Kerajaan Johor menaikkan pemberian rebat air daripada 20 meter padu kepada 35 meter padu dalam usaha meringankan beban golongan miskin dan miskin tegarnya.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata selain itu kerajaan negeri juga akan memastikan menjelang 2017 semua penduduk Johor akan menikmati bekalan air bersih.
Ini bukan sahaja tertumpu kepada akses bekalan air tetapi juga merangkumi kualiti serta tahap perkhidmatan setanding dengan negara maju, katanya semasa membentangkan Bajet Johor 2014, di Dewan Undangan Negeri Johor, di sini Khamis.
Beliau berkata kerajaan negeri juga menyasarkan penyediaan 28,000 unit rumah kos rendah dan mampu milik bagi tempoh 2013 hingga 2018.
"Usaha-usaha ini akan diteraju oleh syarikat berkepentingan kerajaan negeri seperti Johor Corporation Berhad, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor, Yayasan Pelajaran Johor dan Perbadanan Islam yang akan berganding bahu dengan agensi kerajaan persekutuan dan pemaju swasta.
"Tahun depan sebanyak 1,550 unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dibina oleh kerajaan persekutuan akan ditawarkan untuk disewa kepada pemohon yang berkelayakan di Sungai Melana, Johor Baharu," katanya.
Selain itu katanya kerajaan negeri juga akan memperluas pelaksanaan Dasar Perumahan Rakyat Johor di luar kawasan Iskandar Malaysia.
Menurutnya bermula 1 Jan depan, segmen Perumahan Komuniti Johor A berharga RM42,000, Perumahan Komuniti B RM80,000, manakala Perumahan Mampu Milik Johor dari RM140,000 hingga RM150,00.
Kerajaan negeri juga katanya akan menguatkuasakan mekanisme kawalan harga bagi memastikan pemaju tidak mengabaikan pembinaan rumah kos rendah dan mampu milik di negeri ini.
Dalam perkembangan sama, kerajaan negeri turut menaikkan harga minimum hartanah untuk pemilikan asing kepada RM1 juta berbanding RM500,000 sekarang, selaras dengan bajet persekutuan yang dibentangkan baru-baru ini.
Selain itu, kadar kelulusan untuk setiap perolehan bagi kepentingan asing juga dinaikkan daripada RM10,000 bagi setiap hak milik kepada dua peratus daripada harga jualan yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli.
Katanya kedua-dua perkara itu akan dikuatkuasakan 1 Mei depan.
Kerajaan Johor hari ini membentangkan Bajet 2014 dengan unjuran lebihan RM2.02 juta berdasarkan anggaran hasil RM1,064.59 juta berbanding perbelanjaan mengurus RM1,062.57 juta.
Sebanyak empat strategi utama digariskan untuk menjayakan bajet kali ini iaitu mencorakkan ekonomi mampan; meningkatkan kesejahteraan rakyat; memperkasakan dan merakyatkan kerajaan; serta melahirkan modal insan berketrampilan.
Bernama
Thu Nov 07 2013

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.

Johor umum pemberian 35 meter padu air percuma kepada rakyat
Selain itu kerajaan negeri juga akan memastikan menjelang 2017 semua penduduk Johor akan menikmati bekalan air bersih.