KUALA LUMPUR: Jumlah syarikat baharu yang didaftarkan mengatasi jumlah syarikat yang ditutup pada tahun lepas walaupun menghadapi pandemik COVID-19, menunjukkan keupayaan usahawan untuk seiring dengan trend dan norma baharu selain menggunakan teknologi, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Merujuk statistik Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), beliau berkata sebanyak 437,769 syarikat baharu telah didaftarkan, termasuk 131,139 syarikat dalam talian baharu berbanding 78,420 syarikat yang ditutup.
"Ini menunjukkan jika seseorang itu dinamik, dapat menyesuaikan dengan perubahan dan menggunakan teknologi, mereka akan berjaya. Bagi menjadi usahawan yang berjaya, mereka perlu membuat keputusan dengan segera dan dapat mengubah pelan apabila ia tidak lagi sesuai dan bersedia untuk merebut peluang baharu.
"Mereka yang mengguna pakai teknologi akan berkembang dan mereka yang sebaliknya, akan menghadapi kesukaran," katanya dalam ucapan pada majlis Anugerah Perniagaan PKS dan Keusahawanan (SEBA) 2020 malam tadi.
Sebanyak 55 anugerah berprestij diberikan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan pada Majlis Makan Malam Gala Penyampaian Anugerah di sini.
Beliau berkata kementerian akan memberikan penyelesaian yang menyeluruh kepada usahawan, daripada kategori tidak formal dan mikro sehingga kepada mereka yang berada dalam kategori berteknologi tinggi dan bermodal tinggi.
Katanya kementerian dan agensinya akan membantu mewujudkan ekosistem yang kondusif untuk keusahawanan di Malaysia bagi berkembang maju.
"Tanpa mengambil kira kategori anda berada, apabila anda berjumpa kami, kami akan membimbing anda, memantau kemajuan anda dan memastikan anda mencapai kejayaan," katanya.
Beliau berkata matlamat kementerian untuk melahirkan 100 jutawan setahun daripada kumpulan usahawan tempatan bukan hanya 'cakap kosong'.
"Kami mempunyai pelan untuk mencapainya," katanya.
Pada majlis itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aerodyne Group, Kamarul A Muhamed telah dianugerahkan Usahawan Terbaik manakala Pengasas Bersama dan CEO Kumpulan Carsome Eric Cheng serta Pengasas Bersama Carsome dan Pengarah Carsome Academy Teoh Jiun Ee telah dianugerahkan secara bersama Usahawan Tekno Terbaik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 25 2021

Wan Junaidi berkata, kementerian dan agensinya akan membantu mewujudkan ekosistem yang kondusif untuk keusahawanan di Malaysia bagi berkembang maju. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 114 juta e-invois daripada 9,000 pembayar cukai setakat semalam.

Rasuah: Kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari
Seorang kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada sebuah syarikat.

Syarikat, 4 pengarah hadapi tuduhan pengubahan wang haram RM20.3 juta
Sebuah syarikat bersama empat pengarahnya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 94 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM20.3 juta antara Jan 2019 hingga Dis 2022.

PM ingatkan syarikat jaga kepentingan bumiputera tidak khianati amanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan syarikat yang menjaga kepentingan bumiputera supaya tidak mengkhianati amanah diletakkan dalam menjaga kepentingan golongan itu.

SPRM tahan CEO anak syarikat GLC terima rasuah bernilai RM300,000
Suspek wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu dipercayai ditahan kira-kira jam 6.30 petang Selasa ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.

LHDN keluar garis panduan e-invois Julai ini
LHDN turut menjalankan sesi libat urus di seluruh negara bagi memberi penerangan dan penjelasan berhubung pelaksanaan e-invois itu.

MRM sasar 10 penyertaan negara ASEAN untuk MGDA 2023
Husaini berkata setakat ini MRM belum menerima penyertaan dari negara luar namun sudah ada yang bertanya tentang program itu.

Isu gangguan sistem idMe dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini
idMe yang didakwa sering mengalami gangguan teknikal sehingga menyukarkan tugas guru dijangka dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini.

MOT hasrat buka semula permohonan lesen teksi, kereta sewa kepada syarikat
Inisiatif itu mampu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat yang tidak mampu memiliki kenderaan sendiri.

15 syarikat tempatan, antarabangsa terima Anugerah MIHAS 2022
Pemenang dinilai dari segi segmen produk, perkhidmatan, reruai pameran dan platform media sosial dalam usaha mempromosi ekonomi halal.