KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan polis dan sedang menjalankan siasatan berhubung satu hantaran Facebook Che'Gubard Original yang mengaitkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan gerakan Kristian Evangelist.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata siasatan turut dijalankan kerana hantaran itu menuduh kementerian berkenaan menyalurkan dana kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengajak belia bukan Kristian melawat gereja.
Beliau berkata semakan pihak polis mendapati hantaran berkenaan telah menerima 544 komen, 377 perkongsian dan 448 respons sejak dimuat naik tiga hari lepas.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (kerana fitnah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau mengulas isu tersebut secara provokasi yang mungkin boleh menggugat ketenteraman serta keharmonian kaum di Malaysia.
"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan kegusaran awam melalui isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum," katanya.
Beberapa hari lalu, Pengerusi (Penaja) Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Che'gubard menerusi hantaran di Facebooknya, telah mendakwa terdapat sebuah NGO dengan dana daripada KBS sedang mencari belia bukan Kristian untuk dibawa melawat gereja.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023

Siasatan turut dijalankan kerana hantaran itu menuduh kementerian berkenaan menyalurkan dana kepada sebuah NGO untuk mengajak belia bukan Kristian melawat gereja. - Foto Sinar Harian
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Video tular: Polis cari mangsa ragut
Ini susulan video tular di media sosial daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 30 saat memaparkan seorang wanita diragut.

Tanah runtuh Bukit Tunku: Masih berlaku runtuhan kecil, pertimbang tanam cerucuk besi
Kali terakhir runtuhan berlaku pada jam 10 malam dan mengenai kawasan pagar Institut Intergriti Malaysia (IIM).

Judi dalam talian: Polis tahan 21 individu termasuk tiga wanita
Polis menahan 21 individu warga tempatan disyaki terlibat kegiatan pusat panggilan judi dalam talian di sebuah kondominium di Plaza Arkadia, Desa Park City, Ahad lepas.

Jom Ziarah Gereja: Hannah Yeoh akan dipanggil polis
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya akan memanggil Hannah dalam masa terdekat.

Polis siasat hantaran Facebook kaitkan KBS dengan gerakan Kristian
Polis mengesahkan menerima laporan polis dan sedang menjalankan siasatan berhubung satu hantaran Facebook Che'Gubard Original yang mengaitkan KBS dengan gerakan Kristian Evangelist.

Tiga lelaki ditahan disyaki samun, cederakan guru wanita
Mangsa yang berusia 45 tahun telah ditumbuk di muka, dipukul di bahagian leher dan diikat dengan wayar oleh kesemua suspek yang menyamun rumahnya.

Pemandu, penumpang 'lalok' sebabkan nahas di Jalan Ipoh ditahan
Kedua-dua lelaki berkenaan ditahan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur selepas menjalani ujian saringan air kencing.

Suspek pukul rakan direman tujuh hari
Tempoh reman berkenaan bermula pada Sabtu bagi melengkapkan siasatan berhubung kematian mangsa yang berusia 76 tahun.

Angkara hutang RM250, warga emas maut dipukul
Angkara hutang, seorang warga emas maut selepas dipukul rakannya gara-gara enggan membayar hutang berjumlah RM250.

Pelakon popular didakwa di mahkamah pagi ini
Pelakon berusia 38 tahun itu akan didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.