ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor akan membuat rayuan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) berhubung hukuman pelaku insiden pencemaran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang menggemparkan pada 2019.
Exco Perumahan dan Kerajaan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, perkara itu penting bagi penilaian semula hukuman denda yang dikenakan kepada pesalah tragedi yang menjejaskan 2,000 orang dengan 947 menerima rawatan di hospital ketika itu.
"Mengulas isu denda yang dikenakan terhadap pelaku pencemaran Sungai Kim Kim, kerajaan akan membuat rayuan kepada DPP untuk melihat semula.
"Sama ada dari segi denda yang dikenakan, dengan apa yang kerajaan belanja dan apa kesan kepada masyarakat sekitar adakah berbaloi atau tidak berbaloi.
"Dalam kita menjaga alam sekitar khas sungai untuk generasi akan datang sepatutnya penguatkuasaan yang keras dilaksanakan kerajaan," katanya ketika ditemui dalam sidang akhbar di Kota Iskandar di sini, pada Ahad.
Pada 30 November lalu, seorang pemandu lori dilaporkan didenda maksimum RM100,000 kerana menyebabkan kejadian pencemaran membabitkan pelupusan haram buangan terjadual di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor pada 2019.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataan memaklumkan N Maridass didapati telah melepaskan enap cemar berminyak seperti yang tersenarai dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 ke sungai itu.
JAS memaklumkan syarikat P Tech Resources Sdn Bhd, yang berdepan lapan pertuduhan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, juga didenda RM40,000 bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah keseluruhan denda RM320,000.
Insiden pencemaran Sungai Kim Kim pada Mac 2019 itu telah menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup serta mengakibatkan 947 orang dirawat dengan sembilan daripada mereka ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Ismail (HSI).
Menurut Mohd Jafni yang juga Pengerusi Bersama Taskforce Sungai Johor berkata, Sungai Kim Kim antara 14 sungai tercemar di Johor. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 03 2023

Insiden pencemaran Sungai Kim Kim pada Mac 2019 itu telah menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup. -Gambar fail/Bernama

AS jadi pengantara rundingan gencatan senjata Rusia-Ukraine di Arab Saudi
Amerika Syarikat akan mengadakan rundingan berasingan dengan delegasi Rusia dan Ukraine di Arab Saudi pada Isnin.

140,000 kenderaan dijangka guna WCE semasa sambutan Aidilfitri
Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dijangka mencatatkan peningkatan trafik, dengan sekitar 140,000 kenderaan dijangka menggunakannya semasa sambutan Aidilfitri tahun ini.

Profesor mengaku tidak bersalah terima rasuah RM5,071
Seorang profesor sebuah universiti awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5,071, dua tahun lepas.

10 pelajar dibuang dari universiti di Lithuania akibat penyalahgunaan AI
Penggunaan AI dianggap tidak wajar jika pelajar gagal mendedahkan bahawa teknologi itu digunakan dalam tugasan mereka.
Hubungan AS-China di persimpangan penting - PM China
Perdana Menteri China Li Qiang gesa kerjasama dengan Amerika Syarikat ketika hubungan tegang akibat isu tarif dan dadah merbahaya, fentanyl, dalam pertemuan dengan senator pro-Trump di Beijing, China.
Ismail Sabri sambung rakam keterangan hari keenam
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya jam 9.54 pagi pada Isnin untuk hari ke enam.
Kanak-kanak tiga tahun di Kemboja dijangkiti selesema burung
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun enam bulan dari wilayah Kratie, timur laut Kemboja, disahkan dijangkiti selesema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tiga setakat tahun ini.
Penahanan Datuk Bandar Istanbul Cetus Bantahan Besar
Protes besar-besaran tercetus di Istanbul pada 23 Mac selepas mahkamah Turki memerintahkan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu, dipenjarakan sementara menunggu perbicaraan atas tuduhan rasuah.

Remaja lelaki didakwa cuba bunuh bekas teman wanita
Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan cuba membunuh penuntut perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) pada 17 Mac lalu.

Ajinomoto tawar hadiah RM20,000, galak amalan sahur berkhasiat
Kempen ini menginspirasi pengguna untuk menyediakan hidangan sahur yang mudah, enak, dan bernutrisi bagi memastikan mereka kekal bertenaga sepanjang hari.

Bencana Kim Kim: 9 suspek ditahan bantu siasatan kes pencemaran sisa kimia
Dua daripada suspek ditahan di Johor, manakala tujuh lagi ditahan di luar Johor.

Sungai Kim Kim: Bencana ini bukannya banjir! - MP Pasir Gudang
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim menegaskan bahawa bencana pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang tidak boleh disamakan dengan bencana banjir.

Bahan kimia boleh disebar ke mangsa kedua jika tidak dibasuh - Dr Dzulkefly
Angin kuat yang membawa gas kimia itu ke kawasan awam yang menjejaskan manusia berdekatan.

Calon SPM sekolah terjejas boleh ambil keputusan di PPD Pasir Gudang
Calon SPM 2018 dari sekolah yang terjejas akibat pencemaran kimia boleh mengambil keputusan mereka di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang

Cuaca panas, tiupan angin punca gelombang kedua pencemaran sisa toksik
JBPM percaya insiden gelombang kedua pencemaran sisa toksik yang berlaku di Johor Bahru adalah disebabkan pergerakan tiupan angin selain cuaca panas di kawasan berkenaan.

Pencemaran bahan kimia: Pemilik syarikat tayar kitar semula mungkin didakwa esok
Pemilik syarikat tayar kitar semula, antara tiga suspek ditahan Isnin lepas, yang dipercayai membuang sisa toksik ke Sungai Kim Kim baru-baru ini, dijangka didakwa di mahkamah seawalnya esok.