KLUANG: Kerajaan Johor akan menarik, dan seterusnya membatalkan serta-merta lesen penjaja atau peniaga yang "membenarkan" orang ketiga menggunakan lesen mereka untuk menjalankan perniagaan termasuk warga asing.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata amaran 'keras' itu termasuk kepada mereka yang mempunyai lesen perniagaan (penjaja) dan lesen perniagaan tidak berisiko.
"Pembatalan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dilaksanakan serta-merta sekiranya didapati pemilik kedua-dua jenis lesen berkenaan tidak berniaga secara sendiri," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini selepas majlis pelancaran Pemerkasaan Sektor Pelesenan PBT Negeri Johor di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini.
Beliau berkata peniaga seharusnya berniaga sendiri dan tidak membenarkan warga asing mahupun rakyat tempatan menggunakan lesen milik mereka.
"Kita juga sebenarnya tidak pernah mengeluarkan kedua-dua jenis lesen ini kepada warga asing dan jika ternampak warga asing berniaga sama ada di pasar pagi atau pasar malam, orang ramai boleh membuat aduan kepada PBT," katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan sebagai berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menarik balik lesen perniagaan penjaja yang memberikan lesen berkenaan kepada pihak lain termasuk warga asing.
Anwar berkata pihaknya bersama PBT berkenaan sedang merangka kaedah bagi memastikan peraturan itu dipatuhi, dalam memastikan ia memberi manfaat kepada peniaga tempatan.
Sementara itu, Mohd Jafni berkata melalui 16 PBT di negeri itu, pemendekan waktu maksimum kelulusan permohonan kedua-dua jenis lesen ini turut dilaksanakan bagi membantu mereka menjalankan perniagaan.
"Sebelum ini, kelulusan lesen adalah sekitar 30 hingga 60 hari bekerja. Namun, selepas ini kelulusan berkenaan hanyalah dalam tempoh 24 jam atau satu hari bekerja.
"Kita juga memudahkan urusan lain seperti mengurangkan dokumen semasa permohonan daripada sembilan kepada tiga dokumen sahaja serta daripada 13 syarat kepada tiga syarat sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023

Mohd Jafni (depan, tengah) bergambar bersama dengan wakil PBT negeri Johor selepas Majlis Pelancaran Pemerkasaan Sektor Pelesenan PBT Negeri Johor di Dewan Tunku Ibrahim Ismail Kluang, hari ini. -fotoBERNAMA

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Johor kutuk keganasan, ekstremisme
DUN Johor pada Ahad, mengutuk sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme ke atas insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram.

Johor bakal rombak portfolio Exco - Onn Hafiz
Onn Hafiz mengesahkan perkara itu dan ia akan diumumkan pada minggu depan.

Johor batal serta-merta lesen peniaga diguna orang ketiga
Pembatalan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dilaksanakan serta-merta sekiranya didapati pemilik kedua-dua jenis lesen berkenaan tidak berniaga secara sendiri.

COVID-19: Johor arah masjid, surau tangguh penganjuran sambutan Maulidur Rasul
Penangguhan dibuat sebagai langkah berjaga-jaga susulan peningkatan kes COVID-19 melibatkan beberapa mukim di daerah negeri ini.

Had umur belia: Kerajaan Persekutuan ingin tahu alasan Kerajaan Johor - Tun M
Kerajaan Persekutuan akan menilai alasan Kerajaan Johor yang mengekalkan had maksima umur belia kepada 40 tahun.

RM50,000 diperuntukkan untuk ADUN pertingkat perkhidmatan kepada rakyat
Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan RM2.8 juta kepada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu bagi tahun 2018 sebagai langkah memastikan perkhidmatan berkesan kepada rakyat.

Isu rumah terbiar: Johor cadang turunkan kadar hartanah warga asing
Kerajaan negeri bercadang mengurangkan kadar minimum pemilikan hartanah RM1 juta yang ditetapkan terhadap warga asing kepada harga yang sesuai mengikut keluasan hartanah.

Kerajaan Johor setuju beri pelepasan khas 10 Julai kepada penjawat awam
Mohamed Khaled mengumumkan perkara berkenaan pada majlis berbuka puasa bersama media Johor di kediaman beliau di Saujana, di sini, malam ini.

Johor umum pemberian 35 meter padu air percuma kepada rakyat
Selain itu kerajaan negeri juga akan memastikan menjelang 2017 semua penduduk Johor akan menikmati bekalan air bersih.