JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM78 juta bagi melakukan kerja-kerja pembersihan sungai, longkang dan kolam takungan air sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata gerak kerja dilakukan secara berfasa oleh 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini sejak tahun lepas.
Beliau berkata kerja-kerja itu termasuk di 100 kawasan hot spot banjir yang dikesan di dalam kawasan seliaan PBT, dengan kebanyakannya berada di daerah ini.
"Menerusi peruntukan berkenaan, kerja-kerja antaranya melibatkan pembersihan sungai, longkang dan kolam takungan air termasuk di kawasan perumahan.
"Kerja-kerja ini kita lakukan dengan kerjasama pelbagai pihak, termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran. Jadi ada antaranya yang boleh kita selesaikan dalam masa tiga hingga enam bulan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival UDA 2023 di Angsana Johor Bahru Mall di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang persediaan kerajaan negeri menghadapi kemungkinan banjir.
Berhubung pembinaan rumah mampu milik, Mohd Jafni berkata kerajaan negeri mengalu-alukan pemaju untuk bekerjasama membangunkan rumah berkenaan yang berharga RM300,000 ke bawah itu.
"Sebelum ini, pemaju risau kediaman mampu milik ini tidak terjual, tetapi kini mereka tidak perlu bimbang kerana kerajaan negeri akan bantu memasarkan hartanah terbabit, kita akan bantu jual kepada golongan sasar.
"Kita juga telah mengadakan pertemuan dengan 57 syarikat pemaju sebelum ini, dan daripada pertemuan itu, kita mendapat komitmen pembinaan sejumlah 14,000 unit kediaman rumah mampu milik di seluruh negeri ini," katanya.
Menurut beliau, kerjasama daripada pemaju dapat merealisasikan sasaran yang diletakkan kerajaan negeri untuk membina 30,000 unit rumah mampu milik menjelang 2026.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2023

Kerja-kerja pembersihan sungai, longkang dan kolam takungan air dilakukan termasuk di 100 kawasan hot spot banjir yang dikesan, dengan kebanyakannya berada di daerah Johor Bahru. - Gambar hiasan/Astro AWANI

Profesor mengaku tidak bersalah terima rasuah RM5,071
Seorang profesor sebuah universiti awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5,071, dua tahun lepas.

10 pelajar dibuang dari universiti di Lithuania akibat penyalahgunaan AI
Penggunaan AI dianggap tidak wajar jika pelajar gagal mendedahkan bahawa teknologi itu digunakan dalam tugasan mereka.
Hubungan AS-China di persimpangan penting - PM China
Perdana Menteri China Li Qiang gesa kerjasama dengan Amerika Syarikat ketika hubungan tegang akibat isu tarif dan dadah merbahaya, fentanyl, dalam pertemuan dengan senator pro-Trump di Beijing, China.
Ismail Sabri sambung rakam keterangan hari keenam
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya jam 9.54 pagi pada Isnin untuk hari ke enam.
Kanak-kanak tiga tahun di Kemboja dijangkiti selesema burung
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun enam bulan dari wilayah Kratie, timur laut Kemboja, disahkan dijangkiti selesema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tiga setakat tahun ini.
Penahanan Datuk Bandar Istanbul Cetus Bantahan Besar
Protes besar-besaran tercetus di Istanbul pada 23 Mac selepas mahkamah Turki memerintahkan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu, dipenjarakan sementara menunggu perbicaraan atas tuduhan rasuah.

Remaja lelaki didakwa cuba bunuh bekas teman wanita
Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan cuba membunuh penuntut perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) pada 17 Mac lalu.

Ajinomoto tawar hadiah RM20,000, galak amalan sahur berkhasiat
Kempen ini menginspirasi pengguna untuk menyediakan hidangan sahur yang mudah, enak, dan bernutrisi bagi memastikan mereka kekal bertenaga sepanjang hari.

Mesin layan diri berkuasa sel hidrogen dilancarkan di Jepun
Mesin ini akan diperlihatkan kepada orang ramai di Osaka-Kansai Expo 2025, hasil kerjasama dengan Coca Cola.

Pelajar putus jari, dua rakan cedera main mercun diubah suai
Mereka memasukkan belerang mercun ke dalam botol bersama batu kerikil sebelum letupan berlaku.

Nahas 2 pelajar maut: Exco Johor berang, arah baiki jalan segera
Beliau turut mengarahkan ketua jabatan syarikat konsesi turun ke lokasi bagi menilai keadaan jalan dan memastikan kerja penyelenggaraan dilakukan dengan sempurna.

Sistem pembelian tiket dalam talian atasi kesesakan pengunjung Zoo Johor - Exco
Kerajaan negeri sedang membangunkan sistem pembelian tiket dalam talian sebagai usaha untuk mengatasi kesesakan pengunjung di Zoo Johor.

Johor kenal pasti 120 'hotspot' banjir, PBT diminta atasi segera
Kerajaan Johor mengenal pasti sebanyak 120 lokasi panas yang kerap berlakunya banjir di seluruh negeri ini.

Pembukaan semula Zoo Johor ditangguh ke Ogos - Exco
Pembukaan semula Zoo Johor yang dijadual pada bulan ini ditangguhkan ke Ogos depan berikutan terdapat beberapa kerja-kerja naik taraf luar jangka sedang dilakukan.

Peniaga degil jual vape di Johor berdepan tindakan tegas - Exco
Peniaga vape yang masih berdegil dan terus menjual produk itu di Johor bakal berdepan dengan tindakan tegas pihak berkuasa negeri.

Johor peruntuk RM63.5 juta baik pulih PPR, RSK
Johor memperuntukkan sebanyak RM63.5 juta untuk kerja-kerja membaik pulih PPR dan Rumah Sewa Kerajaan di seluruh negeri.

Zoo Johor dibuka semula April, harga tiket kekal paling murah di Malaysia
Pelbagai kemudahan dan infrastruktur sedang dinaik taraf melibatkan kos kira-kira RM7 juta bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.

Banjir kilat di Johor Bahru akibat hujan luar biasa, air pasang
Banjir kilat berlaku di sekitar bandar raya ini semalam, berpunca daripada taburan hujan yang sangat lebat, luar biasa serta pertembungan air pasang penuh.

Tragedi Sungai Kim-Kim: Kerajaan Johor buat rayuan mahu hukuman setimpal
Insiden pencemaran Sungai Kim Kim pada Mac 2019 itu telah menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup.

Johor peruntuk RM78 juta persediaan hadapi banjir
Mohd Jafni berkata, gerak kerja dilakukan secara berfasa oleh 16 pihak berkuasa tempatan di Johor sejak tahun lepas.