Penjualan PLUS Malaysia Bhd (PLUS) hanya akan menyebabkan rakyat negara ini mungkin terus membayar tol sehingga tahun 2070.
Penganalisis ekonomi, Pankaj C Kumar memberitahu, ia sekali gus langkah membebankan rakyat yang dijadual membayar tol hanya sehingga tahun 2038.
"Saya rasa penjualan PLUS ini tidak patut dilakukan kerana PLUS dimiliki oleh rakyat Malaysia melalui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sekarang kerajaan hendak ambil alih lebuh raya lain, mengikuti janji Pakatan Harapan (PH) telah buat iaitu hendak memansuhkan tol di seluruh negara secara berperingkat-peringkat.
"Kalau kerajaan hendak membeli empat lebuh raya yang dimiliki di bandar, mengapa kita hendak menjual PLUS, PLUS mempunyai satu pulangan tunai yang tinggi untuk pemegang saham iaitu Khazanah dan KWSP dan secara tidak langsung, rakyat juga mendapat faedah daripada PLUS.
"Kenapa hendak jual PLUS kepada orang lain, yang cadangan mereka juga hendak lanjutkan usia untuk tol. Patutnya tol akan tamat pada tahun 2038, takkan kita hendak ia berpanjangan sehingga tahun 2058, 2060 atau 2070? Itu sudah terlalu lama dan membebankan rakyat," katanya semasa dihubungi di sini, pada Khamis.
BACA: Kerajaan pertimbang jual PLUS jika penuhi kehendak - PM
BACA: KWSP mungkin jual kepentingan PLUS jika dapat tawaran sesuai - CEO
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan akan mengkaji dan mempertimbang sebarang bidaan yang dibuat oleh mana-mana pihak yang berminat untuk membeli PLUS.
Pada Rabu, Maju Holdings menawarkan kepada kerajaan untuk mengurangkan kadar tol sehingga 36 peratus jika cadangan pengambilalihan PLUS diluluskan.
Menerusi satu kenyataan, syarikat itu turut komited untuk melabur kira-kira RM5.3 bilion selain turut mencadangkan untuk menyerap RM2.7 bilion bagi pampasan tol yang perlu dibayar kerajaan kepada PLUS sekiranya pengambilalihan konsesi lebuh raya terbesar negara itu oleh syarikat berkenaan berjalan lancar.
Dalam pada itu Kumar menjelaskan, tidak mustahil untuk Khazanah dan KWSP menyeru PLUS mengurangkan kadar tol sehingga 30 peratus.
"Saya rasa kalau Khazanah dan KWSP boleh menyahut seruan rakyat untuk mengurangkan tol dan kalau pemilik baru ini boleh mengurangkan tol kepada 20 sehingga 30 peratus, tidak mustahil untuk Khazanah dan KWSP untuk menyeru PLUS mengurangkan tol sama sekali.
"Saya rasa ada ruang untuk PLUS mengurangkan kadar tol untuk memberi faedah kepada rakyat." ujarnya.
Khazanah memiliki 51 peratus kepentingan dalam PLUS manakala bakinya dimiliki oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Beberapa syarikat telah menyatakan minat untuk membeli PLUS termasuk RRJ Capital, sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong yang menawarkan RM3 bilion untuk mengambil alih 100 peratus kepentingan syarikat konsesi lebuh raya itu.
Wan Syamsul Amly
Thu Oct 10 2019
![Jual PLUS: Kenapa hendak tol sehingga tahun 2070? - Penganalisis ekonomi Jual PLUS: Kenapa hendak tol sehingga tahun 2070? - Penganalisis ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41551764441_PlazaTol.jpg)
KUMAR: Patutnya tol akan tamat pada tahun 2038, takkan kita hendak ia berpanjangan sehingga tahun 2058, 2060 atau 2070? - Gambar BERNAMA
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721138010_HannahYeoh.jpg)
Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik
Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa RTG telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![ARC 2024: Skuad Bunga Raya akur kehebatan Hong Kong ARC 2024: Skuad Bunga Raya akur kehebatan Hong Kong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717844396_ragbi.jpg)
ARC 2024: Skuad Bunga Raya akur kehebatan Hong Kong
Skuad ragbi Bunga Raya 15 sebelah (15's) negara mengalami kekalahan besar buat kali kedua berturut-turut pada saingan ARC 2024 selepas tumbang kepada Hong Kong.
![14 aktivis Hong Kong disabitkan kesalahan bawah undang-undang keselamatan negara 14 aktivis Hong Kong disabitkan kesalahan bawah undang-undang keselamatan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717062126_HongKongandChines.jpg)
14 aktivis Hong Kong disabitkan kesalahan bawah undang-undang keselamatan negara
Empat belas tokoh pembangkang Hong Kong pada Khamis telah disabitkan kesalahan di bawah undang-undang keselamatan negara, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan South China Morning Post.
![Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714205905_pialathomas.jpg)
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
![Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia! Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714189580_TBBAM.jpg)
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
![Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714133165_LeeZiiJia.jpg)
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
!['Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas' 'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713858166_TBSukma.jpg)
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
![Hong Kong tagih sentuhan pakar untuk Piala Thomas Hong Kong tagih sentuhan pakar untuk Piala Thomas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713674821_PialaThomas.jpg)
Hong Kong tagih sentuhan pakar untuk Piala Thomas
Hong Kong, yang mempunyai bekas pemain antarabangsa Wong Choong Hann dan Choong Tan Fook dalam set kejurulatihan mereka, hanya membuat penampilan keenam mereka di pusingan akhir.
![KPKT akan perkenal model perumahan awam baharu - Nga KPKT akan perkenal model perumahan awam baharu - Nga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703738743_TBNGAKORMINGjpg.jpg)
KPKT akan perkenal model perumahan awam baharu - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang merangka model baharu perumahan awam yang dinamakan Program Residensi Rakyat (PRR).