercayai menipu dengan menggunakan logo sebuah syarikat kewangan terkemuka antarabangsa, 'Phillip Capital', menerusi aplikasi Telegram.
RM92,540 lesap, kerani akaun terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Mangsa berusia 52 tahun itu telah melayari laman sosial tersebut dan tertarik mengenai pelaburan saham yang ditawarkan sebelum menekan pautan yang disertakan.
Polis kesan taktik tipu pelaburan 'patuh syariah' guna gambar individu ternama
PDRM mengesan aktiviti penipuan pelaburan saham "Islamik" dan "patuh syariah" yang diiklankan menerusi platform media sosial menggunakan gambar individu ternama.
5 tip mudah mulakan pelaburan saham, fahami patuh syariah
STOK atau dikenali sebagai saham merupakan salah satu daripada instrumen yang terbukti berkesan dan boleh dipercayai untuk mengembangkan kekayaan anda.
Pelaburan saham dan perpaduan kaum
Antara punca berlakunya isu perpaduan adalah disebabkan oleh wujudnya jurang pendapatan yang ketara.
Millenial paling rugi tanpa ilmu pelaburan
Ketinggalan cipta kekayaan dalam pasaran bull terpanjang.