KULAI: Pembukaan semula Zoo Johor yang dijadual pada bulan ini ditangguhkan ke Ogos depan berikutan terdapat beberapa kerja-kerja naik taraf luar jangka sedang dilakukan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata kerja-kerja menaik taraf itu melibatkan kos tambahan sebanyak RM1.1 juta.
"Pihak konsultan dan kontraktor yang menjalankan kerja-kerja naik taraf Zoo Johor berdepan dengan tiga masalah teknikal luar jangka yang tidak dapat dielak sejak beberapa bulan lepas, sekali gus mengakibatkan tempoh masa lebih lama untuk siap sepenuhnya diperlukan.
"Masalah itu adalah berhubung pembinaan saluran tangki najis haiwan secara berasingan bagi setiap kandang, kerja baik pulih dinding kolam takungan yang roboh serta pemasangan semula sistem perpaipan dan pendawaian elektrik yang usang," katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa kediaman yang mengalami gangguan bekalan air di Felda Bukit Permai di sini hari ini.
Pada 12 Feb lepas, dilaporkan kerajaan negeri akan mengekalkan harga tiket kemasukan ke Zoo Johor dengan harga termurah di Malaysia apabila taman haiwan itu dibuka semula kepada orang ramai April tahun ini selepas ditutup bagi pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf dijalankan.
Zoo Johor yang terletak di pusat bandar raya Johor Bahru, mula dibuka pada 1928 dan merupakan zoo tertua negara dengan keluasan 12.5 hektar serta mempunyai lebih 100 spesies haiwan.
Dalam perkembangan lain, Mohd Jafni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Permai berkata pihak operator air negeri Ranhill SAJ Sdn Bhd diminta meningkatkan tahap perkhidmatan kualiti pelanggan, khususnya apabila melibatkan gangguan bekalan air pada musim perayaan.
Beliau berkata syarikat itu dilihat tidak memberikan sebarang notis pemberitahuan berhubung gangguan bekalan air khususnya di kawasan kediaman terlibat seperti di sekitar Felda Bukit Permai termasuk pada 1 Syawal, Rabu lepas.
"Saya mewakili penduduk di sini sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Dua minggu lepas saya telah melawat tangki air di Mengkibol (Kluang), pihak Ranhill SAJ telah membentangkan pelan tindakan mereka bagi mengatasi gangguan bekalan air sempena Aidilfitri ini, tetapi ia tetap berlaku.
"Ini telah membangkitkan rasa kecewa dan marah penduduk, malah masjid dan surau di kawasan sekitar juga terjejas bekalan air. Sebagai sebuah syarikat swasta, mereka sepatutnya memberikan perkhidmatan yang lebih baik selain mempunyai pelan tindakan awal atau pelan jangka masa pendek, sederhana dan panjang," katanya.
Sementara itu, Ketua Kampung Felda Bukit Permai Zakaria Khalid, 60, berkata masalah bekalan air di kawasan itu telah berlarutan sejak lebih 50 tahun lepas sehinggakan penduduk sudah terbiasa berdepan dengan situasi berkenaan.
"Paling kami terkilan adalah ketika sambutan Aidilfitri lepas, tiada sebarang notis pemberitahuan diberi. Penduduk dan ahli keluarga yang pulang dari kawasan lain berdepan kesukaran untuk sambut hari raya, malah ada yang terpaksa menangguhkan untuk memasak juadah raya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2024

GAMBAR FAIL: Zoo Johor yang terletak di pusat bandar raya ini, dalam proses dinaik taraf dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur melibatkan kos kira-kira RM7 juta bagi memberi keselesaan kepada pengunjung. - BERNAMA

Profesor mengaku tidak bersalah terima rasuah RM5,071
Seorang profesor sebuah universiti awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5,071, dua tahun lepas.

10 pelajar dibuang dari universiti di Lithuania akibat penyalahgunaan AI
Penggunaan AI dianggap tidak wajar jika pelajar gagal mendedahkan bahawa teknologi itu digunakan dalam tugasan mereka.
Hubungan AS-China di persimpangan penting - PM China
Perdana Menteri China Li Qiang gesa kerjasama dengan Amerika Syarikat ketika hubungan tegang akibat isu tarif dan dadah merbahaya, fentanyl, dalam pertemuan dengan senator pro-Trump di Beijing, China.
Ismail Sabri sambung rakam keterangan hari keenam
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya jam 9.54 pagi pada Isnin untuk hari ke enam.
Kanak-kanak tiga tahun di Kemboja dijangkiti selesema burung
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun enam bulan dari wilayah Kratie, timur laut Kemboja, disahkan dijangkiti selesema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tiga setakat tahun ini.
Penahanan Datuk Bandar Istanbul Cetus Bantahan Besar
Protes besar-besaran tercetus di Istanbul pada 23 Mac selepas mahkamah Turki memerintahkan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu, dipenjarakan sementara menunggu perbicaraan atas tuduhan rasuah.

Remaja lelaki didakwa cuba bunuh bekas teman wanita
Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan cuba membunuh penuntut perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) pada 17 Mac lalu.

Ajinomoto tawar hadiah RM20,000, galak amalan sahur berkhasiat
Kempen ini menginspirasi pengguna untuk menyediakan hidangan sahur yang mudah, enak, dan bernutrisi bagi memastikan mereka kekal bertenaga sepanjang hari.

Mesin layan diri berkuasa sel hidrogen dilancarkan di Jepun
Mesin ini akan diperlihatkan kepada orang ramai di Osaka-Kansai Expo 2025, hasil kerjasama dengan Coca Cola.

Pelajar putus jari, dua rakan cedera main mercun diubah suai
Mereka memasukkan belerang mercun ke dalam botol bersama batu kerikil sebelum letupan berlaku.

Pembukaan semula Zoo Johor ditangguh ke Ogos - Exco
Pembukaan semula Zoo Johor yang dijadual pada bulan ini ditangguhkan ke Ogos depan berikutan terdapat beberapa kerja-kerja naik taraf luar jangka sedang dilakukan.