Timbalan Pengarah Bomba Dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya dimaklumkan tentang insiden tersebut sekitar jam 1.50 tengah hari dan segera mengaktifkan sebuah pacuan empat roda, bot penyelamat dan lapan anggota dari Balai Kanowit ke lokasi.
Mangsa seorang lelaki, dikatakan hendak pulang ke rumah sewanya untuk makan tengah hari dengan berenang, kerana keadaan sungai yang banjir.
Bagaimanapun mangsa kemudian dihanyutkan arus sebelum tenggelam.
Sementara itu, sehingga jam 2 petang tadi, sebanyak dua pusat pemindahan sementara telah dibuka di daerah Kanowit, membabitkan 15 keluarga dan 38 mangsa.
Fenomena air pasang dan hujan menjadi punca air melimpah hingga menjejaskan penduduk kawasan di sekitar Batang Rajang, sejak petang Ahad.