KUALA LUMPUR: Kerajaan berpendirian tegas tidak menerima sebarang aktiviti berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) khususnya dalam kalangan masyarakat Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut konsisten dengan pendirian kerajaan itu, namun dalam konteks hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan, kerajaan tidak menolak hak tertentu kepada golongan LGBT seperti hak pendidikan.
"Sebab itu, pendekatan yang diambil dalam konteks Jakim adalah bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk memberikan kesedaran dan mengambil tindakan untuk memastikan agar golongan ini kembali kepada fitrah yang sebenar serta menyedarkan mereka daripada kesalahan yang dilakukan.
Beliau berkata demikian pada sesi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat berhubung perkara itu.
Menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang ingin tahu sama ada Jakim mempunyai maklumat berkaitan jumlah perkahwinan sama jantina di negara ini, Mohd Na'im berkata tiada perkahwinan sejenis pernah direkodkan atau didaftarkan oleh Jakim.
"Jabatan agama Islam negeri-negeri juga tidak ada satu pun perkahwinan melibatkan sesama jenis yang didaftarkan. Itu adalah jelas.
"Hatta, kalau katakan perkahwinan itu dilangsungkan juga, apabila pihak ini ingin berhasrat daftarkan (perkahwinan mereka di negara ini), ini mustahil sebab undang-undang tidak membenarkan," katanya merujuk kepada akta ataupun Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2023

Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, kerajaan tidak menolak hak tertentu kepada golongan LGBT seperti hak pendidikan. - Gambar fail

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Selangor jamin tiada unsur budaya songsang dalam penganjuran SUKMA 2026
Selangor memberi jaminan tiada sebarang unsur promosi atau normalisasi budaya songsang seperti LGBT sepanjang penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Hapus LGBT: AS mula pelaksanaan iktiraf hanya dua jantina
Penghapusan itu termasuk memaparkan bendera LGBT serta berkaitan dengan golongan itu.

Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.

Trump sifatkan pembukaan Olimpik Paris sebagai 'memalukan'
Calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyifatkan upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris minggu lepas sebagai memalukan.

Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.

PKR tak pernah jadi ahli Liberal International, tak setuju LGBT, Israel - Anwar
Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah menjadi ahli kepada pertubuhan Liberal International (LI) seperti yang didakwa sesetengah pihak, kata Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pendirian kerajaan jelas, tidak terima LGBT - Mohd Na'im
Kerajaan berpendirian tegas tidak menerima sebarang aktiviti berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) khususnya dalam kalangan masyarakat Islam.

Jakim pandang serius usaha promosi buku dorong anak-anak terpengaruh budaya LGBT
Jakim memandang serius sebarang usaha mempromosi buku yang boleh mendorong anak-anak terpengaruh dengan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Kumpulan The 1975 diarah bayar denda RM12.3 juta kepada penganjur
Denda itu dikenakan susulan dakwaan pelanggaran kontrak yang dikaitkan dengan persembahan kontroversi mereka di Malaysia bulan lepas.

LGBT: Kertas siasatan pengikut ajaran 'The Ahmadi' ke Pejabat Peguam Negara
Kertas siasatan terhadap lapan pengikut fahaman The Ahmadi yang melakukan perhimpunan berkaitan hak-hak LGBT di depan Sogo, telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara semalam.