KUALA KANGSAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengutip hasil sebanyak RM807 juta sehingga Februari lepas, RM28.8 juta daripadanya ialah kutipan melalui kaunter JPJ negeri Perak.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata sebanyak RM196,065 dikutip melalui kaunter bergerak JPJ Mobile dan RM1,709,184.50 (RM1.7 juta) lagi melalui kios fasa tiga.
"Kejayaan ini merupakan kejayaan kita bersama sebagai satu pasukan meliputi seluruh warga kerja cemerlang JPJ, dengan kolaborasi erat rakan-rakan strategik, dan pemain-pemain industri serta pihak berkepentingan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung," katanya.
Teks ucapan Zailani dibacakan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan, JPJ Mohd Tarmizi Abd Talib pada Majlis Perasmian Kaunter Pandu Lalu Stesen Penguatkuasa Kuala Kangsar, di sini pada Isnin.
Turut hadir Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan.
Zailani turut memaklumkan sehingga Mac lepas, JPJ telah merekodkan sebanyak 35,309,623 kenderaan terkumpul seluruh Malaysia dan daripada jumlah tersebut sebanyak 2,371,318 kenderaan terkumpul direkodkan di negeri Perak.
Manakala bagi tempoh sama pemegang lesen memandu aktif terkumpul seluruh negara adalah sebanyak 14,757,707, daripada jumlah tersebut sebanyak 530,927 pemegang lesen memandu aktif telah direkodkan di negeri Perak.
Sementara itu, Mohammad Yusoff berkata perkhidmatan kaunter pandu lalu Kuala Kangsar akan memanfaatkan 150,000 orang penduduk di kawasan tersebut dan rakyat di negeri Perak secara amnya.
"Ini merupakan kaunter pandu lalu keempat selepas Pulau Pinang, Sabah dan Negeri Sembilan. Kami telah usahakannya sejak 2021 dan telah mendapat peruntukan pada 2022 sebanyak RM360,000 termasuk kos peralatan.
"Sejak perlaksanaan perkhidmatan ini pada bulan lepas bermula 1 hingga 31 Mac, kami dapat mengutip RM256,000," katanya.
Beliau berkata inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan bahawa kerajaan sentiasa cakna dan responsif kepada maklum balas rakyat yang mahukan kepelbagaian mod perkhidmatan bersesuaian dengan kehendak dan keperluan semasa terutama di kawasan tempatan.
Katanya, setakat ini JPJ Perak menerima purata pelanggan sekitar 4,200 orang setiap hari dengan pengoperasian sebanyak 28 kaunter.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2023

Sehingga Mac lepas, JPJ telah merekodkan sebanyak 35,309,623 kenderaan terkumpul seluruh Malaysia.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Pemeriksaan dijalankan Puspakom berdasarkan kaedah, prosedur ditetapkan JPJ
Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menegaskan operasi pemeriksaannya dijalankan mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Boleh tukar Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu Kompeten guna aplikasi MyJPJ bermula esok
Permohonan bagi menukar Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ bermula esok.

Pemandu lori didenda RM3,000 halang anggota JPJ laksana tugas
Majistret turut memerintahkan Mohd Syukri menjalani hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tiga syarikat laksana perkhidmatan PPKM belum diberikan lesen operasi - Loke
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) fasa pertama.

Peminat Yamaha RXZ dinasihat elak beli motosikal seludup - JPJ
JPJ Kelantan menasihati peminat motosikal Yamaha RXZ agar tidak membeli dan memiliki motosikal seludup.

Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan
Pemandu suka memakai 'dummy buckle' bagi menghentikan penggera dengan alasan tidak selesa.

Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.

Operasi Khas Tahun Baharu Cina: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.

JPJ Perak sita 143 motosikal dalam operasi Tahun Baharu Cina
Sebanyak 143 motosikal disita daripada 24,494 motosikal yang diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam Operasi Khas Motosikal bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2025 yang dilaksanakan se

Op Penyamaran: Gagal patuhi lampu isyarat kesalahan paling tinggi
Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor mengeluarkan 298 notis membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi Op Penyamaran sempena Op Tahun Baharu Cina 2025 dalam tempoh 20 Jan lepas hingga semalam.