KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjangka beberapa kawasan di Daerah Pasir Mas Kelantan akan dilanda banjir esok, sekiranya Lembangan Sungai Golok terus menerima hujan yang signifikan.
Dalam kenyataan di sini hari ini JPS berkata ia berdasarkan makluman ramalan hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan hasil simulasi model ramalan banjir.
Menurutnya Kampung Kubang Pak Hitam, Kampung Tersang, Kampung Tok Deh dan kawasan sekitarnya berisiko dilanda banjir mulai 12 tengah malam ini, manakala di Lubok Gong, Sungai Golok di Rantau Panjang dan kawasan sekitarnya mulai 3 pagi.
Di Jeti Danau Tok Uban dan kawasan sekitarnya pula, banjir berisiko melanda mulai 5 pagi, manakala di Kampung Bendang Guchil, Kampung Pengkalan Telok, Kampung Gual Pariok dan kawasan sekitarnya mulai 8 pagi.
"Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan. Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir," menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 02 2022
JPS berkata, jangkaan itu berdasarkan makluman ramalan hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan oleh MetMalaysia dan hasil simulasi model ramalan banjir. - Gambar fail
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Banjir kilat: Penduduk mahu tindakan segera
Penduduk Kampung Permatang Sungkai, Pasir Puteh menggesa pihak berwajib mengambil tindakan segera bagi menangani masalah banjir kilat yang kerap melanda kampung itu bermula awal tahun ini.
Penduduk Kuala Krai siap sedia hadapi banjir gelombang keempat
Hujan berterusan sejak dua hari lepas menyebabkan rata-rata penduduk yang menetap di kawasan rendah di Kuala Krai siap sedia hadapi banjir lagi.
Jalan Dabong-Jeli mula dibuka satu lorong - JKR
Laluan di Seksyen 73.85, Jalan Dabong - Jeli (FT066) yang terputus akibat kegagalan pembetung, dibuka secara satu lorong untuk semua jenis kenderaan ringan sahaja (maksimum hingga 20 tan) semalam.
Kos tambahan RM3.75 juta untuk selenggara Jalan Gua Musang-Kuala Krai
Kos tambahan sebanyak RM3.75 juta diperlukan bagi penyelenggaraan empat lokasi yang dikenal pasti antaranya disebabkan berlubang dan rosak di sepanjang Jalan Gua Musang-Kuala Krai (FT08).
Pejabat daerah mesti ‘buta warna’ agih bantuan banjir - Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar mengetepikan sentimen politik ketika mengagihkan bantuan banjir kepada rakyat.
7 pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat
JPN Kelantan memaklumkan tujuh pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat berlaku di negeri ini.
Lubang benam: Laluan KM73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli ditutup
Laluan KM 73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli (FT 066) berhampiran Kampung Kubur Datu di Jeli ditutup kepada semua kenderaan akibat lubang benam (sinkhole).
Kos pembinaan jalan sementara di Kampung Lata Janggut Seberang RM60,000
JKR menganggarkan kerja-kerja pembinaan jalan sementara di Kampung Lata Janggut Seberang di sini, akan menelan kos sebanyak RM60,000.
Banjir: 'Culvert 10' jadi tumpuan pemburu ikan sungai
Paras air Sungai Lachang yang mulai surut selepas banjir gelombang ketiga memberi rezeki kepada penggemar ikan sungai di sekitar Rantau Panjang.
Banjir: 1,122 mangsa berlindung di 13 PPS di 3 negeri
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus mencatatkan penurunan kepada 1,122 orang di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) tengah hari ini, berbanding 1,483 orang di 15 PPS pagi tadi.