JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor bersama negara jiran, Singapura menjadikan projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura sebagai keutamaan bersama.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kata sepakat itu dicapai menerusi lawatan rasminya ke republik itu selepas pertemuan dengan Menteri Pengangkutan Singapura, yang juga menteri bertanggungjawab bagi Perhubungan Perdagangan Singapura, S Iswaran, pagi tadi.
"Ia penting dalam usaha meningkatkan kesalinghubungan, yang bukan sahaja penting untuk logistik perniagaan, tetapi juga hubungan sesama rakyat kedua-dua negara.
"Saya menyambut baik cadangan beliau (Iswaran) agar dalam kita memantau secara dekat perkembangan projek infrastruktur tersebut, kita juga perlu menetapkan sasaran jangka masa pendek dan sederhana, supaya kemajuan projek kekal dalam landasan yang ditetapkan," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.
Jelas Onn Hafiz, pihaknya mengulangi komitmen yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penambahan laluan motosikal untuk Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI).
Katanya ini kerana Tambak Johor-Singapura adalah antara laluan darat tersibuk di dunia, dengan lebih 300,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, berulang-alik setiap hari dari Johor Bahru.
"Saya juga berkongsi keterbukaan YAB Datuk Seri Anwar untuk melihat kepada cadangan melebarkan laluan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) ke Johor. Sudah semestinya hasrat ini, jika direalisasikan, dapat memberi manfaat kepada komuniti perniagaan di Singapura yang ingin melabur di Malaysia.
"Tidak ketinggalan, cadangan perkhidmatan feri baharu dari Puteri Harbour ke Tuas, yang bertujuan sebagai antara solusi dalam mengurangkan kesesakan laluan di Laluan Kedua (SecondLink) Malaysia–Singapura.
"Saya sekali lagi menzahirkan tekad Kerajaan Negeri Johor dalam segala usahasama antara Johor-Singapura pada masa akan datang. Keakraban ini begitu signifikan untuk kedua belah pihak," katanya lagi.
Siti Nur Aqilla Omar
Tue Feb 14 2023
![Johor-Singapura pantau rapat projek RTS, jadikan keutamaan - Onn Hafiz Johor-Singapura pantau rapat projek RTS, jadikan keutamaan - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676365134_MBJohorOnnHafiz.jpg)
Onn Hafiz bersama Iswaran dalam pertemuan di Singapura dalam lawatan kerja di Republik itu, pagi tadi. - Foto Facebook/Onn Hafiz Ghazi
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Tahap kemajuan RTS Link capai 52 peratus setakat Oktober Tahap kemajuan RTS Link capai 52 peratus setakat Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697024598_ZarifHashim.jpg)
Tahap kemajuan RTS Link capai 52 peratus setakat Oktober
Projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura yang melintasi Selat Johor kini mencapai kemajuan 52 peratus siap dan berjalan mengikut jadual ditetapkan.
![Pembinaan RTS ikut jadual, capai kemajuan 41 peratus setakat Jun Pembinaan RTS ikut jadual, capai kemajuan 41 peratus setakat Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689510888_johor.jpg)
Pembinaan RTS ikut jadual, capai kemajuan 41 peratus setakat Jun
Berdasarkan kemajuan pembinaan setakat 30 Jun lepas, projek pengangkutan awam berimpak tinggi berkenaan diyakini dapat disiapkan sepenuhnya menjelang 2026.
![Johor-Singapura pantau rapat projek RTS, jadikan keutamaan - Onn Hafiz Johor-Singapura pantau rapat projek RTS, jadikan keutamaan - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676365134_MBJohorOnnHafiz.jpg)
Johor-Singapura pantau rapat projek RTS, jadikan keutamaan - Onn Hafiz
Kerajaan negeri Johor bersama negara jiran, Singapura menjadikan projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru Singapura sebagai keutamaan bersama.
![Singapura serah kontrak kerja sivil pertama projek RTS Singapura serah kontrak kerja sivil pertama projek RTS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71606403412_RTS.jpg)
Singapura serah kontrak kerja sivil pertama projek RTS
Singapura menganugerahkan kontrak pertama daripada dua kontrak kerja-kerja sivil bagi pembinaan laluan projek Sistem Transit Rapid.
![Malaysia harap dapat umum gelembung lalu lintas udara dengan Singapura tidak lama lagi Malaysia harap dapat umum gelembung lalu lintas udara dengan Singapura tidak lama lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71600206557_WeeKaSiongVanuGopal.jpg)
Malaysia harap dapat umum gelembung lalu lintas udara dengan Singapura tidak lama lagi
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berharap Malaysia dapat mengumumkan gelembung lalu lintas udara dengan Singapura dan rakan hubungan bilateral lain, tidak lama lagi.
![Lee harap dapat adakan pemukiman tahunan dengan Muhyiddin - Laporan Lee harap dapat adakan pemukiman tahunan dengan Muhyiddin - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/41596109366_MuyhiddinYassin.jpg)
Lee harap dapat adakan pemukiman tahunan dengan Muhyiddin - Laporan
Lee berkata kedua-dua negara masih dalam perbincangan mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.
![RTS: Lanjutan 6 bulan untuk kaji pelaksanaannya - Anthony Loke RTS: Lanjutan 6 bulan untuk kaji pelaksanaannya - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71539763740_CAUSEWAY.jpg)
RTS: Lanjutan 6 bulan untuk kaji pelaksanaannya - Anthony Loke
Tempoh lanjutan diperlukan bukan disebabkan tiada keputusan sebaliknya Malaysia telah memutuskan untuk meneruskan projek RTS yang kini tertakluk kepada persetujuan Singapura.
![Malaysia terima pelbagai cadangan bagi RTS - Loke Malaysia terima pelbagai cadangan bagi RTS - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/41558459431_AnthonyLokeSiewFo.jpg)
Malaysia terima pelbagai cadangan bagi RTS - Loke
Loke berkata kerajaan menimbang untuk melibatkan sektor swasta dalam projek tersebut, yang menelan kos RM4 bilion dan akan ditanggung oleh kerajaan Malaysia.
![Malaysia, Singapura meterai perjanjian tambahan gantung pembinaan Projek Laluan RTS Malaysia, Singapura meterai perjanjian tambahan gantung pembinaan Projek Laluan RTS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/41558435404_AnthonyLokeSiew.jpg)
Malaysia, Singapura meterai perjanjian tambahan gantung pembinaan Projek Laluan RTS
Malaysia akan membayar balik sebanyak RM2 juta kepada Singapura pada 31 Julai, 2019, sebagai kos kegagalan yang ditanggung akibat daripada penggantungan selama enam bulan.
![Isu projek RTS: Sultan Johor berkenan serah tanah Bukit Chagar tanpa kos Isu projek RTS: Sultan Johor berkenan serah tanah Bukit Chagar tanpa kos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81556188569_sultanibrahim.jpg)
Isu projek RTS: Sultan Johor berkenan serah tanah Bukit Chagar tanpa kos
Baginda Sultan Johor mendakwa tidak dimaklumkan tanah miliknya akan terlibat dalam projek berkenaan.