SHAH ALAM: Seorang pengarah syarikat mengalami kerugian lebih RM2.3 juta selepas terpedaya dengan penawaran pelaburan saham tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan mengenai jenayah itu daripada wanita tempatan berusia 39 tahun pada 12.31 tengah hari, Jumaat lalu (17 Nov).
Mohd Iqbal berkata berdasarkan hasil rakaman percakapan, mangsa mengetahui mengenai pelaburan saham tersebut menerusi media sosial Facebook dan mangsa telah menekan pautan (link) pelaburan yang diberikan dan memberikan nombor telefonnya.
"Mangsa kemudian ditambah masuk ke dalam satu kumpulan Whatsapps yang memberikan maklumat berkenaan cara-cara untuk membuat pelaburan saham.
"Wanita itu seterusnya diarahkan untuk mendeposit wang bagi memasuki pelaburan saham yang ditawarkan lalu membuat pindahan wang berjumlah RM2,378,000 secara dalam talian sebanyak enam kali ke dalam enam akaun bank berlainan seperti yang diarahkan," menurut kenyataan itu.
Mohd Iqbal berkata mangsa seterusnya dimaklumkan telah mendapat keuntungan sebanyak RM256,000 namun ketika wanita itu hendak membuat pengeluaran wang keuntungan, dia dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM523,000.
"Mangsa yang berasa tertipu hadir membuat laporan polis dan siasatan dilaksanakan mengikut Seksyen 420 kanun Keseksaan iaitu kesalahan menipu," katanya.
Susulan itu Mohd Iqbal menasihatkan orang awam agar tidak mudah mempercayai pelaburan yang ditawarkan di sosial media dan membuat semakan terlebih dahulu dengan menghubungi agensi yang terlibat seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti.
"Orang awam juga boleh menghubungi talian '997' National Scam Response Centre (NSRC) bagi membuat semakan dan mendapatkan nasihat terlebih dahulu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023
Mohd Iqbal berkata pihaknya menerima laporan mengenai jenayah itu daripada wanita tempatan berusia 39 tahun pada 12.31 tengah hari, Jumaat lalu (17 Nov). - Gambar fail/Bernama
Da’i Syed bertekad bersihkan nama di mahkamah
Pendakwah selebriti Da’i Syed bertekad membersihkan namanya selepas didapati bersalah merogol seorang wanita pada 2019.
Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29 tahun, menegaskan bahawa perjuangan ini demi keluarganya, selain tidak mahu anak perempuannya membesar dalam suasana negatif akibat kecaman netizen.
Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29 tahun, menegaskan bahawa perjuangan ini demi keluarganya, selain tidak mahu anak perempuannya membesar dalam suasana negatif akibat kecaman netizen.
Pengambilan tanah, pengalihan utiliti punca projek tebatan banjir lewat
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan, proses pengambilan tanah yang memakan masa terlalu lama menjadi antara punca utama berlakunya kelewatan projek rancangan tebatan banjir (RTB) khususnya di Pantai Timur.
Dua lagi kes virus mpox berpotensi bawa maut dikesan di UK
Dua lagi kes strain virus mpox yang berpotensi membawa maut dikesan dalam kalangan kontak rapat kes pertama, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA).
Subsidi RON95: Kerajaan masih pertimbang kriteria golongan T15
Kerajaan masih mempertimbangkan kriteria golongan T15 untuk menentukan kelayakan kumpulan tersebut mendapat subsidi petrol RON95 atau sebaliknya.
Ribut Kristine: Terima kasih Malaysia - Presiden Filipina
Presiden Filipinan dalam panggilan telefonnya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas bantuan yang diberikan untuk membantu mangsa ribut Kristine yang melanda negara tersebut.
Malaysia sasar tingkat kerjasama serantau
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga akan menerima prinsip masa depan bersama yang dipromosikan oleh China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.
Malaysia komited majukan hubungan ekonomi
Perdana Menteri menegaskan, prinsip "Masa Depan Bersama" yang dipromosikan oleh China dan diterima baik oleh banyak negara termasuk Asia dan Selatan Global, antara sebab utama Malaysia bersetuju untuk menyertai BRICS.
Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.
Taufan Kristine: Presiden Marcos hargai sokongan Malaysia
Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr., menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan penting yang diberikan semasa operasi bantuan selepas Taufan Kristine yang dahsyat.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
Tular hina Islam: Polis kenal pasti identiti suspek
Pihak polis akan rakam keterangan suspek dalam masa terdekat memandangkan lelaki itu sedang dapatkan rawatan kesihatan mental di sebuah hospital.
Mendepani cabaran media sosial terhadap kanak-kanak
Kebimbangan kanak-kanak menjadi mangsa pelbagai bentuk eksploitasi kian mendapat perhatian.
Kerap 'disajikan' unsur negatif di media sosial cetus masyarakat pemikiran jumud - Pakar
Perkembangan teknologi sepatutnya melahirkan masyarakat intelektual namun ia boleh jadi sebaliknya jika pengguna media sosial gagal menapis bahan negatif yang terdapat dalam rangkaian internet.
Koleksi Muzium Arkeologi Lambah Bujang tinggalan penting yang perlu dihayati
Pelbagai koleksi arkeologi unik dari kurun ketiga hingga ke-12 Masihi dipamerkan di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok di sini yang merupakan tinggalan sejarah penting untuk dihayati dan difahami.
Pengusaha perigi terapi dinasihatkan henti sementara operasi - Pegawai Daerah Rembau
Pejabat Tanah dan Daerah Rembau menasihati pengusaha perigi terapi ion di Ulu Sepri agar menghentikan sementara operasi sehingga siasatan Kementerian Kesihatan (KKM) selesai dijalankan.
JKNNS siasat dakwaan air perigi mampu ubati pelbagai penyakit
Pejabat Kesihatan Daerah Rembau sedang melaksanakan pemeriksaan menyeluruh isu ini yang telah mendapat perhatian meluas dalam media sosial.
Perlu barisan pelapis martabatkan seni kaligrafi Islam
Khat bermaksud tulisan tangan yang cantik menggunakan berus atau pen khas, justeru kecekapan tangan dan ketajaman mata penulis amat perlu dalam menghasilkan seni kaligrafi yang indah ini.
Jadual kerja Fattah Amin penuh hingga Februari depan
Kelibat Fattah Amin semakin menjadi tumpuan peminat dunia seni tanah air, khususnya wanita.
Polis siasat kewujudan kumpulan 'sexual grooming' - KPN
PDRM sudah memulakan siasatan berhubung kewujudan kumpulan pengantunan kanak-kanak (sexual grooming) di akaun media sosial.
India ambil tindakan bendung penyebaran ugutan bom palsu di media sosial
Kerajaan India mengarahkan platform media sosial untuk mencegah penyebaran ugutan bom palsu.