STOK, atau dikenali sebagai saham, merupakan salah satu daripada instrumen yang terbukti boleh dipercayai untuk mengembangkan kekayaan anda.
Nama-nama seperti Bill Gates, Jeff Bazos dan Bernard Arnault tidak asing lagi dengan kita. Sebahagian besar kekayaan mereka adalah dengan memiliki saham di syarikat atau melalui pelaburan saham.
Ingin jadi seperti mereka, tetapi tidak tahu caranya? Jangan risau, ini 5 tip mudah untuk anda mulakan pelaburan saham.
1. Tetapkan, asingkan 25% daripada pendapatan
Tanpa modal, anda tidak dapat berbuat apa-apa! Sekiranya anda tidak dapat mengasingkan dan menetapkan 25% daripada hasil pendapatan untuk dijadikan modal, sudah tiba masanya untuk berdisiplin dan jujur dengan diri sendiri.
Mulakan dengan langkah kecil dan lakukannya secara konsisten. Perlu diingat bahawa wang itu hanya boleh digunakan untuk tujuan pelaburan!
2. Belajar dan cari ilmu sebelum mula melabur
Penting untuk anda belajar dan mencari ilmu sebelum mula melabur. Warren Buffett ada menyuarakan sentimen ini dengan mengatakan: "By far, the best investmment you can make is in yourself".
Ramai terburu-buru membuat pelaburan mengikut perasaan ingin cepat kaya dengan mengikuti petua-petua tidak sahih.
Kerap kali kita dengar berlakunya mereka yang kehilangan wang dan menyedari pelaburan mereka satu penipuan.
Wang boleh dicuri, tetapi tiada siapa boleh mencuri ilmu pengetahuan, kerana ia tidak susut dan sentiasa berkembang.
3. Urus keluar-masuk duit
Wang boleh menjadi musuh atau rakan anda. Ia bergantung kepada bagaimana anda memilih untuk mengendalikannya. Uruskan perbelanjaan dan ketahui perbezaan antara aset dan liabiliti.
Aset adalah sesuatu yang memasukkan wang ke dalam poket anda, sebaliknya, liabiliti adalah sesuatu yang mengeluarkan wang dari poket anda. Semudah itu!
4. Melabur apabila sudah memahami konsepnya
Peraturan asas yang harus dipatuhi ketika melabur adalah sangat mudah, jika anda tidak memahaminya, jangan melabur di dalamnya. Peter Lynch terkenal dengan kata-katanya: "You should never invest in any idea that can't illustrate with a crayon."
Melabur dalam sesuatu yang anda tidak fahami atau tiada pengetahuan mengenainya akan membawa kepada penilaian yang salah dan menyebabkan pelaburan menjadi buruk dan rugi.
Penting untuk melabur dalam lingkungan kecekapan supaya dapat memahami bagaimana wang dijana dan sekiranya berlaku krisis pasaran, ilmu pelaburan itu dapat membantu anda bertahan dan menanganinya dengan baik.
5. Fokus pada pelaburan dan berfikir seperti seorang ahli perniagaan
Ini adalah faktor terpenting yang memisahkan dan membezakan anda daripada menjadi pelabur biasa-biasa sahaja.
Mentaliti apabila memiliki saham bermaksud, wujud pemilikan separa dalam syarikat perniagaan seperti menjadi pemilik syarikat berjuta-juta atau berbilion ringgit.
Contohnya, fokus kepada pendapatan syarikat, keuntungan bersih, dan pulangan ekuiti. Bukan harga saham.
Harga saham akan sentiasa berubah-ubah dan ini adalah fakta yang tidak dapat kita kawal.
Kita tidak boleh membiarkan harga saham harian mempengaruhi emosi dalam setiap keputusan yang dibuat. Selagi mana nilai syarikat ada, iaitu pendapatan per saham meningkat, harga saham akhirnya akan menyusul dalam jangka panjang.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia juga semakin celik mengenai pelaburan saham apabila ramai pihak mengambil inisiatif memperkenalkannya menerusi pelbagai medium.
Namun, diingatkan agar keterujaan menyertai pelaburan haruslah berpada-pada sehingga tidak memakan diri dan lupa mencari skim pelaburan yang halal dan patuh syariah.
Bagi umat Islam di Malaysia, Majlis Penasihat Syariah (MPS) di Suruhanjaya Sekuriti telah diberi mandat untuk membuat penyaringan saham-saham yang tersenarai di pasaran.
Senarai saham patuh syariah itu diterbitkan kepada orang ramai dua kali setahun, iaitu pada akhir Mei dan November.
Namun, apakah kriteria syariah yang ditetapkan MPS bagi sektor ini? Bagaimana pula penyaringan dilakukan?
Bagi mengupas kekeliruan dan memahami pelaburan patuh syariah sebelum mula melabur. Ini berita gembira buat anda!

Sertai kami dalam diskusi santai dan informatif menerusi webinar di Workshoppe@Astro AWANI membincangkan topik menarik “MELABUR SEKARANG: Memahami Saham Patuh Syariah”.
Daftar sekarang di www.linc.astroawani.com dan ikuti langsung pada 21 Oktober 2020 ini, jam 11 pagi.
Panel yang akan menyertai sesi dikendalikan oleh Penyampai Astro AWANI, Dino Omar ini, ialah Ketua, Pelaburan Syariah VI College, Helmy Kasim dan Value Investor Speaker & Trainer, VI College, Daniel Lim.