KUCHING:Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Sarawak iaitu Serian dan Samarahan meningkat tengahari ini.

Setakat jam 12 tengah hari tadi, 171 mangsa melibatkan 48 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara PPS.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, satu lagi PPS dibuka Serian iaitu PPS Dewan Baru Kampung Rimba Padi yang menempatkan 38 mangsa daripada 15 keluarga.

Sementara itu PPS Kampung Lintang Baru kekal menempatkan jumlah mangsa teramai iaitu 84 mangsa daripada 20 keluarga.

Sebuah lagi PPS di Serian iaitu PPS Dewan Kampung Betong Kanowit kekal dengan 22 mangsa melibatkan enam keluarga.

Sementara itu di Samarahan, jumlah mangsa di PPS Dewan Masyarakat Lubok Buntin kekal 27 mangsa membabitkan tujuh keluarga.

JPBN Sarawak akan mengemaskini data mangsa banjir di negeri itu setiap empat jam.

Data terkini jumlah mangsa banjir di Sarawak setakat jam 12 tengah hari ini. - JPBN Sarawak