KUALA LUMPUR: Polis menahan 21 individu warga tempatan disyaki terlibat kegiatan pusat panggilan judi dalam talian di sebuah kondominium di Plaza Arkadia, Desa Park City, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata 18 lelaki dan tiga wanita berusia 20 hingga 45 tahun yang ditahan kira-kira 3 petang itu didapati menyasarkan mangsa warga Hong Kong bagi mengaut keuntungan.
"Hasil serbuan, polis mendapati premis itu digunakan untuk mempromosikan judi dalam talian dengan menggunakan platform laman web perjudian www.Aeclub365.com.
"Sindiket ini dipercayai beroperasi sejak Februari lepas dan waktu bekerja adalah 12 jam setiap hari bermula dari 12 tengah hari.
"Lapan daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau. Seorang daripada mereka yang berusia 35 tahun merupakan penyelia sindiket perjudian tersebut manakala yang lain adalah pegawai khidmat pelanggan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini.
Beliau berkata penyelia menerima bayaran gaji sebanyak RM10,000 manakala pegawai khidmat pelanggan yang ditugaskan mencari pemain atau pelanggan kira-kira lima orang sehari melalui WhatsApp dan Facebook, dibayar sekitar RM4,000.
"Setelah dapat pemain, para pemain akan diarahkan memasukkan wang ke dalam akaun judi yang disediakan bagi mendapatkan nilai kredit untuk membolehkan mereka bermain judi di mana-mana platform aplikasi judi dalam talian berkenaan.
"Setiap pelanggan dikehendaki memasukkan wang minimum sebanyak HK$100 sebagai syarat pendaftaran menjadi ahli.
"Sindiket ini telah berjaya mengaut keuntungan sekitar HK$600,000 (RM336,314.35) dalam tempoh sebulan beroperasi," katanya.
Beh berkata polis turut merampas sejumlah barangan antaranya 21 komputer dan 65 telefon bimbit yang dianggar bernilai RM400,000.
Katanya kesemua suspek direman empat hari hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Beliau menyeru orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang mencurigakan melibatkan sindiket seumpama itu dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-4048 2222.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023
Lapan lelaki dan tiga wanita berusia 20 hingga 45 tahun yang ditahan kira-kira 3 petang itu didapati menyasarkan mangsa warga Hong Kong bagi mengaut keuntungan. - Gambar fail/ Sinar Harian
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Video tular: Polis cari mangsa ragut
Ini susulan video tular di media sosial daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 30 saat memaparkan seorang wanita diragut.
Tanah runtuh Bukit Tunku: Masih berlaku runtuhan kecil, pertimbang tanam cerucuk besi
Kali terakhir runtuhan berlaku pada jam 10 malam dan mengenai kawasan pagar Institut Intergriti Malaysia (IIM).
Judi dalam talian: Polis tahan 21 individu termasuk tiga wanita
Polis menahan 21 individu warga tempatan disyaki terlibat kegiatan pusat panggilan judi dalam talian di sebuah kondominium di Plaza Arkadia, Desa Park City, Ahad lepas.
Jom Ziarah Gereja: Hannah Yeoh akan dipanggil polis
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya akan memanggil Hannah dalam masa terdekat.
Polis siasat hantaran Facebook kaitkan KBS dengan gerakan Kristian
Polis mengesahkan menerima laporan polis dan sedang menjalankan siasatan berhubung satu hantaran Facebook Che'Gubard Original yang mengaitkan KBS dengan gerakan Kristian Evangelist.
Tiga lelaki ditahan disyaki samun, cederakan guru wanita
Mangsa yang berusia 45 tahun telah ditumbuk di muka, dipukul di bahagian leher dan diikat dengan wayar oleh kesemua suspek yang menyamun rumahnya.
Pemandu, penumpang 'lalok' sebabkan nahas di Jalan Ipoh ditahan
Kedua-dua lelaki berkenaan ditahan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur selepas menjalani ujian saringan air kencing.
Suspek pukul rakan direman tujuh hari
Tempoh reman berkenaan bermula pada Sabtu bagi melengkapkan siasatan berhubung kematian mangsa yang berusia 76 tahun.
Angkara hutang RM250, warga emas maut dipukul
Angkara hutang, seorang warga emas maut selepas dipukul rakannya gara-gara enggan membayar hutang berjumlah RM250.
Pelakon popular didakwa di mahkamah pagi ini
Pelakon berusia 38 tahun itu akan didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.