JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor akan merangka pelan bagi mencegah ancaman gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata pendekatan baharu akan diambil dan mesra orang muda berikutan budaya LGBT pada masa ini dilihat semakin membimbangkan serta menjadi ikutan terutama membabitkan golongan itu.
Beliau berkata Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) juga telah mempunyai modul dan perancangan dalam usaha mencegahnya.
"Kita tidak mahu terlepas pandang kelompok orang muda iaitu mereka inilah yang diuji dengan cabaran sebegini.
"Saya yakin kita ada modul yang telah ditambah baik dan akan dilaksana secara berperingkat seluruh Johor... program bukan hanya bersifat ceramah tetapi kita ambil pendekatan, pengisian dan aktiviti untuk orang muda," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Simposium Kaunseling Islam 'Pelangi Islam' Peringkat Johor di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri pada masa sama akan memperkenalkan Dasar Wanita Johor di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim (YPKDT) bagi memperkasakan golongan itu yang antara lain akan turut memberi penekanan mengenai LGBT.
Mohd Fared berkata Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan JAINJ akan bekerjasama dalam menyumbang idea bagi menjayakan dasar itu.
"Dasar Wanita Johor ini akan merangkumi pendidikan, undang-undang, keluarga dan penguatkuasaan bagi memperkasa mereka dengan peranan pendidikan Islam dan keluarga kita (MAINJ dan JAINJ) akan menyumbang dari segi idea dan pelaksanaannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 23 2022

Mohd Fared berkata pendekatan baharu akan diambil dan mesra orang muda. - Gambar fail/BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Hapus LGBT: AS mula pelaksanaan iktiraf hanya dua jantina
Penghapusan itu termasuk memaparkan bendera LGBT serta berkaitan dengan golongan itu.

Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.

Trump sifatkan pembukaan Olimpik Paris sebagai 'memalukan'
Calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyifatkan upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris minggu lepas sebagai memalukan.

Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.

PKR tak pernah jadi ahli Liberal International, tak setuju LGBT, Israel - Anwar
Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah menjadi ahli kepada pertubuhan Liberal International (LI) seperti yang didakwa sesetengah pihak, kata Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pendirian kerajaan jelas, tidak terima LGBT - Mohd Na'im
Kerajaan berpendirian tegas tidak menerima sebarang aktiviti berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) khususnya dalam kalangan masyarakat Islam.

Jakim pandang serius usaha promosi buku dorong anak-anak terpengaruh budaya LGBT
Jakim memandang serius sebarang usaha mempromosi buku yang boleh mendorong anak-anak terpengaruh dengan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Kumpulan The 1975 diarah bayar denda RM12.3 juta kepada penganjur
Denda itu dikenakan susulan dakwaan pelanggaran kontrak yang dikaitkan dengan persembahan kontroversi mereka di Malaysia bulan lepas.

LGBT: Kertas siasatan pengikut ajaran 'The Ahmadi' ke Pejabat Peguam Negara
Kertas siasatan terhadap lapan pengikut fahaman The Ahmadi yang melakukan perhimpunan berkaitan hak-hak LGBT di depan Sogo, telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara semalam.

JAWI siasat himpunan LGBT, ajaran Ahmadi - Menteri Agama
JAWI telah melakukan siasatan terhadap kumpulan yang membawa sepanduk berkaitan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) dan ajaran Ahmadi di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur Sabtu lalu.