Kerajaan Negeri Johor berharap Singapura akan memberikan kerjasama untuk membenarkan rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu pulang ke tanah air secara berperingkat berikutan keputusan negara tersebut menutup sekolah dan kebanyakan tempat kerja selama sebulan, berkuat kuasa Selasa ini (7 April).
Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, usaha itu perlu dilakukan kerana kerajaan negeri tidak akan dapat menguruskan ribuan rakyat Malaysia yang ingin pulang pada satu-satu masa.
Beliau berkata langkah Indonesia yang mengisytiharkan darurat turut meningkatkan kebimbangan bahawa akan terdapat lebih ramai rakyat Malaysia di luar negara pulang ke tanah air.
"Johor ini unik sedikit kerana kita ada dua pintu masuk utama iaitu Tambak Johor dan Kompleks Sultan Abu Bakar selain empat terminal feri antarabangsa.
"Jika mengikut statistik, hampir 45,000 rakyat kita masih di Singapura... saya percaya apabila kerajaan Singapura mengenakan langkah ketat bermula 7 April, kita jangka lebih ramai pekerja kita akan pulang.
"Selain Singapura, Indonesia juga membuat (darurat), jadi ramai rakyat kita di sana turut akan pulang. Jadi, di sinilah kita perlukan kerjasama daripada Singapura untuk menguruskan rakyat Malaysia yang hendak balik secara berperingkat dan bukannya semua puluhan ribu balik kerana ini akan menyulitkan kita untuk
urus pusat-pusat kuarantin," katanya semasa ditemu bual oleh stesen radio RTM, Johor FM, di sini hari ini.
Hasni berkata, pihaknya amat menghargai jika Singapura membenarkan rakyat Malaysia pulang ke negara ini dalam jumlah 1,000 atau 2,000 orang sehari.
"Apabila ini dilakukan, sudah tentu kita dapat menguruskan pusat-pusat kuarantin kerana bagi pekerja dari Malaysia, walaupun mereka sudah didapati negatif dan tidak mempunyai sebarang simptom mereka tetap harus menjalani kuarantin di rumah dan yang positif pula akan terus dibawa ke pusat-pusat kuarantin yang ada di dalam negeri," katanya.
Beliau berkata setakat ini, Johor memiliki 14 pusat kuarantin selain tiga hospital yang merawat kes COVID-19 iaitu Hospital Permai, Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang dan hospital sementara di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Johor Bahru.
Katanya, kerajaan negeri juga mungkin menjadikan Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat sebagai hospital yang merawat kes COVID-19 dan perkara itu sedang dikemas kini.
Dalam perkembangan lain, Hasni berkata, kerajaan negeri juga merancang untuk mewujudkan pusat data bantuan bencana di daerah-daerah bagi memastikan orang sama tidak menerima bantuan berulang kali sedangkan ada pihak yang layak tetapi tidak menerimanya.
"Melalui pusat data di daerah ini, kerajaan negeri akan mendapat maklumat yang diperlukan untuk memastikan bantuan diberi sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Apr 05 2020

Menurut Hasni, kerajaan negeri juga mungkin menjadikan Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat sebagai hospital yang merawat kes COVID-19.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

PH Johor ambil sikap tunggu dan lihat perkembangan sidang DUN
Majlis Pengerusi PH Johor, berkata mereka berpendirian sebarang usul atau langkah yang bakal dibawa oleh Adun Bersatu pada Ahad akan diteliti dengan mengambil kira kepentingan rakyat

Johor bakal tubuh syarikat pelaburan berpangkalan di Singapura
Pejabat JICO akan diletakkan di Singapura bagi memudahkan urusan kedua negara terutama dalam sektor pelaburan dan budaya.

Johor harap Singapura beri kerjasama benar rakyat Malaysia pulang berperingkat
Usaha itu perlu dilakukan kerana kerajaan negeri tidak akan dapat menguruskan ribuan rakyat Malaysia yang ingin pulang pada satu-satu masa.

Tanjung Piai Memilih: Terima Muafakat Nasional atau PH, PRK ini jawapannya
PRK Tanjung Piai bakal menjadi referendum untuk dua perkara, iaitu penerimaan rakyat terhadap Piagam Muafakat Nasional dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

Mansuh, kurangkan caj tol bukti hubungan baik Malaysia-Singapura
Langkah kerajaan Singapura memansuhkan caj tol bagi kenderaan yang memasuki republik itu mencerminkan hubungan baik antara kerajaan republik itu dengan Malaysia.

Johor peruntuk RM150 juta lebar dan naik taraf jalan
Sebanyak RM150 juta diperuntukkan kerajaan Johor bagi melaksanakan kerja menaik taraf dan melebarkan jalan-jalan kampung.