KOTA KINABALU: Bilangan kes keganasan rumah tangga di seluruh negara turun kepada 576 kes bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini berbanding 627 kes dalam tempoh sama tahun lepas, kata Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.
Bagaimanapun, beliau berkata, dalam tempoh sama juga kes keganasan rumah tangga di Sabah menunjukkan peningkatan kepada 145 kes tahun ini berbanding 126 kes tahun lepas.
Katanya, walaupun statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan peningkatan di Sabah, beliau yakin kerjasama padu semua pihak dapat menangani kes tersebut selain pelaksanaan pelbagai inisiatif oleh kementerian seperti Skuad Wanita Anti Jenayah (Skuad Waja).
"Sehingga kini Skuad Waja dianggotai seramai 304,982 orang dan daripada jumlah itu 21,387 adalah di Sabah termasuk 9,159 ahli Skuad Waja lelaki," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program semarak Skuad Waja negeri Sabah di sini pada Ahad.
Siti Zailah berkata, bagi memastikan keberkesanan program pemerkasaan Skuad Waja, sebanyak RM175,000 telah diperuntukkan kepada 25 daerah di Sabah untuk menjalankan aktiviti psikososial.
Katanya, pelaksanaan program Skuad Waja membuktikan kewujudan sinergi yang baik antara kerajaan dan komuniti dalam menangani isu keganasan terhadap wanita.
"Dengan penglibatan secara aktif dan penganjuran program yang pelbagai, saya percaya dan yakin Skuad Waja Sabah akan bergerak dengan cemerlang dan dapat mengesan serta membantu lebih ramai golongan wanita dan kumpulan rentan lain dalam komuniti," katanya. - Bernama
Bernama
Sun Jun 05 2022
Kes keganasan rumah tangga di Sabah menunjukkan peningkatan kepada 145 kes tahun ini berbanding 126 kes tahun lepas. - Gambar hiasan
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
KPWKM terus beri perhatian isu keganasan rumah tangga - Noraini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus memberikan fokus terhadap isu keganasan rumah tangga, kata Timbalan Menteri berkaitan Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.
Wanita Kampala tunjuk solidariti terhadap kematian Rebecca Cheptegei
Sebilangan besar wanita di Kampala menunjukkan solidariti terhadap kematian atlit maraton Olimpik Uganda, Rebecca Cheptegei yang dibunuh teman lelakinya di Kenya pada Jumaat.
Motif pembunuhan dua beranak dipercayai akibat keganasan rumah tangga - Polis
Motif pembunuhan seorang wanita dan anak perempuannya yang ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar semalam dipercayai akibat keganasan rumah tangga.
Pempengaruh Indonesia Cut Intan Nabila dedah video dipukul, suami ditahan
Pempengaruh Cut Intan Nabila memuat naik video mengejutkan di media sosial yang menunjukkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh suaminya, Armor Toreador.
Lelaki didakwa takutkan isteri dengan gunting
Seorang ahli pengurusan jenazah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, pada Khamis, atas tuduhan menakutkan isteri menggunakan gunting.
Bakar isteri hidup-hidup kerana lambat pulang dari kedai
Seorang lelaki ditahan polis di sini selepas cuba mencederakan isterinya sendiri dengan cara membakar wanita itu hidup-hidup di Tangerang.
Polis siasat dakwaan suami pukul isteri di Port Dickson
Siasatan mendapati pergaduhan antara suami isteri itu berlaku pada 24 Mei lepas dan puncanya dipercayai akibat lelaki itu berlaku curang.
Polis kesan wanita, dua anak lari dari rumah perlindungan
Polis sedang mengesan seorang wanita berusia 25 tahun dan dua anaknya yang dilaporkan hilang dari sebuah rumah perlindungan di Selangor Jumaat lepas (10 Mei).
Wanita dipukul suami selepas tutup pintu dengan kuat
Suspek memukul mangsa dengan menggunakan tangan dan menyebabkan mangsa mengalami sakit dan lebam di bahagian tangan, kaki dan badan.
Suspek disyaki bunuh ibu bapa dan empat yang lain ditahan di Texas
Seorang suspek ditahan dan didakwa atas pertuduhan membunuh ibu bapanya serta empat yang lain di negeri Texas Amerika Syarikat, menurut pihak berkuasa pada Rabu.