SHAH ALAM: Jumlah kanak-kanak berusia bawah 18 tahun yang disahkan autisme meningkat kepada 1,681 kes pada tahun lalu berbanding 183 pada 2013.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kategori kanak-kanak itu yang disahkan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) turut meningkat daripada 79 kes pada 2013 kepada 268 kes tahun lalu.
“Peningkatan kes ADHD dan autisme boleh dikaitkan dengan beberapa faktor antaranya program pengesanan awal Kementerian Kesihatan (KKM) yang menjalankan projek pengesanan awal ketidakupayaan termasuk autisme dan ADHD sejak 1990-an.
“Latihan berterusan, pembangunan Panduan Amalan Klinikal (CPG) dan saringan menggunakan M-CHAT meningkatkan keupayaan anggota kesihatan dalam mengesan awal kes-kes ini,” katanya menerusi jawapan bertulis di laman web Parlimen.
Dr Dzulkefly berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Dr Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) mengenai punca berlakunya peningkatan kedua-dua kes berkenaan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, bahan pendidikan yang mudah diakses, kempen dan sambutan Hari Autisme Sedunia setiap tahun merupakan kaedah untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat.
“Selain itu, pengesanan kes ini juga dilakukan di sekolah. Guru-guru dilatih untuk mengenal pasti kategori ini dalam kalangan pelajar dan membolehkan intervensi awal dijalankan,” ujarnya.
Dr Dzulkefly mengakui sehingga kini, tiada kajian khusus untuk mengurangkan kes ADHD dan autisme kerana puncanya belum diketahui.
Katanya lagi, berdasarkan tinjauan literature, beberapa amalan terbaik yang boleh dilakukan bagi mengurangkan risiko terutama penjagaan sebelum hamil, elakkan pencemaran asap rokok, ibu hamil tidak merokok, minum alkohol atau mengambil ubat tanpa nasihat doktor.
“Pada masa sama, amalkan pemakanan sihat dan ambil suplemen seperti zat besi dan asid folik untuk perkembangan otak bayi serta elakkan racun perosak atau plumbum.
"Selain itu, pastikan persekitaran bebas tekanan untuk perkembangan emosi dan kognitif yang sihat serta pengesanan atau intervensi awal untuk meningkatkan keupayaan anak mengatasi masalah dan menyertai masyarakat sepenuhnya serta memberi impak positif terhadap perkembangan mereka," jelasnya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 12 2024

Dr Dzulkefly berkata, kategori kanak-kanak itu yang disahkan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) turut meningkat daripada 79 kes pada 2013 kepada 268 kes tahun lalu. - Gambar fail/Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Jumlah kes autisme, ADHD meningkat dalam tempoh 10 tahun - Dzulkefly
Jumlah kanak-kanak berusia bawah 18 tahun yang disahkan autisme meningkat kepada 1,681 kes pada tahun lalu berbanding 183 pada 2013.