TEMERLOH: Pahang mencatatkan kemerosotan kehadiran pelancong hingga 79 peratus pada tahun ini akibat pandemik COVID-19.
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini, Pahang menerima kehadiran 486,000 pelancong berbanding 2.3 juta pada tempoh sama untuk tahun sebelumnya.
"Tahun ini paling teruk. Kami akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan kembali jumlah tersebut," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Jumaat.
Hadir sama, Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim.
Dalam pada itu Mohd Sharkar memberitahu, setakat ini jumlah kehadiran Pelancong ke Pahang memuaskan dan tinjauan mendapati tempahan penginapan di lokasi-lokasi tumpuan habis selepas pengumuman pergerakan rentas negeri dibenarkan bermula Isnin.
"Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia terutama pelancong-pelancong domestik kerana memilih Pahang sebagai destinasi pilihan untuk melancong.
"Selain daripada itu, semua tempat pelancongan di negeri ini telah bersedia dan pemain industri dipastikan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
"Sekiranya ada kes COVID-19, mereka akan dikenakan kuarantin dan ditutup selama 14 hari," katanya.
Sementara itu, beliau memberitahu, Pulau Tioman menerima tempahan hingga 2,500 pelancong sejak kerajaan mengumumkan pergerakan rentas negeri bermula pada 11 Oktober lalu.
Beliau turut menggalakkan semua pengusaha pusat pelancongan terutama pemilik hotel menyediakan kit ujian kendiri COVID-19 untuk pelanggan sebagai langkah berjaga-jaga selain pelancong sendiri melakukan ujian tersebut.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua pemain industri pelancongan di negeri itu mematuhi SOP ditetapkan.
"Kita ingin memastikan tiada kes positif berlaku di lokasi-lokasi pelancongan di Pahang dan ia untuk meraih keyakinan pelancong datang ke negeri ini," katanya.
Tambahnya, di Pahang terdapat 50,000 penempatan meliputi bilik-bilik hotel, chalet, homestay dan sebagainya dan adalah mustahil untuk pihak pelancongan mengadakan pemeriksaan di semua tempat.
"Tapi jika kami buat pemeriksaan secara rambang dan mendapati ada individu hanya menerima satu dos suntikan vaksin COVID-19 dan dan tak patuh SOP, mereka akan terima akibatnya," kata beliau.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 17 2021

MOHD SHARKAR: Tahun ini paling teruk. Kami akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan kembali jumlah tersebut. -Foto Sinar Harian

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah kilang peluru automasi tinggi pertama negara, yang akan beroperasi sepenuhnya bulan depan, dapat membangunkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Anak syarikat AZRB terima projek bina jambatan bernilai RM63.5 juta
Ia satu lagi pencapaian penting kumpulan selain merupakan bukti rekod prestasi cemerlang AZRB dalam menyiapkan projek seumpamanya.

Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.

Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.

Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.

Guru pondok di Pahang terima imbuhan RM1,000
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan memberikan imbuhan khas RM1,000 kepada setiap guru pondok di negeri itu membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM650,000.

Pahang taja makan tengah hari untuk calon SPM 2024
Kerajaan Pahang mengambil inisiatif menaja makan tengah hari kepada calon SPM 2024 yang menduduki ujian bertulis sehingga 6 Feb.