JOHOR BAHRU: Ketika cadangan Zon Ekonomi Khas (SEZ) antara Johor dan Singapura mula menjadi kenyataan seiring dengan pembangunan zon kewangan khas di Forest City, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar membayangkan masa depan yang cerah bagi Johor, bertapak kukuh di persada global.
Dalam berkongsi visi baginda untuk meletakkan Johor menonjol di peta global, Sultan Ibrahim menekankan tentang kepentingan untuk menarik lebih banyak pelaburan, terutamanya daripada syarikat teknologi tinggi.
"Sudah tentu, kita mahu pelabur asing. Tetapi, jika anda melihat di peringkat dunia, siapa yang melabur lebih banyak di negara ini? Jadi, cuba kita lihat pada teknologi tinggi. Kita berada di kedudukan untuk memilih industri kita," titah baginda semasa wawancara eksklusif bersama Bernama di kediaman peribadi baginda, di sini, baru-baru ini.
Turut hadir pada sesi wawancara itu ialah Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai dan Ketua Pengarang Bernama Jamaluddin Muhammad.
Sultan Ibrahim bertitah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan cadangan penubuhan zon perdagangan dan hab kewangan tersebut dan semasa lawatan baginda ke Singapura baru-baru ini, Ho Ching, isteri Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong telah menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Johor.
Ini, titah baginda, menunjukkan Singapura menyukai idea untuk mewujudkan perdagangan, dengan hab kewangan dan perdagangan bebas.
Ho Ching, merupakan ketua pegawai eksekutif dana pelaburan milik negara Singapura, Temasek, dari 2004 hingga 2021.
Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura, yang dijadualkan bulan depan di republik itu, dijangka membincangkan lebih lanjut mengenai SEZ, termasuk memuktamadkan Terma Rujukan (ToR) bagi zon yang dicadangkan.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz berkata baru-baru ini bahawa dengan SEZ menjadi kenyataan, Johor boleh menjadi Shenzhen seterusnya, iaitu pusat global bagi teknologi, penyelidikan, pembuatan, perniagaan dan ekonomi, kewangan, pelancongan dan pengangkutan di China.
Sultan Ibrahim turut menzahirkan mengenai potensi Johor sebagai pengeluar tenaga solar yang signifikan berikutan terdapat tanah yang banyak di negeri tersebut.
Malah, baginda bertitah Johor mempunyai ribuan hektar tanah tidak digunakan yang boleh dimanfaatkan bagi menghasilkan tenaga solar.
"(Pada masa depan), kita boleh membekalkan (tenaga) solar ke Singapura," titah baginda sambil menambah sudah terdapat minat ke arah usaha berkenaan.
Titah baginda, Pengerang dan Pontian juga merupakan lokasi ideal bagi industri solar itu.
Menyentuh sumber air, Sultan Ibrahim bertitah Johor akan mempunyai bekalan air mencukupi selagi sumber berkenaan diuruskan secara cekap.
Bagaimanapun, titah baginda, Johor turut meneroka usaha kitar semula air, termasuk menggunakan air sungai bagi tujuan perindustrian.
Kesemua kilang pada masa ini menggunakan air bertapis yang diperoleh daripada hidran atau paip.
"Kilang-kilang ini menggunakan air bertapis; (sedangkan) mereka patut mendapat air industri. (Bagaimanapun), taman-taman perumahan bersebelahan dengan kilang-kilang ini tiada air.
"Oleh itu, kita sedang meneliti usaha kitar semula air industri dan menggunakan air sungai bagi kegunaan industri.
"Ada beberapa syarikat yang telah mengemukakan cadangan, tetapi kerajaan (kerajaan negeri Johor) dan saya akan menelitinya dan menilai bagaimana kerajaan boleh meraih manfaat daripada usaha ini," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023

Sultan Ibrahim semasa wawancara di kediaman peribadi baginda, di sini, baru-baru ini. - Foto Bernama

Mangsa banjir di Sabah meningkat sedikit pagi ini
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid yang menempatkan 340 orang daripada 100 keluarga.

Majlis Media Malaysia mampu jamin integriti pengamal media
Dengan adanya usaha baik itu, integriti pengamal media boleh dijamin kerana ia akan diselia oleh pengamal media sendiri.

Kinoshi puji semangat juang skuad Red Giants
Katsuhito Kinoshi memuji anak buahnya yang mampu bertahan hingga wisel penamat untuk terikat tanpa jaringan di Stadium MBPJ malam tadi.
Inisiatif Cegah Pembaziran Makanan Ramadan | Bersama Wan Emir Astar
Ramadan sering dikaitkan dengan peningkatan pembaziran makanan, terutama dari bazar dan hotel. Bagaimana ReMeal, sebuah inisiatif inovatif, berusaha mengurangkan pembaziran dengan memastikan lebihan makanan sampai kepada mereka yang memerlukan? Pengasas bersama ReMeal, Wan Emir Astar, berkongsi pendekatan unik mereka dalam menangani cabaran logistik, isu keselamatan makanan, serta peranan dasar kerajaan dalam menggalakkan sumbangan makanan. Saksikan perbincangan eksklusif ini untuk memahami bagaimana ReMeal membawa perubahan dalam menangani pembaziran makanan di Malaysia.

"Titah Adendum di bawah proses undang-undang, sila hormati" - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah meminta semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.
AWANI Ringkas: Akaun TikTok media tempatan digantung
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia mahu jayakan perjanjian ATIGA, DEFA
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
Keyakinan Perniagaan 2025: Apa Yang SME Perlu Tahu?
Keyakinan perniagaan di Malaysia meningkat sebanyak 3.2% pada suku pertama 2025, namun masih lebih rendah berbanding suku sebelumnya. Bersama Datuk William Ng, Pengerusi SAMENTA, kita membincangkan faktor yang mempengaruhi keyakinan sektor perniagaan, cabaran yang dihadapi oleh SME, serta strategi untuk terus berdaya saing dalam ekonomi yang tidak menentu.
Bursa Malaysia Merosot: Apa Punca & Jangkaan Pergerakan Pasaran?
Bursa Malaysia ditutup lebih rendah pada Khamis apabila pelabur mengambil pendekatan berhati-hati akibat ketidaktentuan luaran yang meningkat. FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.11 mata kepada 1,586.60. Bagaimana prestasi pasaran sepanjang minggu ini, sektor mana yang terkesan, dan apakah jangkaan pergerakan seterusnya? Ikuti analisis bersama Syed Muhammed Kifni dari MIDF Research.
AWANI Pagi: Caj hospital swasta 'melampau', apa solusi?
Susulan Kementerian Kewangan sahkan wujud kes hospital swasta caj tinggi pesakit guna GL, AWANI Pagi hari ini membincangkan bersama Persatuan Pengguna untuk mencari solusi berhubung isu tersebut

Tujuh pemain warisan dikenal pasti untuk Harimau Malaya - Tunku Ismail
Skuad Harimau Malaya berkemungkinan besar diperkuatkan dengan beberapa muka baharu ketika kempen Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac ini.

Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.

'Lawatan Sultan Ibrahim pemangkin hubungan lebih kukuh' - Speaker Parlimen Singapura
Kehadiran YDP Agong bakal menjadi pemangkin hubungan yang lebih kukuh di antara dua negara, kata Speaker Singapura Seah Kian Peng

Tunku Mahkota Ismail berangkat ke majlis penutup Tilawah Al-Quran Kali Ke-68
Majlis berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.

Kenali Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah
Biografi Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Kenali Yang di-Pertuan Agong ke-17
Biografi Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Permaisuri Johor berangkat ke Kuala Lumpur
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan berangkat ke Istana Negara bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada Rabu depan.

Tunku Ismail dimasyhur Pemangku Sultan Johor bermula hari ini
Jumaah Majlis Diraja mengumumkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Pemangku Sultan Johor, mulai Ahad.

Sultan Ibrahim titah tidak terima permohonan menghadap hingga 31 Jan
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap baginda mulai hari ini sehingga 31 Jan ini.

Sultan Johor terima menghadap Mohamed Khaled
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan yang baharu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.