PENDANG: Mangsa banjir di Pendang meningkat kepada 139 orang daripada 35 keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Rakan Sukan Tanah Merah.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pendang merangkap Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, setakat jam 8 pagi tadi, jumlah itu meningkat daripada 126 dari 32 keluarga yang dilaporkan semalam.
Beliau berkata, jumlah mangsa itu membabitkan 10 kampung yang terjejas berikutan banjir akibat hujan lebat sejak Khamis lalu.
"Setakat ini paras air Sungai Pendang masih menunjukkan 2.87 meter dan boleh menyebabkan kenaikan air sekiranya hujan lebat.
"Banjir yang berlaku ini adalah susulan dari hujan lebat yang berlaku pada Khamis lalu yang melebihi dua jam menyebabkan air melimpahi sungai secara mendadak dan menyebabkan banjir berhampiran Sungai Pendang," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Yuslina berkata, banjir yang berlaku menyebabkan lima mukim iaitu Ayer Puteh, Padang Peliang, Guar Kepayang, Mukim Padang Pusing dan Mukim Bukit Raya ditenggelami air.
Beliau berkata, setakat ini paras air masih belum surut.
"Pemantauan di kawasan banjir masih diteruskan bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Oct 25 2021
Banjir yang berlaku menyebabkan lima mukim iaitu Ayer Puteh, Padang Peliang, Guar Kepayang, Mukim Padang Pusing dan Mukim Bukit Raya ditenggelami air. - Foto ihsan APM
Kerugian akibat kebakaran di California meningkat kepada AS$275 bilion
Kebakaran hutan yang tercetus sejak 7 Januari telah memaksa puluhan ribu orang berpindah, meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa, dan memusnahkan lebih 12,300 bangunan.
UiTM nafi dakwaan paksa mahasiswa bukan Islam sertai program berkaitan keagamaan
UiTM menafikan dakwaan bahawa universiti itu memaksa mahasiswa bukan Islam menyertai program berkaitan Islam pada Kem Jati Diri dan Kerohanian Siri ke-20 pada 11 Jan lepas.
TM jangka rangkaian 5G kedua tingkatkan pertumbuhan hasil syarikat, kata CGSI Research
Telekom Malaysia Bhd (TM) menjangka pelaksanaan rangkaian 5G kedua di negara ini akan menyumbang kepada pertumbuhan hasilnya.
Firma penyelidikan, CGS International Research berkata, peningkatan sambungan stesen pangkalan 5G serta pendigitalan yang lebih meluas dijangka mendorong hasil data bukan runcit TM pada kadar Pertumbuhan Tahunan Terkompaun (CAGR) sebanyak 7 peratus.
Firma penyelidikan, CGS International Research berkata, peningkatan sambungan stesen pangkalan 5G serta pendigitalan yang lebih meluas dijangka mendorong hasil data bukan runcit TM pada kadar Pertumbuhan Tahunan Terkompaun (CAGR) sebanyak 7 peratus.
Gamuda peroleh pakej kerja awam pertama
Konglomerat tempatan, Gamuda memperoleh pakej kerja awam pertama projek LRT Pulau Pinang laluan Mutiara.
FBM KLCI pulih daripada paras terendah
FBM KLCI pulih daripada paras terendahnya dalam tempoh enam bulan pada Selasa.
Sarawak lancar projek metanol hijau di Tanjung Kidurong
Sarawak lancar projek metanol hijau, perkukuh komitmen terhadap tenaga hijau
Penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain mengaku bersalah ambil dadah di Thailand
Keenam-enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi terkenal dari Kelantan yang dihadapkan ke Mahkamah Wilayah Narathiwat , Thailand hari ini mengaku bersalah mengambil dadah.
Bomba Mexico sedia bantu padam kebakaran Los Angeles
Pegawai bomba Amerika Syarikat (AS) semalam, memberi taklimat kepada 72 anggota bomba dari Mexico, sebelum berangkat membantu usaha memadamkan kebakaran hutan di California Selatan.
Lima negeri terjejas, Johor kekal tertinggi
Lima negeri terjejas banjir dengan Johor kekal menjadi penyumbang tertinggi.
Kereta hilang kawalan, remaja antara empat maut
Empat termasuk seorang pelajar berusia 15 tahun maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan dua motosikal di Jalan Stutong Baru pada Selasa.
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Januari 2025.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
Banjir: Orang ramai diingat berwaspada, patuhi arahan pihak berkuasa - Ahmad Zahid
Orang ramai, terutamanya penduduk yang berada di kawasan terjejas banjir diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Banjir Kanowit: Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut arus deras
Mangsa seorang lelaki, dikatakan hendak pulang ke rumah sewanya untuk makan tengah hari dengan berenang, kerana keadaan sungai yang banjir.
Banjir: Jumlah mangsa di Johor menurun, satu PPS dibuka di Sarawak
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun pagi ini berbanding malam tadi manakala sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sarawak, selain situasi di Perak tidak berubah.
Tujuh maut dalam insiden tanah runtuh di Brazil
Keadaan itu sekaligus memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat awam selama 180 hari.
Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat malam ini
Di Johor, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,869 orang setakat 8 malam ini berbanding 3,779 orang yang direkodkan petang tadi.
Luruan monsun: Hujan lebat berterusan mulai Rabu
Hujan lebat berterusan dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah serta selatan dan barat Sarawak, bermula Rabu ini hingga 18 Jan.
Banjir, angin kencang sebabkan kemusnahan di beberapa daerah Indonesia
BNPB dalam kemas kini pada Ahad mengesahkan kerosakan di beberapa wilayah termasuk Pulau Jawa, Maluku Utara dan Kalimantan Selatan.