IKEA Malaysia melanjutkan polisi pemulangannya daripada 100 hari pada masa ini kepada 365 hari bagi memberikan pelanggan lebih banyak masa untuk menukar atau memulangkan barangan selepas pembelian.
Peralihan itu adalah disasarkan bagi memberikan pelanggan fleksibiliti yang lebih besar apabila membuat pembelian di IKEA.
Polisi pemulangan selama 365 hari yang baharu itu akan membolehkan pelanggan IKEA mendapat ruang lebih lama untuk membuat keputusan yang tepat bagi rumah mereka.
Fleksibiliti ini bertujuan memberikan pengalaman membeli belah yang menggembirakan dan kurang tekanan.
"Zaman digital hari ini, dengan pelanggan mendapat banyak maklumat, kami perlu lebih proaktif menilai semula polisi sedia ada dalam memastikan ia memberikan pengalaman yang positif.
"Pada penghujung hari, kami ingin menyediakan pelanggan kami perjalanan yang terbaik di IKEA dan polisi pemulangan baharu kami ini adalah satu langkah ke arah itu," kata Timbalan Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara, Mike King, dalam satu kenyataan hari ini.
IKEA Malaysia adalah peruncit barangan hiasan rumah pertama memperkenalkan polisi pemulangan 365 hari untuk semua pelanggan mereka di sini.
Resit asal diperlukan untuk tujuan ini dan bayaran balik akan diproses sama seperti kaedah pembayaran. Bagaimanapun, pengecualian adalah terhadap barangan seperti peralatan tempat tidur yang sudah digunakan, tumbuh-tumbuhan, barangan yang ditempah mengikut spesifikasi dan barangan yang dibeli di rak pameran sedia ada, antaranya.
Untuk maklumat lanjut mengenai polisi penukaran dan pemulangan, sila rujuk IKEA.my/returnpolicy.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 19 2018

Fleksibiliti ini bertujuan memberikan pengalaman membeli belah yang menggembirakan dan kurang tekanan.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Amazon mohon maaf, akui pekerja terpaksa buang air kecil dalam botol kerana sibuk bekerja
Beberapa media kemudian mendedahkan ramai pekerja Amazon mendakwa mereka tidak mempunyai banyak pilihan selain menggunakan botol plastik.

Kempen beli barang tempatan pasca PKP
Menyedari keperluan untuk menaikkan kembali ekonomi tempatan, satu kempen menggalakkan orang ramai menguatkan ekonomi tempatan dijalankan.

PKP Fasa 4 benarkan keluar berdua untuk beli barang keperluan
Kebenaran tersebut diwartakan pada 28 April 2020 dan dimuat naik di laman web gazet persekutuan.

IKEA Malaysia lanjutkan polisi pemulangan kepada 365 hari
Peralihan itu adalah disasarkan bagi memberikan pelanggan fleksibiliti yang lebih besar apabila membuat pembelian di IKEA.

Jumlah barangan kena cukai bawah SST 2.0 lebih kecil berbanding GST, SST 1.0
Menurut Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Subromaniam Tholasy, bagi cukai jualan, majoriti barang-barang akan dikenakan sifar cukai.

Ada peniaga menaikkan harga sebelum pelaksanaan GST - Ahmad Maslan
Sesetengah peniaga dilaporkan menaikkan harga barang sekarang kerana menjangka beberapa barangan bakal mengalami penurunan harga setelah GST dilaksanakan mulai 1 April tahun depan.

Kerajaan kaji cadangan "Hari Pasar Borong" sehari seminggu
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia membolehkan faedah harga borong dapat dinikmati pengguna dan peruncit biasa.

Tesco labur RM2.3 juta turunkan harga 18 barangan makanan segar
Harga Tesco membolehkan para pelanggan menikmati harga rendah sehingga 37 peratus bagi produk keperluan segar.