KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular yang ditahan kerana didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut di sini akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pelakon berusia 38 tahun itu akan didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
"Dia akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 9 pagi, pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Pada 16 Jun tahun lalu, media melaporkan pelakon itu ditahan selepas didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut di sini.
Pelakon yang mendiami kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang mangsa selepas rakan mangsa yang hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan kondominium berkenaan oleh pengawal keselamatan di situ.
Kejadian dipercayai berlaku selepas pertengkaran mulut antara mangsa dengan pengawal keselamatan sebelum pelakon terbabit datang secara tiba-tiba dan memukul mangsa.
Berikutan kejadian, pelakon itu direman tiga hari dan dibebaskan sementara kertas siasatan lengkap untuk pertuduhan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 18 2023

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - Foto fail

MAIWP salur RM6.5 juta bantuan zakat di Labuan sempena Ramadan, Aidilfitri
Setiap asnaf yang juga penerima bantuan bulanan MAIWP akan menerima RM1,000.

Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah Konservatif
Undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini disifatkan sebagai "kesilapan berbahaya" dan ia perlu "dibatalkan."

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Beto Kusyairy 'buat badan' demi filem Gayong
Beto ambil inisiatif lantik jurulatih peribadi bagi menjalani latihan kecergasan di gimnasium selain menjaga diet pemakanan ketat.

Pelakon popular didakwa di mahkamah pagi ini
Pelakon berusia 38 tahun itu akan didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Kes pukul: Pelakon lelaki direman tiga hari
Seorang pelakon lelaki popular direman selama tiga hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes menumbuk dan menendang seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium, Khamis lepas.

Pelakon popular India, Vivek dimasukkan ke hospital, keadaan kritikal
Pelakon popular India, Vivekanandan atau lebih dikenali sebagai Vivek dimasukkan ke Hospital SIMS di Chennai selepas diserang sakit jantung dan keadaannya dilaporkan kritikal.
.jpg)
"Sebelum ni Mawar memang boleh baca Al-Quran, tapi ....." - Mawar Rashid
Alhamdulillah....

Berang isteri dihina, Anjasmara tuntut netizen mohon maaf di akhbar
Anjasmar Prasetya marah dan kecil hatinya pada pengguna Instagram yang telah menghina bentuk fizikal isterinya, aktres Dian Nitami.

'Populariti bukan keutamaan' - Tony Eusoff
Hampir 10 tahun menjadi anak seni Tony Eusoff masih belum mencapai status pelakon popular.