PUTRAJAYA: Jumlah jawatan meningkat sebanyak 2.1 peratus kepada 8.94 juta pada suku tahun keempat 2023 daripada 8.76 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya, menurut Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.
Beliau berkata bilangan jawatan diisi juga meningkat 2.1 peratus kepada 8.74 juta jawatan berbanding 8.56 juta, manakala jumlah kekosongan jawatan menurun 1.1 peratus.
"Lebih daripada separuh kekosongan jawatan adalah dalam kategori separuh mahir yang merangkumi 55.5 peratus (105,600 jawatan) diikuti mahir (25.3 peratus, 48,100 jawatan) dan 19.2 peratus (36,500 jawatan) dalam kategori berkemahiran rendah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Uzir berkata demikian berdasarkan laporan Statistik Guna Tenaga, Suku Keempat 2023, terbitan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata kadar jawatan diisi kekal tinggi pada 97.9 peratus manakala bagi pewujudan jawatan pada suku tahun ini, ia meningkat 0.6 peratus.
Menurut Mohd Uzir, melihat kepada senario jawatan diisi pada suku tahun keempat tahun lepas, sektor pertanian menjadi penyumbang utama dengan kadar pertumbuhan tertinggi sebanyak 3.6 peratus, diikuti pembuatan (2.4 peratus) dan perkhidmatan (2.2 peratus).
Mengenai pewujudan jawatan pada suku tahun keempat tahun lepas, Mohd Uzir berkata terdapat sejumlah 31,100 jawatan baharu diwujudkan bagi memenuhi permintaan domestik dan keperluan industri.
"Keseluruhan permintaan buruh dalam sektor ekonomi pada suku tahun kedua 2023 terus menunjukkan trend positif walaupun menghadapi risko kemelesetan global, yang menjurus kepada pertambahan peluang pekerjaan dan mengukuhkan pasaran buruh di Malaysia," katanya.
Mohd Uzir berkata suku tahun keempat tahun lepas menyaksikan pertumbuhan sederhana di tengah-tengah gelombang makroekonomi yang berlanjutan, konflik geopolitik dan sentimen berjaga-jaga dalam perniagaan menjelang 2024.
Bagaimanapun, beliau berkata pasaran buruh dijangka kekal stabil pada suku tahun yang akan datang rentetan daripada pelaburan dan pertumbuhan dalam kebanyakan industri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 15 2024

Jumlah jawatan meningkat sebanyak 2.1 peratus kepada 8.94 juta pada suku tahun keempat 2023 daripada 8.76 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya, menurut Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin. - Gambar fail/Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Jumlah jawatan bagi ST1 2024 meningkat 1.5 peratus kepada 8.94 juta - DOSM
Jumlah jawatan pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) meningkat sebanyak 1.5 peratus dari tahun ke tahun kepada 8.94 juta jawatan.

Jumlah jawatan meningkat 2.1 peratus pada suku tahun keempat 2023 - DOSM
Jumlah jawatan meningkat sebanyak 2.1 peratus kepada 8.94 juta pada suku tahun keempat 2023 daripada 8.76 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.