Menerusi entri di Instagram (IG), Mawar menjelaskan dia mempunyai banyak kekurangan dan tidak malu untuk belajar membaca Al-Quran dengan seorang ustazah.
"Memperkenalkan ustazah Mawar. Dia sama umur Mawar dan dia pun tengah pregnant sama bulan dengan Mawar. Sepanjang Mawar pregnant ni, Nad ni la jadi guru mengaji Mawar, lepas belajar iqra, we all sama-sama baca Al-Quran untuk baby we all.
"Memang niat Mawar sebelum pregnant lagi nak belajar balik untuk mengaji dengan lancar, agar Mawar lebih dekat ngan Al-Quran. Tapi Mawar tak sempat lagi menguruskan masa Mawar atas urusan kerja yang terlalu padat.
"Jadi Mawar ambil kesempatan time preggy ni, untuk memulakan kelas mengaji yang telah lama ada dalam niat hati Mawar ni. Insyaa’Allah akan maintain kelas mengaji atau kelas apa-apa demi menambahkan ilmu pengetahuan agama sampai bila-bila pun tak apa.
"Itu hajatnya la, kita perlu dream big kan. Hehe. Sebelum ni Mawar memang boleh baca Al-Quran, jangan salah faham ye, tapi tak beberapa lancar. Mawar tak malu untuk share sebab Mawar sedar ni kekurangan Mawar.
"Buat apa kalau kita nak bangga dengan benda yang kita tak pandai/ tak ada kan? Biar hati ni jujur daripada kita menipu diri sendiri dan orang lain. Mawar punya goals, belajar sampai dapat baca Al-Quran dengan lancar, dan dapat menghayati ayat-ayat yang Mawar baca.
"Insyaa’Allah dan Mawar share ni agar dapat memberi semangat kat orang luar di sana yang kita tidak pernah terlambat untuk memulakan sesuatu yang baik. Mawar doakan agar kita semua sentiasa istiqamah (berterusan) hingga ke akhir hayat," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji sikap yang ditunjukkan oleh Mawar dan mendoakan proses bersalinnya akan dipermudahkan.