KAJANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempertimbangkan penambahan perjawatan kontrak dan tetap bagi pegawai serta anggota di peringkat daerah dan negeri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata perkara berkenaan telah dibawa ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk diperhalusi.
Bercakap dalam sidang media selepas Majlis MADANI Siaga "Sigap Pertahanan Awam: Siaga MTL (Monsun Timur Laut)" di Ibu Pejabat APM Kajang hari ini, Armizan berkata JPM akan membentangkan cadangan itu kepada JPA dalam tempoh terdekat.
"Menjadi satu keperluan untuk diwujudkan perjawatan tetap dan kontrak tambahan kepada APM khususnya bagi mempertingkat serta memperkasakan kefungsian APM sebagai urus setia kepada jawatankuasa bencana di peringkat negeri dan daerah," katanya.
Mengulas mengenai MTL, Armizan berkata APM telah meningkatkan kesiapsiagaan dengan kekuatan 1,203 pegawai dan 13,637 anggota di seluruh negara, manakala dari segi jentera operasi pula melibatkan 991 bot dan 675 aset darat.
Armizan berkata banjir pada skala besar dijangka berlaku serentak di Johor, Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Justeru, katanya bagi meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi risiko bencana MTL kali ini, APM menyediakan Pasukan Respon Bencana Sokongan (PARAS) dari negeri sekitar yang akan digerakkan sebagai pasukan tindakan balas (responder) pada bila-bila masa.
Menurutnya bagi Kelantan, pasukan PARAS yang akan membantu adalah dari Perlis, Perak dan Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara, manakala pasukan PARAS Selangor dan Kuala Lumpur akan membantu Terengganu.
Di Pahang, pasukan PARAS yang akan membantu adalah dari Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur dan Negeri Sembilan, manakala Johor akan dibantu pasukan PARAS Melaka dan Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan.
Menurut Armizan penubuhan PARAS merupakan antara strategi penambahbaikan dalam meningkatkan kesiapsiagaan bencana di seluruh negara.
Terdahulu, APM hari ini menerima aset baharu antaranya 225 motosikal, 100 ambulans, 46 kenderaan pacuan empat roda dan enam bot enjin berkuasa 250hp.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023
Datuk Armizan Mohd Ali berkata perkara berkenaan telah dibawa ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk diperhalusi. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Kerajaan perkenal semula zon khas jual barangan tanpa subsidi di kawasan sempadan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata langkah itu bertujuan mengurangkan penyeludupan barangan bersubsidi ke negara jiran.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Idrus Harun Pengerusi MyCC baharu
Tan Sri ldrus Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang baharu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 25 Nov.
Rampasan seleweng barang kawalan diesel cecah RM47 juta - Armizan
Sebanyak 2,206 kes berkaitan salah guna barang kawalan diesel dicatatkan sejak Januari 2022 hingga Oktober lalu.
KPDN laksana Ops Kesan 3.0 bermula hari ini sejajar pelaksanaan SSPA
KPDN) melaksanakan Ops Kesan 3.0 bermula hari ini, sejajar dengan pelaksanaan pelarasan gaji penjawat awam melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan dalam Op Tiris 3.0 - Armizan
Sebanyak RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan menerusi Op Tiris 3.0 yang dilaksanakan bermula 1 Jan hingga 22 Nov lepas.
KPDN lantik lebih 2,000 peruncit, pemborong untuk pastikan bekalan hadapi MTL
Langkah itu antara pelan kontingensi banjir bagi memastikan bekalan keperluan mencukupi, mudah diperoleh serta dijual pada harga ditetapkan.
Sindiket minyak masak subsidi tumpas, 15 ditahan di Selangor
Sejumlah 14,340 kg minyak masak bersubsidi disita, ditemui tersimpan dalam tangki Intermediate Bulk Container.
Naikkan harga makanan 5 peratus, KPDN panggil Persatuan Usahawan India Muslim Johor esok
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata,pihaknya sudah mengeluarkan notis dibawah Seksyen 21 (2) Akta Kawalan Harga dan Antipercatutan 2011(AKHAP 2011) kepada persatuan itu.