Skop barangan dan perkhidmatan yang akan dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) lebih kecil berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mahupun SST yang dilaksanakan sebelum ini (SST1.0).
Menurut Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Subromaniam Tholasy, bagi cukai jualan, majoriti barang-barang akan dikenakan sifar cukai di bawah sistem SST 2.0 yang akan diperkenalkan kerajaan mulai 1 September ini.
“Kemudian, ada barang yang tertakluk kepada (cukai) 5 peratus, ada yang tertakluk kepada 10 peratus.
“Untuk cukai perkhidmatan, kadarnya 6 peratus,” kata Subromaniam sambil menambah, dakwaan mengatakan cukai gabungan 16 peratus akan dikenakan adalah salah.
Bercakap pada satu sidang media di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, beliau berkata, senarai barang yang dikenakan cukai dan yang dikadar sifar akan dimuat naik dalam portal Jabatan Kastam Diraja Malaysia secara berperingkat mulai hari ini.
“Jika dibanding dengan GST, (skop barang) yang dicukai jauh lebih kecil. Jadi ia dijangka tidak mempunyai impak kewangan sebesar GST,” katanya.
Subromaniam bagaimanapun berkata, beliau tidak boleh mendedahkan lebih banyak maklumat lanjut memandangkan Rang Undang-Undang SST masih belum dibentang di Parlimen.
“Kalau kita bandingkan (skop barang kena cukai) berbanding SST dahulu, ada sedikit perluasan, tapi tidak banyak.
“Ini kerana kita juga ada kebimbangan dari segi pendapatan cukai, Jadi, kita perlu cari keseimbangan. Apa pun, kami mengambil kira keperluan golongan B40,” katanya.
Subromaniam menambah, pelaksanaan SST juga akan lebih mudah kepada perniagaan kerana ia jauh lebih mudah.
“Kalau pemfailan (sewaktu SST) dulu manual, sekarang semua elektronik. Ini mengurangkan kos dan karenah birokrasi."
Katanya, di bawah sistem SST yang lama, perniagaan yang mahu memohon pengecualian juga perlu mengemukakan banyak dokumen, sekali gus melibatkan kos tambahan.
Sistem baru ini, katanya, hanya memerlukan perniagaan memohon menerusi sistem atas talian
“Sistem ini amat mudah, tiada kos tambahan dan ia terbuka,” katanya.
Tambahnya, perniagaan yang perlu mendaftar juga jauh lebih rendah berbanding sistem GST.
“Di bawah sistem GST, keseluruhan spektrum ekonomi diliputi, dari pengimport, kepada pengilang dan pemborong.
“Di bawah sistem SST, hanya pengilang saja untuk barangan, manakala bagi perkhidmatan, hanya pembekal perkhidmatan. Itu pun bukan semua. Di bawah GST, hampir semua pembekal perkhidmatan (perlu berdaftar),” katanya.
Beliau turut yakin dengan kebolehan pihak kastam memastikan pelaksanaan SST berjalan lancar bermula 1 September ini.
“Kalau kastam boleh laksana GST yang lebih rumit dulu dengan jayanya, saya tidak lihat mengapa kita tak boleh laksanakan SST yang liputannya tidak selebar dan serumit GST,” katanya.
Luqman Hariz
Thu Jul 19 2018

Subromaniam bercakap pada sidang media di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelana Jaya, 19 Julai, 2018. Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Amazon mohon maaf, akui pekerja terpaksa buang air kecil dalam botol kerana sibuk bekerja
Beberapa media kemudian mendedahkan ramai pekerja Amazon mendakwa mereka tidak mempunyai banyak pilihan selain menggunakan botol plastik.

Kempen beli barang tempatan pasca PKP
Menyedari keperluan untuk menaikkan kembali ekonomi tempatan, satu kempen menggalakkan orang ramai menguatkan ekonomi tempatan dijalankan.

PKP Fasa 4 benarkan keluar berdua untuk beli barang keperluan
Kebenaran tersebut diwartakan pada 28 April 2020 dan dimuat naik di laman web gazet persekutuan.

IKEA Malaysia lanjutkan polisi pemulangan kepada 365 hari
Peralihan itu adalah disasarkan bagi memberikan pelanggan fleksibiliti yang lebih besar apabila membuat pembelian di IKEA.

Jumlah barangan kena cukai bawah SST 2.0 lebih kecil berbanding GST, SST 1.0
Menurut Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Subromaniam Tholasy, bagi cukai jualan, majoriti barang-barang akan dikenakan sifar cukai.

Ada peniaga menaikkan harga sebelum pelaksanaan GST - Ahmad Maslan
Sesetengah peniaga dilaporkan menaikkan harga barang sekarang kerana menjangka beberapa barangan bakal mengalami penurunan harga setelah GST dilaksanakan mulai 1 April tahun depan.

Kerajaan kaji cadangan "Hari Pasar Borong" sehari seminggu
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia membolehkan faedah harga borong dapat dinikmati pengguna dan peruncit biasa.

Tesco labur RM2.3 juta turunkan harga 18 barangan makanan segar
Harga Tesco membolehkan para pelanggan menikmati harga rendah sehingga 37 peratus bagi produk keperluan segar.