KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 syarikat tempatan dan antarabangsa yang cemerlang dalam mempromosikan ekonomi halal menerima Anugerah Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) pada tahun ini.
Majlis anugerah itu dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensinya, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini semalam.
Pemenang daripada tiga kategori yang dipertandingkan dinilai dari segi segmen produk, perkhidmatan, reruai pameran dan platform media sosial yang merangkumi ciri-ciri inovasi dan kreatif dalam usaha mempromosikan ekonomi halal.
Tiga kategori itu ialah Anugerah Reruai Pameran Terbaik, Anugerah Inovatif Terbaik, Anugerah Sosial Media Berimpak Tinggi dan satu anugerah khas iaitu Anugerah Pencapaian Halal Terbaik.
Bagi Anugerah Reruai Pameran Terbaik, ia terbahagi kepada dua kategori iaitu Anugerah Reruai Pameran Malaysia Terbaik yang masing-masing dimenangi oleh syarikat Nestle (Malaysia) Berhad dan EB Frozen Food Sdn Bhd, sementara Anugerah Reruai Pameran Antarabangsa diberikan kepada Al`Ard Palestinian Agri-Products Lt dan Exportcircless.
Anugerah Reruai Pameran Pavilion Negara Terbaik pula diberikan kepada Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa (DITP), Kementerian Perdagangan Thailand manakala Anugerah Reruai Pameran Pavilion Negeri Terbaik di Malaysia jatuh kepada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pahang (BPEN).
Sementara itu, di bawah kategori Anugerah Inovatif Terbaik, Mama Global International Sdn Bhd dan Ideal Beauty Alliance Sdn Bhd muncul sebagai pemenang Anugerah Inovatif Produk Makanan dan Minuman Terbaik manakala Anugerah Inovatif Produk Bukan Makanan Terbaik dimenangi Biotrophic Malaysia Berhad dan B-Crobes Marketing (M) Sdn Bhd serta Anugerah Inovatif Perkhidmatan Terbaik diberikan kepada Bizapp Ventures Sdn Bhd dan Sinisana Technologies Sdn Bhd.
Bagi kategori Anugerah Sosial Media Berimpak Tinggi, Central Sugars Refinery Sdn Bhd dan Suria Food Manufacturer memenangi Anugerah Promosi MIHAS Melalui Media Sosial Terbaik.
Anugerah Khas iaitu Anugerah Pencapaian Halal Terbaik dinobatkan kepada Fraser Neave Holdings Bhd (FN).
Semua penyampaian anugerah itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz.
Sementara itu, pemenang Anugerah Pencapaian Halal Terbaik, Fraser Neave Holdings Bhd (FN) menyifatkan anugerah tersebut sangat bermakna memandangkan syarikat bakal menyambut ulang tahun ke-140 pada tahun depan.
Anugerah itu menyemarakkan semangat kumpulan tersebut untuk memperkasakan industri halal bukan sahaja untuk syarikat tetapi untuk Malaysia secara amnya.
"Kami akan cuba meningkatkan usaha untuk mengeksport produk kami ke luar negara. Kita dalam proses memperkasakan penawaran kami," kata Pengarah Hubungan Kerajaan dan Industri dan Hal Ehwal Halal, Datuk Raffiq Ariff ketika ditemui Bernama selepas majlis itu.
Sementara itu, Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Al'Ard Palestinian Agri-Products Ltd, Ziad S. Anabtawi yang memenangi Anugerah Reruai Pameran Antarabangsa berkata, sebagai generasi ketiga yang mengurus syarikat milik keluarga, beliau sentiasa bersemangat menghasilkan dan menawarkan makanan terbaik dari Palestin itu.
"Nama syarikat kami - Al'Ard membawa makna 'tanah' dalam bahasa Arab dan sebagai warga Palestin, kami percaya pada pertanian organik dan mesra alam kerana kami tahu pengambilan makanan yang sihat adalah sangat penting untuk mengekalkan tubuh yang sihat.
"Sehubungan itu kami mahu berkembang maju dalam melengkapkan pengetahuan tradisional dengan amalan kontemporari untuk menawarkan kepada pengguna produk yang berkualiti tinggi. Dalam mencapai usaha itu, kami telah membuka pejabat wilayah kami di Shah Alam, Selangor.
Pejabat ini akan menumpukan kepada pengembangan pasaran sedia ada kami seperti Malaysia, Jepun, Singapura dan Indonesia serta menembusi pasaran baharu di China, Taiwan, Thailand dan Pakistan. Kami sedang mengembangkan portfolio produk kami untuk membawa masuk lebih banyak produk pertanian tradisional Palestin," katanya.
Secara keseluruhan, kesemua 1,258 pempamer MIHAS 2022 adalah layak bagi pemilihan dalam Anugerah Reruai Pameran Malaysia dan Antarabangsa Terbaik, manakala bagi Anugerah Media Sosial dan Inovatif Terbaik, pempamer perlu mendaftar secara dalam talian.
Pemilihan pemenang bagi Anugerah Reruai dan Pavilion dinilai dari segi kreativiti serta keunikan reka bentuk, persembahan dan penampilan secara keseluruhan.
Pemilihan bagi Anugerah Inovatif pula telah menerima 61 penyertaan termasuk 37 daripada segmen Makanan dan Minuman, 14 pula adalah segmen Bukan Makanan, dan 10 penyertaan daripada segmen Perkhidmatan.
Selain penyertaan syarikat tempatan, penyertaan daripada syarikat antarabangsa turut diterima termasuk peserta pameran dari Kuwait, Indonesia, Thailand, Afrika Selatan, Palestin dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 09 2022
![15 syarikat tempatan, antarabangsa terima Anugerah MIHAS 2022 15 syarikat tempatan, antarabangsa terima Anugerah MIHAS 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662766399_Mihas.jpg)
Secara keseluruhan, kesemua 1,258 pempamer MIHAS 2022 adalah layak bagi pemilihan dalam Anugerah Reruai Pameran Malaysia dan Antarabangsa Terbaik. --fotoBERNAMA
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153 Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719304919_TBisraelairstrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
Kiswah Kaabah ditukar, petanda permulaan Tahun Baharu Hijri
Meneruskan tradisi turun-temurun, penutup baharu untuk Kaabah, dikenali sebagai Kiswah dipasang pada Ahad, menandakan Tahun Baru Hijrah di Mekah, Arab Saudi.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027.
Sentimen Islam, perkauman punca kekalahan di Sg Bakap
Isu sentimen agama Islam terancam dan perkauman yang dimanipulasi parti pembangkang dilihat sebagai antara punca utama kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap pada Sabtu.
KPM pastikan tiada pelajar cemerlang tercicir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan isu pelajar cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian akan diselesaikan.
Heret pelaku ke muka pengadilan
Membahaskan LKAN di Parlimen tanpa mengambil sebarang timdakan susulan daripada hasil penemuan itu tidak akan memperbaiki tatakelola agensi kerajaan.
Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia
Mengesahkan perkara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata nota diplomatik itu juga turut menjelaskan kedaulatan negara yang merangkumi Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan.
AWANI Ringkas: Nota diplomatik diserah kepada PBB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol 6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720276393_TBpamplona.jpg)
6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol
Seramai enam orang cedera pada hari pertama acara larian lembu tahun ini di Pamplona, Sepanyol, menurut pegawai perubatan pada Ahad.
![MATRADE sasar perkenal MIHAS ke pasaran sedang pesat membangun MATRADE sasar perkenal MIHAS ke pasaran sedang pesat membangun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713432908_tbMATRADE.jpg)
MATRADE sasar perkenal MIHAS ke pasaran sedang pesat membangun
MATRADE sedang merangka pelan pengembangan peluang perniagaannya untuk memperkenalkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke pasaran sedang pesat membangun.
![Isu 'larangan' terbabit program kementerian: Mat Sabu dakwa Azman bohong Isu 'larangan' terbabit program kementerian: Mat Sabu dakwa Azman bohong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694521789_TBMATSABUMITEC.jpg)
Isu 'larangan' terbabit program kementerian: Mat Sabu dakwa Azman bohong
Mohamad ulas dakwaan Azman berkenaan 'larangan' pembabitannya dalam program anjuran agensi Persekutuan itu di Terengganu.
![Malaysia boleh tarik lebih ramai pelabur susulan peralihan rantaian bekalan di Asia Malaysia boleh tarik lebih ramai pelabur susulan peralihan rantaian bekalan di Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694505970_TENGKUZAFRUL.jpg)
Malaysia boleh tarik lebih ramai pelabur susulan peralihan rantaian bekalan di Asia
Malaysia mempunyai potensi yang amat besar untuk menarik lebih ramai pelabur sekiranya negara ini memanfaatkan peralihan dalam rantaian bekalan di Asia.
![Pameran halal MIHAS 2023 berlangsung 12 hingga 15 Sept Pameran halal MIHAS 2023 berlangsung 12 hingga 15 Sept](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662766399_Mihas.jpg)
Pameran halal MIHAS 2023 berlangsung 12 hingga 15 Sept
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) edisi ke-19 akan berlangsung bermula Selasa hingga Jumaat ini di MITEC.
![15 syarikat tempatan, antarabangsa terima Anugerah MIHAS 2022 15 syarikat tempatan, antarabangsa terima Anugerah MIHAS 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662766399_Mihas.jpg)
15 syarikat tempatan, antarabangsa terima Anugerah MIHAS 2022
Pemenang dinilai dari segi segmen produk, perkhidmatan, reruai pameran dan platform media sosial dalam usaha mempromosi ekonomi halal.
![MIHAS 2021 platform perkasa hab industri halal global MIHAS 2021 platform perkasa hab industri halal global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41630936283_MIHAS.jpg)
MIHAS 2021 platform perkasa hab industri halal global
Platfrom Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) yang julung kali diadakan secara maya dilihat bakal memperkasakan lagi ekonomi halal global khususnya ketika berdepan cabaran COVID-19.
![Krisis perdagangan AS-China tidak menjejaskan penyertaan China dalam MIHAS 2019 Krisis perdagangan AS-China tidak menjejaskan penyertaan China dalam MIHAS 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51521195045_MIHAS.jpg)
Krisis perdagangan AS-China tidak menjejaskan penyertaan China dalam MIHAS 2019
Wujud penambahan sebanyak 22 peserta China dalam acara tersebut, sehingga menjadikan China sebagai negara ketiga terbesar yang mengambil bahagian selepas Thailand dan Korea Selatan.
![MIHAS 2016 dijangka mencapai peningkatan jualan sebanyak 2-3 peratus MIHAS 2016 dijangka mencapai peningkatan jualan sebanyak 2-3 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/71454400765_WorldHalalWeek.jpg)
MIHAS 2016 dijangka mencapai peningkatan jualan sebanyak 2-3 peratus
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia dijangka melihat pertumbuhan 2 hingga 3 peratus tahun ini berbanding tahun sebelumnya.