KLUANG: Johor terutama kawasan timur dan selatan dijangka akan menerima jumlah hujan yang luar biasa susulan berlaku peralihan musim monsun ke cuaca panas sehingga akhir bulan ini.
Pengarah Pelestarian Kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Mohd Fadhil Md Din berkata Johor pada masa kini, menerima kadar purata hujan 200 milimiter (mm), lebih banyak berbanding 100mm pada hari biasa.
"Sekarang sudah masuk peralihan musim. Kita jangkakan Mac hingga April, kita akan terima hujan, selepas tu masuk April hingga Mei yang membawa udara panas di sebabkan fenomena El Nino.
"Peralihan musim monsun pada tahun ini telah mengakibatkan perubahan cuaca yang drastik, sekali gus menyebabkan kita menerima hujan lebih banyak," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Mohd Fadhil berkata justeru, agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan perlu mempergiatkan usaha dan mengambil langkah proaktif bagi mengurangkan impak risiko banjir seperti membersihkan longkang-longkang dan parit serta menyediakan pelan kontingensi kawasan liputan banjir termasuk pendalaman sungai utama atau tebatan banjir
"Jika kita lihat banjir di kawasan luar bandar seperti di Chaah, Segamat, kebanyakan rumah yang ditenggelami banjir, kerana terletak berdekatan dengan sungai.
"Sungai yang telah menjadi cetek terutamanya disebabkan pembangunan, perlulah didalamkan semula bagi menampung air hujan yang banyak selain memastikan sistem perparitan berfungsi dengan baik," kata Mohd Fadhil.
Setakat 4 petang tadi, jumlah mangsa banjir di Johor mencecah seramai 32,870 orang yang ditempatkan di 219 pusat pemindahan sementara di seluruh negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2023

Johor pada masa kini, menerima kadar purata hujan 200 milimiter (mm), lebih banyak berbanding 100mm pada hari biasa. - Gambar hiasan/Pixabay

Video tular bukan kes culik tapi wanita ditahan kerana serang pengunjung
Dalam kejadian jam 7.15 malam pada Jumaat, suspek sebelum itu dikatakan bercakap sendirian dan menjerit-jerit.

Terminal Bersepadu Gombak beroperasi sepenuhnya, penumpang harap lebih banyak bas
Penumpang berharap lebih banyak syarikat bas beroperasi di TBG untuk meningkatkan pilihan perjalanan, terutama menjelang musim perayaan.

Kerajaan Madani sentiasa hargai golongan agama - Zulkifli
Pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri yang diumumkan Perdana Menteri semalam membuktikan kerajaan sentiasa menghargai peranan yang dimainkan oleh golongan agama.
Houthi lancar beberapa serangan peluru berpandu
Houthi juga mendakwa melancarkan serangan terhadap kapal induk Amerika Syarikat USS Harry S. Truman di Laut Merah.

Terpalit isu panas! CUCKOO Malaysia gantung aktiviti promosi libatkan Kim Soo Hyun
CUCKOO Malaysia mengumumkan keputusan untuk menggantung semua aktiviti promosi baharu yang melibatkan duta jenama mereka iaitu pelakon Korea, Kim Soo Hyun.
Amaran hujan berterusan tahap waspada
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa tempat di Sabah, Kelantan dan Terengganu, mulai esok hingga Isnin.

PRK DUN Ayer Kuning: BN tukar tarikh umum calon kepada 7 April
Pengumuman itu akan dibuat Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Rancangan Perumahan Tersusun Kampung Haji Tahir di Temoh.
AWANI Ringkas: Pintas segera semai kebencian di media sosial
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Seniman naik taraf portal, jadi pusat sehenti industri seni
Persatuan Seniman Malaysia sedang menaik taraf portal rasminya, seniman.com.my bagi menjadikannya sebuah pusat sehenti untuk industri seni tempatan.

Wanita ditahan simbah anak air panas kerana main alat solek
Seorang suri rumah ditahan selepas disyaki memukul dan menyimbah air panas ke atas anak perempuannya gara-gara menggunakan alat soleknya.

Hujan berterusan di Sabah dan Sarawak hingga esok
MetMalaysia memaklumkan, daerah yang dijangka terlibat ialah Telupid, Beluran dan Sandakan.

Jumlah kematian akibat kebakaran hutan California meningkat kepada 29
Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29.

Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini
Kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Ahad
Kawasan yang terlibat adalah Rompin, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Hujan dijangka turun di Pahang, Terengganu petang ini
Hujan dijangka berlaku di pesisir pantai melibatkan perairan Pahang dan Terengganu pada sebelah petang.

Ribut petir diramal landa utara tanah air esok
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak diramal akan mengalami hujan dan rebut petir sepanjang hari esok.

Amaran pendakian ke puncak Gunung Kinabalu
Taman-Taman Sabah hari ini mengeluarkan amaran bagi aktiviti pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.

Banjir: 405 orang berlindung di enam PPS di Perak
Pada Isnin Jabatan Meterologi Malaysia menjangkakan hampir semua daerah di negeri ini akan hujan pada sebelah petang dan malam.

Sejarawan bimbang mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah bocor ketika hujan
Kebimbangan dibangkitkan mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah utama monumen Mughal yang terkenal itu bocor ketika hujan.

Taman Tasik Taiping mulai 'dilimpahi' air, pengunjung lega
Dikenali dengan gelaran bandar tadahan hujan, ramai mata yang tertumpu di sini susulan tular paras air tasiknya yang mengering.