JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor, sentiasa memandang serius dan berusaha menangani isu peniaga atau penjaja tidak berlesen di negeri ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, isu berkenaan telah pun dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK) dan telah mendapat kelulusan.
“Kita sebenarnya telah pun membincangkan mengenai perkara ini (penjaja tidak berlesen) dalam MMK.
“Hasilnya, pada Julai 2022 lalu, kita telah laksanakan bengkel kepada kesemua 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini dalam usaha menyeragamkan atau menyelaraskan permohonan dan pemberian lesen kepada golongan penjaja ini tidak kiralah sama ada mereka ini peniaga di pasar malam, pasar pagi, pasar lambak dan sebagainya.
“Ia merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi membantu golongan penjaja kerana kerajaan sekarang sebenarnya ‘mesra peniaga’ dan kita nak bantu mereka (peniaga) asalkan aktiviti perniagaan itu tidak dilakukan di tempat yang dilarang berniaga termasuk seperti mengganggu lalu lintas atau sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Mohd Jafni berkata demikian ketika mengulas isu penjaja tidak berlesen yang hangat diperkatakan ketika ini.
Sementara itu, Mohd Jafni berkata, golongan penjaja tidak berlesen ini juga disarankan untuk segera memohon lesen kerana urusan permohonannya kini agak mudah.
Malah katanya, tempoh kelulusan bagi permohonan (lesen) dibuat juga tidak lama dan ada yang hanya melibatkan satu hari bekerja sahaja.
“Bagi Lesen Penjaja Statik melibatkan gerai berstruktur berstatus penjaja seperti pasar, gerai, arked milik PBT atau gerai persendirian (berstruktur) berstatus penjaja melibatkan peniaga pasar malam, pasar lambak, pasar pagi atau pasar sehari serta penjaja di kawasan berpusat, tempoh kelulusan (lesan) adalah satu hari bekerja.
“Bagi Lesen Penjaja Sementara melibatkan penjaja sementara tepi jalan (bukan kawasan berpusat) seperti penjaja buah bermusim dan Lesen Penjaja Bergerak seperti food truck, car boot sale, atau penjaja berkenderaan, tempoh kelulusan (lesen) adalah selama tujuh hari bekerja.
“Sebenarnya permohonan lesen penjaja ini agak mudah, hanya perlu kemukakan borang dan dokumen permohonan yang lengkap dan teratur selain menyatakan lokasi serta sijil suntikan typhoid,” katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 02 2023

Mohd Jafni berkata isu berkenaan telah pun dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK) dan telah mendapat kelulusan. -Foto Sinar Harian
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Johor serius tangani isu penjaja tidak berlesen
Mohd Jafni berkata isu berkenaan telah pun dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK) dan telah mendapat kelulusan.