PUTRAJAYA: Jumlah jawatan pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) meningkat sebanyak 1.5 peratus dari tahun ke tahun kepada 8.94 juta jawatan, iaitu rekod tertinggi sejak 2018, menurut Statistik Guna Tenaga bagi ST1 2024 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan hari ini berkata pada suku tahun pertama 2023 (ST1 2023), jumlah jawatan yang dicatatkan adalah sebanyak 8.81 juta.
Katanya, peningkatan dalam bilangan jawatan berkenaan menunjukkan permintaan buruh di Malaysia dijangka semakin menggalakkan pada 2024, selari dengan ekonomi Malaysia yang diramalkan berkembang pada kadar yang lebih cepat iaitu daripada empat hingga lima peratus berikutan permintaan luar dan pelaburan yang lebih besar.
Mengulas situasi jawatan mengikut aktiviti ekonomi, Mohd Uzir berkata bilangan jawatan diisi berada pada trend menaik dengan prestasi tahun ke tahun meningkat sebanyak 1.5 peratus daripada 8.61 juta pada ST1 2023 kepada 8.75 juta pada ST1 2024.
"Sementara itu, bilangan kekosongan jawatan pada suku tahun ini terus berada pada trend menurun, dengan penurunan marginal sebanyak 0.4 peratus kepada 191,900 kekosongan jawatan (ST1 2023: 192,600)," katanya.
Beliau berkata bilangan jawatan diisi kekal stabil selari dengan perkembangan situasi ekonomi semasa dengan sektor pertanian mencatatkan pertumbuhan tertinggi pada 4.0 peratus, diikuti perkhidmatan (1.8 peratus) dan pembuatan (1.1 peratus).
"Berdasarkan perincian jawatan diisi mengikut sektor ekonomi, sektor perkhidmatan merupakan komposisi terbesar yang merangkumi 52.7 peratus atau bersamaan dengan 4.61 juta, diikuti pembuatan (26.9 peratus/2.35 juta) dan pembinaan (14.2 peratus/1.24 juta).
"Daripada jumlah jawatan diisi, kategori separuh mahir mendahului dengan 5.48 juta jawatan (62.7 peratus), diikuti oleh mahir dengan 2.19 juta (25.1 peratus) dan berkemahiran rendah dengan 1.07 juta (12.2 peratus)," katanya.
Pada ST1 2024 juga, Mohd Uzir berkata terdapat 32,100 pewujudan jawatan iaitu meningkat sebanyak 1.3 peratus berbanding 31,700 pada ST1 2023.
Bagi perincian mengikut kategori kemahiran, kategori separuh mahir merupakan penyumbang terbesar iaitu sebanyak 61.9 peratus dengan 19,900 jawatan, diikuti oleh mahir dan berkemahiran rendah masing-masing pada kadar 27.6 peratus (8,900 jawatan) dan 10.5 peratus (3,400 jawatan).
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024

Mohd Uzir berkata peningkatan dalam bilangan jawatan berkenaan menunjukkan permintaan buruh di Malaysia dijangka semakin menggalakkan pada 2024. - Gambar fail/Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Inflasi kekal 1.7% pada Januari 2025 - DOSM
Peningkatan harga tertumpu pada sektor perkhidmatan, dengan kumpulan Restoran & Perkhidmatan Penginapan mencatatkan kenaikan tertinggi.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

KDNK Malaysia berkembang 5.1 peratus pada 2024, terbaik dalam dua tahun
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia didorong oleh peningkatan pelaburan dan pemulihan permintaan domestik.

Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion
Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.

KDNK 2024 Malaysia dijangka cecah 5.1 peratus berbanding 3.6 peratus pada 2023
KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.

Guna tenaga Bumiputera capai 9.8 juta pada 2023 - DOSM
Guna tenaga Bumiputera mencapai 9.8 juta pada 2023 dengan kadar penyertaan tenaga buruh sebanyak 67.2 peratus.

Malaysia catat 5.74 juta siswazah pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Malaysia mencatatkan 5.74 juta siswazah, meningkat 4.2 peratus dengan lebih dua pertiga bekerja dalam kategori Mahir pada 2023.

Sektor perdagangan borong, runcit cecah RM150 bil pada Okt 2024 - DOSM
Menurut DOSM, pertumbuhan ini melebihi 5.0 peratus kenaikan pada bulan September, memberi isyarat akan daya tahan sektor itu dalam persekitaran ekonomi yang stabil.