SHAH ALAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor bertindak menyita motosikal p-hailing yang disewa atau dipinjam daripada akaun pemilik lain bagi urusan penghantaran barangan.
JPJ Selangor dalam satu kenyataan berkata, dalam operasi Ops Merah 2023 JPJ Negeri Selangor di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan menghala ke ibu kota Kuala Lumpur pada Ahad, pihaknya mendapati sebuah motosikal dengan menggunakan aplikasi SmeD, pihak JPJ mendapati lesen kenderaan motor (LKM) motosikal tersebut telah tamat tempoh pada 2017.
Jelas kenyataan itu, selain LKM motosikal itu telah tamat tempoh, penunggang terbabit juga tiada lesen memandu.
"Anggota yang bertugas turut menjalankan soal balas kepada penunggang motosikal bagaimana dia beroperasi sedangkan tidak mempunyai lesen memandu dan LKM tamat tempoh.
"Dia mengaku menyewa dan meminjam akaun pemilik lain semasa menjalankan perkhidmatan p-hailing dan turut mendaftar kenderaan lain semasa menjalankan perkhidmatan tersebut," katanya pada Isnin.
Sehubungan itu, motosikal tersebut telah disita dan dibawa ke JPJ Shah Alam atas pelbagai kesalahan lain.
Katanya, sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 1,430 buah motosikal telah diperiksa dan 613 notis telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tambahnya, sejumlah 35 buah motosikal disita dalam operasi tersebut.
Jelasnya, antara kesalahan yang dikesan adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, kesalahan teknikal dan lain-lain kesalahan.
Katanya, operasi bermula jam 8 pagi sehingga 11.55 malam itu diketuai oleh Ketua Bahagian Penguat Kuasa JPJ Negeri Selangor, Mazlini Yusof dan dibantu 52 orang anggota serta pegawai JPJ Negeri Selangor.
"Penunggang dan pemilik motosikal adalah dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya serta memastikan motosikal berada dalam keadaan baik, selain mengamalkan pemanduan secara berhemah.
"Sebarang aduan kesalahan lalu lintas, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau melalui platform aplikasi e-aduan berserta butiran pengadu dan butiran aduan," ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 18 2023

Sebahagian motosikal disita atas pelbagai kesalahan dalam operasi Ops Merah 2023 JPJ Negeri Selangor pada Ahad. -Foto Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

JPJ sita motosikal 'rider' sewa, pinjam untuk hantar barang
Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 1,430 buah motosikal telah diperiksa dan 613 notis telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.