SEPANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor menyita tiga kenderaan 'ulat' yang digunakan bagi menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen atau secara haram dalam operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), di sini pada Isnin.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, operasi seharian itu turut menahan tiga pemandu berusia lingkungan 40-an.
"Tiga kenderaan telah disita iaitu jenis Perodua Kancil, Perodua Alza dan Toyota Innova manakala pemandunya ditahan untuk direkod keterangan.
"Siasatan awal mendapati 'ulat' tersebut mengenakan tambang kepada penumpang warganegara dan pelancong asing antara RM100 hingga RM300 dari KLIA2 ke Kuala Lumpur; Mentakab, Pahang dan Batu Pahat, Johor," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Tambahnya, sesiapa yang bersubahat melakukan aktiviti ‘ulat’ ini juga boleh didakwa mengikut Seksyen 243(1) di bawah akta yang sama.
"Orang awam dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang sah sama ada melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan di KLIA atau KLIA2 atau pun membuat tempahan melalui aplikasi e-hailing," ujarnya.
Kata beliau, penguatkuasaan ini akan dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil ke atas pemandu dan pemilik kenderaan yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen atau secara haram.
"Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ berserta butiran pengadu dan butiran aduan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 06 2022

Antara kenderaan yang disita dalam operasi 'ulat' di KLIA2, Sepang pada Isnin. -Foto Sinar Harian

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak
Dua lelaki ditahan bersama 18.97 kilogram dadah dalam dua tangkapan berasingan di KLIA Terminal 2.

Warga Itali didakwa curi ubat di premis penjagaan kesihatan, kecantikan di KLIA T2
Maurizio Losi mengangguk faham di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Rusuhan Bangladesh: Pesawat AirAsia AK76 bawa rakyat Malaysia tiba di KLIA2
Pesawat AirAsia yang membawa rakyat Malaysia dari Dhaka, Bangladesh telah selamat tiba di Terminal 2, KLIA2, Sepang dari Dhaka, Bangladesh pada jam 4.56 petang, Selasa.

Dua lelaki didakwa edar 28.85 kg methampetamine di KLIA2
Dua lelaki berhadapan pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 38.85 kilogram bulan lepas.

Kecoh himpunan 250 ekor 'oyen'
Orang ramai terutama pencinta kucing begitu teruja menyaksikan gelagat kucing berbulu oren daripada pelbagai baka.

Kes penipuan pelaburan i-Serve, dua lagi ditahan
PDRM menahan dua lagi individu berhubung kes penipuan pelaburan i-Serve pada awal pagi Isnin.

Guna Toyota Vellfire milik isteri buat 'ulat' di KLIA 2
Dipercayai pemandu itu menggunakan taktik memujuk dan merayu sebelum mengenakan cas bayaran tambang sebanyak RM180 kepada penumpang.

11 mangsa penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja selamat pulang
Setakat semalam, seramai 123 daripada 153 orang mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja telah berjaya diselamatkan.

Teksi haram jerat pelanggan guna Toyota Alphard
Siasatan dijalankan mendapati ulat yang menawarkan kegiatan teksi haram ini menyasarkan pelanggan terdiri daripada warga tempatan dan warga asing.

JPJ tahan dua 'ulat' di KLIA2
Siasatan awal mendapati pemandu itu menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen dengan mengenakan tambang kepada pelancong asing antara RM100 hingga RM150 dari KLIA2 ke Kuala Lumpur.