JOHOR BAHRU: Projek berimpak tinggi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka mewujudkan sebanyak 100,000 peluang pekerjaan berkualiti dan bergaji tinggi.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata projek berkenaan juga dilihat akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri ini.
"Singapura dan Johor sedang bekerjasama dalam mewujudkan JS-SEZ yang akan menarik pelaburan asing dan membantu pertumbuhan ekonomi di Johor. Inisiatif ini sekali gus bakal mengubah landskap negeri ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Modul Karakter Murid Johor (KrMJ) Sempena Johor International Student Leaders Conference (JISLC) 2024 di sini hari ini.
Beliau berkata agenda Maju Johor 2030 yang diusahakan kerajaan negeri telah menunjukkan pencapaian dengan 55 strategi dan 209 inisiatif telah dilaksanakan sejak dua tahun lepas.
Menurut Onn Hafiz usaha itu sekali gus menyaksikan Johor menjana pelaburan sebanyak RM113.7 bilion dalam tempoh sama dan mewujudkan lebih 35,000 peluang pekerjaan.
Pada masa sama beliau menyeru rakyat untuk turut memain peranan dalam memacu kemajuan di negeri itu.
Sementara itu, Modul KrMJ yang dilancarkan Onn Hafiz akan dijadikan panduan bagi pelaksanaan program KrMJ di 1,193 sekolah di seluruh Johor.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin pada sidang media selepas pelancaran berkenaan berkata modul inisiatif kerajaan negeri itu memfokuskan pemerkasaan 10 karakter murid antaranya patriotik, keterampilan diri, adab dan kerohanian serta kepimpinan.
"Modul ini boleh diaplikasi dan dilaksanakan untuk semua program dan aktiviti dalam atau luar sekolah.
"Contohnya, semasa perhimpunan rasmi sekolah, Program 1Murid 1Sukan, Program Bulan Kebangsaan, Program Nilam, kem kepimpinan dan Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan," katanya sambil menambah buku KrMJ diterbitkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata projek berkenaan juga dilihat akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri ini. - Foto BERNAMA

Siemens Malaysia lancar Akademi Latihan Industri Digital bersama SG TVET Group, JTM
Ia sebahagian usaha memperkasa tenaga kerja dan mewujudkan ekosistem digitalisasi menerusi program latihan bertaraf antarabangsa.

Polis tahan lelaki warga Bangladesh khianat, pukul anjing
Polis Daerah Kulai mengesan video tular di media sosial yang dimuat naik pemilik akaun Instagram UPDATEINFO11 memaparkan kejadian khianat itu.

Gempa bumi 5.5 pada skala Richter gegal Nepal
Gempa berlaku kira-kira 14 kilometer (8.7 batu) di selatan Kodari pada kedalaman 10 kilometer (6.2 batu).

Mangsa banjir di Sabah meningkat sedikit pagi ini
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid yang menempatkan 340 orang daripada 100 keluarga.

Majlis Media Malaysia mampu jamin integriti pengamal media
Dengan adanya usaha baik itu, integriti pengamal media boleh dijamin kerana ia akan diselia oleh pengamal media sendiri.

Sentimen berhati-hati dorong ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit berada pada paras 4.4530 berbanding dolar AS daripada 4.4410/4480 ketika ditutup semalam.

Kinoshi puji semangat juang skuad Red Giants
Katsuhito Kinoshi memuji anak buahnya yang mampu bertahan hingga wisel penamat untuk terikat tanpa jaringan di Stadium MBPJ malam tadi.
Inisiatif Cegah Pembaziran Makanan Ramadan | Bersama Wan Emir Astar
Ramadan sering dikaitkan dengan peningkatan pembaziran makanan, terutama dari bazar dan hotel. Bagaimana ReMeal, sebuah inisiatif inovatif, berusaha mengurangkan pembaziran dengan memastikan lebihan makanan sampai kepada mereka yang memerlukan? Pengasas bersama ReMeal, Wan Emir Astar, berkongsi pendekatan unik mereka dalam menangani cabaran logistik, isu keselamatan makanan, serta peranan dasar kerajaan dalam menggalakkan sumbangan makanan. Saksikan perbincangan eksklusif ini untuk memahami bagaimana ReMeal membawa perubahan dalam menangani pembaziran makanan di Malaysia.

"Titah Adendum di bawah proses undang-undang, sila hormati" - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah meminta semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.
AWANI Ringkas: Akaun TikTok media tempatan digantung
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan Johor rangka pelan induk bagi JS-SEZ - Onn Hafiz
Pelan induk itu membabitkan beberapa agensi utama seperti Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

JS-SEZ boleh pacu Johor sebagai enjin pertumbuhan ekonomi selatan - Penyelidikan
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berpotensi memacu Johor menjadi enjin pertumbuhan selatan untuk ekonomi, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

JS-SEZ bab baharu dalam usaha sama pembangunan ekonomi serantau
Pemeteraian perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) semalam menandakan bab baharu dalam usaha sama membangunkan ekonomi serantau.

Johor cadang SFZ Forest City dilaksana bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura
Kerajaan Johor bercadang untuk meletakkan inisiatif Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City di bawah inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

SEZ Thailand: Malaysia cadang penglibatan swasta, syarikat pemula - Anwar
Malaysia mencadangkan kepada Thailand agar melibatkan sektor swasta dan syarikat pemula dalam penubuhan Zon Ekonomi Khas (SEZ).

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.

JS-SEZ wujud 100,000 peluang pekerjaan berkualiti - Onn Hafiz
Projek berimpak tinggi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka mewujudkan sebanyak 100,000 peluang pekerjaan berkualiti dan bergaji tinggi.

Zon Ekonomi Khas, hab kewangan bakal lonjak Johor ke persada global
Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar membayangkan masa depan yang cerah bagi Johor, bertapak kukuh di persada global.

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura mampu jadikan Johor seperti Shenzhen - MB
Katanya, SEZ Johor-Singapura mampu menjadikan Johor seperti bandar Shenzhen di China yang berkembang maju selepas empat dekad menjadi SEZ.